Sekolah Kebangsaan Penjom

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Kebangsaan Penjom
MotoMurid Belajar, Guru Mengajar, Ibu bapa Prihatin
Ditubuhkan (1930-04-04) 4 April 1930 (umur 89)
JenisSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Guru BesarEn. Abd Rani bin Akob
Penolong Kanan Pentadbiran dan AkademikPn. Hjh Paredah bt Arshad
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn Hjh Fauziah bt Hussin
Penolong Kanan KokurikulumEn Bakri bin Mustaffab
Kod sekolahCBA3007
LokasiBatu 6, Penjom KUALA LIPIS, Pahang,  Malaysia
Nama singkatanSK Penjom
Laman sesawanghttp://skpenjom.blogspot.my/
Telefon+6093227636
Faks+6093227636


Sekolah Kebangsaan Penjom atau nama ringkasnya SK Penjom, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Batu 6, Penjom.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Penjom memiliki 200 pelajar lelaki dan 162 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 362 orang. Ia mempunyai seramai 31 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada mulanya, Sekolah Kebangsaan Penjom dikenali dengan nama Malay School Penjom. Malay School Penjom mula didiri dan dirasmikan pada tanggal 4 April 1930. Ianya terletak di Simpang Panggung atau Sungai Jalih yang terkenal dengan Lombong Emas terbesar di Asia Tenggara.

Pada ketika itu, Malay School Penjom hanyalah sekolah yang berdindingkan buluh dan beratapkan nipah yang telah dibina atas kerjasama penduduk Penjom dan hanya terdapat satu bilik darjah dengan 58 hingga 68 orang murid melayu. Guru atau pengelola SK Penjom pada ketika itu hanyalah seorang iaitu Allahyarham Encik Hassan Bin Mohd Said yang berasal dari Kampung Chat, Benta. Beliau merupakan Guru Besar Pertama SK Penjom.

Menurut coretan murid tua pada ketika itu, Encik Zakaria Bin Abu Bakar, antara matapelajaran yang diajar ketika itu adalah Ilmu Alam, Tawarikh, membaca, menulis dan juga mengira. Mereka menulis menggunakan papan batu dan air sebagai pemadam. Pada tahun 1932, bangunan Malay School Penjom telah musnah kerana berlakunya ribut. Walau bagaimanapun, sekolah tersebut telah dipindahkan ke tapak lain dan diberi nafas baru dengan nama Sekolah Kebangsaan Penjom dan ianya kekal sehingga kini.

Pada tahun 1978, atas usahasama penduduk Kampung Penjom, sebuah kantin telah dibina untuk kemudahan warga Sekolah Kebangsaan Penjom. Blok baru telah dibina pada tahun 1980 kerana pertambahan bilangan gurunya. Bilangan murid juga bertambah sehingga mencecah 220 orang. pada awal 90-an, bangunan blok C yang menempatkan sebuah dewan, makmal sains, bilik kemahiran hidup dan dua buah kelas telah didirikan.

Seterusnya, pada November 2002, SK Penjom telah mendapat 2 blok bangunan baru yang lengkap dengan pejabat, bilik guru, bilik mesyuarat, bilik rawatan, bilik muzik, bilik kemahiran hidup, makmal sains,pusat sumber, bilik kaunseling, surau dan 6 tambahan bilik darjah.


Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Penjom
Batu 6, Penjom
Pahang, Malaysia
Telefon = 6093227636
Fax = 6093227636

Pautan luar[sunting | sunting sumber]