Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist, Pahang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist (M)
Lokasi
Jalan Cheroh, RAUB, Pahang
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6093551032
Kod sekolahCBB6025
Faks6093551032


Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist (M) atau nama ringkasnya SK Perempuan Methodist (M), merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Cheroh.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist (M) memiliki 0 pelajar lelaki dan 526 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 526 orang. Ia mempunyai seramai 38 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Perempuan Methodist (MGS) telah diasaskan oleh Puan Edna Lee, isteri seorang Bishop pada 6 September 1947. Guru Besar pertamanya ialah Puan Muriel Stoner. Sekolah ini terdiri daripada 3 buah bilik darjah sahaja pada ketika itu.

Pada tahun 1949 sebuah lagi bilik darjah dibina. Memandangkan ramai penduduk di Daerah Raub menghantar anak-anak mereka ke MGS, 3 buah lagi bilik darjah ditambah pada tahun 1952. Pada ketika itu MGS ketika itu terdiri daripada sekolah rendah dan sekolah menengah. Justeru itu timbul berbagai-bagai masalah berkaitan dengan pentadbiran. Pada tahun 1977, sekolah rendah dan menengah diasingkan. Pada ketika itu MGS tidak mempunyai guru besar. Jawatan guru besar ketika itu dipangku oleh Puan L. Mogarajah.

Pada bulan Jun 1978, sebuah bangunan dua tingkat yang mengandungi 4 buah bilik darjah telah siap dan dapat digunakan. Walau bagaimanapun sekolah masih lagi kekurangan bilik darjah dan kemudahan-kemudahan lain.

Memandangkan kekangan ini, pihak sekolah bertungkus-lumus mengumpul wang dengan mengadakan pasaria, hari kantin serta memohon sumbangan derma daripada dermawan tempatan dan luar. Pada awal tahun 1993, sejumlah wang sebanyak RM30,736.40 telah dapat dikumpulkan hasil sumbangan derma dan aktiviti hari kantin yang diadakan setiap dua bulan sekali.

Pada pertengahan tahun 1993, sekolah telah menerima peruntukan sebanyak RM60,000.00 daripada Kementerian Pendidikan. PIBG dan jemaah pengurus sekolah telah mengadakan Jamuan Malam Mesra pada 15 Disember 1993 di Dewan MCA Raub dan berjaya mengumpulkan wang berjumlah RM27,000.00. Di samping itu, kutipan derma terus dijalankan dari semasa ke semasa. Pihak guru juga turut sama memberikan sumbangan sebanyak RM100.00 setiap orang.

Bagi menambah lagi tabung kewangan, Jamuan Malam Mesra murid-murid tua di Pacific Coffee House telah diadakan. Hasilnya wang sebanyak RM 12,000.00 telah dapat dikumpulkan.

Bangunan baru mula dibina pada 10 Oktober 1994 dan mula digunakan pada 1 September 1995. Pada tahun 2000, pagar konkrit dibina di bahagian hadapan sekolah bagi menggantikan pagar yang lama. Kos pembinaan berjumlah RM 15,000.00. Pada tahun itu juga dataran kejat telah dibina hasil sumbangan seorang dermawan, berjumlah RM 4000.00. Pada tahun 2001, bumbung sekolah telah dibaiki yang melibatkan kos sebanyak RM 30,000.00 dengan dibiayai oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pada tahun 2003, sebuah pondok pengawal keselamatan telah dibina yang menelan belanja sebanyak RM 8,000.00 yang juga dibiayai oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Sebuah pondok bacaan telah dibina pada awal tahun 2004 yang bernilai kira-kira RM 7,000.00 hasil sumbangan PIBG, SK (P) Methodist Raub.

Pencapaian


Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist (M)
Jalan Cheroh
Pahang, Malaysia
Telefon = 6093551032
Fax = 6093551032

Pautan luar[sunting | sunting sumber]