Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (P) Kuala Terengganu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (P) Kuala Terengganu
Lokasi
Terengganu
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah pendidikan khas, Sekolah kerajaan
MotoBERUSAHA UNTUK BERDIKARI


Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (P) Kuala Terengganu atau nama ringkasnya SKPK Kuala Terengganu, merupakan sebuah Sekolah pendidikan khas yang terletak di Terengganu.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Kuala Terengganu ialah sebuah sekolah yang disediakan khas untuk mendidik kanak-kanak cacat pendengaran.

Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Kuala Terengganu mula beroperasi pada tahun 1964 di Sekolah Rendah Sultan Sulaiman Satu Kuala Terengganu sebagai kelas percantuman atau integrasi. Bermula dari satu kelas dengan beberapa orang murid dan seorang guru, murid-murid telah bertambah dengan adanya kesedaran dan kecaknaan daripada ibubapa dan masyarakat.

Dengan pertambahan jumlah murid serta guru dan adanya pentadbiran khusus di Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Jabatan Pendidikan Khas maka sekolah pendidikan khas ditubuhkan pada 1 Mei 1988. Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Kuala Terengganu ditubuhkan dengan pentadbiran sendiri walaupun masih menumpang di SK Sultan Sulaiman Satu.

Dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Khas dan Kementerian Pelajaran Malaysia sebuah tapak sekolah baru dikenalpasti. Pada tahun 1996 bangunan baru telah dibina di Kg Kubang Ikan Chendering dengan keluasan tapak 5.28 ekar. Secara kasar kos binaan ialah hampir enam juta Ringgit Malaysia. Pada tahun 1999 pembinaan bangunan ini telah siap sepenuhnya.

Hampir 35 tahun, murid-murid Pend. Khas ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman Satu telah berlaku perkembangan yang baik dalam proses integrasi dan inklusif.

Tanggal 9.9.1999 adalah merupakan tarikh bersejarah bagi warga SKPKKT kerana telah berpindah ke bangunan baru sepenuhnya.

PERKEMBANGAN SEKOLAH[sunting | sunting sumber]

  • 1964 – 1 Kelas, 12 orang murid dan seorang guru
  • 1984- asrama mini ditubuhkan dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Pekak Terengganu
  • 1987 -pertambahan murid 10 kelas
  • 1988 -murid 96 orang dan 12 orang guru
  • 2000 -10 kelas, 104 murid dan 18 orang guru
  • 2003 -14 kelas, 128 murid dan 20 orang guru.
  • 2009 -16 kelas, 92 murid dan 33 orang guru
  • 2010 – 17 kelas, 80 murid dan 33 orang guru

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (P)
Terengganu,  Malaysia
Telefon = 09-6163220
Fax = 09-6163221

Pautan luar[sunting | sunting sumber]