Sekolah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong 2

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong 2
Jenis Sekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Kod sekolah BBA8269
Lokasi Jalan Persiaran Indera Pusat Bandar PuchongPUCHONG, Selangor,  Malaysia
Telefon 358820711
Faks 358820744


Sekolah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong 2 atau nama ringkasnya SK Pusat Bandar Puchong 2, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Persiaran Indera Pusat Bandar Puchong.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong 2 memiliki 465 pelajar lelaki dan 393 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 858 orang. Ia mempunyai seramai 50 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong (2) [SKPBP2] ditubuhkan pada 1 November 2002 dan memulakan sesi persekolahan pertama pada 6 Januari 2003. [SKPBP2] merupakan sekolah kedua yang terdapat di Pusat Bandar Puchong. Sekolah rendah pertama di Pusat Bandar Puchong ialah Sekolah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong (1) yang terletak kira-kira 4 kilometer [SKPBP2].

Pada awal pembukaan sekolah ini, hanya terdapat 2 orang pentadbir dan 7 orang guru bertugas iaitu Puan Nafsiah binti Husin dan Encik Manikam a/l Muniandy dan guru-guru Encik Mat Tabohan bin Ishak. Puan Rosmah binti Udin, Puan Sugunasundari a/p Thangavelu, Puan Siti Ghaslenda binti Jurani, Puan Zainab binti Jabar, Puan Tan Giok Lian.

[SKPBP2] mempunyai empat buah blok dan sebuah kantin dan ia kekal sehingga ke hari ini. Pada tahun 2007 sebuah lagi bangunan telah dibina untuk menempatkan murid-murid pra-sekolah. Jumlah bilik darjah yang terdapat di sekolah ini ialah sebanyak 30 buah.

Guru besar pertama berkhidmat ialah Datin Hajah Narimah binti Md. Ewan bermula pada tahun 2003 hingga 2007. Selepas itu ia digantikan oleh Puan Hasnah binti Mutalib sehingga ke hari ini. Pada awal pembukaannya hanya menempatkan sejumlah 94 orang murid sahaja. Daripada 94 orang murid, bilangan murid untuk tahun satu ialah 43 orang, tahun dua seramai 31 orang dan tahun tiga 20 orang. Jumlah ini semakin meningkat dari tahun ke tahun dan sehingga sekarang, jumlah murid adalah seramai 885 orang termasuk murid dari prasekolah.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong 2
Jalan Persiaran Indera Pusat Bandar Puchong
Selangor, Malaysia
Telefon = 358820711
Fax = 358820744

Pautan luar[sunting | sunting sumber]