Sekolah Kebangsaan Ragkam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Ragkam
Lokasi
 Malaysia Peti Surat 272, 89657, Tambunan,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6087775569
Kod sekolahXBA1228
FaksTIADA


Sekolah Kebangsaan Ragkam atau nama ringkasnya SK Ragkam, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 272.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Ragkam memiliki 22 pelajar lelaki dan 25 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 47 orang. Ia mempunyai seramai 11 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penubuhan sekolah di Ulu Tondulu yang kini dikenali dengan SK Ragkam adalah atas inisiatif mendiang Datuk Anthony Gibon dengan perbincangan bersama wakil penduduk pada sekitar tahun 1970. Wakil penduduk yang terlibat dalam perbincangan tersebut ialah mendiang En. Masudang Somolu dan mendiang Soidoi Konsunou. Pada masa itu Kg. Kuyungon belum wujud secara rasmi/ tidak layak didaftarkan atas faktor bilangan penduduk yang sedikit dan pentadbirannya bernaung di bawah Kg. Papar. Walaupun demikian, mendiang Datuk Anthony Gibon mengambil langkah proaktif mengasaskan sekolah ini bagi memberi capaian pendidikan kepada anak-anak penduduk Kuyungon kerana jarak dengan Pekan Tambunan dan sekolah terdekat adalah lebih kurang 7.5KM.

Sebelum sekolah dibina, beberapa orang penduduk yang berasal dari Kg. Longkogungan Penampang iaitu mendiang Masudang Somolu, mendiang Gundolot Rumpou dan mendiang Soidoi Konsunou(balu kepada mantan Ketua Kampung Longkogungan, mendiang Sombuah Danggaan) telah mendirikan  rumah di kawasan itu dengan tujuan menjadikan tapak tersebut sebagai kawasan perkampungan kerana tanah tersebut masih kosong pada ketika itu. Apabila bangunan sekolah mula dibina, mendiang Gundolot Rumpou dan mendiang Soidoi Konsunou berpindah ke tempat lain manakala mendiang Masudang Somolu tidak sempat berpindah dan apabila beliau meninggal, beliau telah dikebumikan di kawasan tanah sekolah. Menurut Ketua Kampung En. Palikat Lumawang Ketua Kampung Papar yang juga mengurus segala hal ehwal Kg. Kuyungon pada ketika itu, mendiang Pouil Gatin dan mendiang Bernad Butit Ukala mempunyai tuntutan hakmilik terhadap tanah tersebut (pemegang L.A), walau bagaimanapun  atas nasihat mendiang Datuk Anthony Gibon dan KK Palikat Lumawang, mereka telah melepaskan tuntutan ke atas tanah tersebut.

Pada sekitar tahun 1974 pembinaan sekolah telah diluluskan dan pada tahun 1977, bangunan sekolah SK Ragkam dengan dua buah bilik darjah telah siap dibina. Menurut rekod, SK Ragkam beroperasi secara rasminya pada 21 Mac, 1977 di bawah pentadbiran Guru Besar En. Primus Otigil dan dibantu oleh En. Richard J.Lakim. Bilangan murid pada ketika itu adalah seramai 13 orang. En. Thadius Kudumpong telah dilantik sebagai Pengerusi PIBG yang pertama ketika pentadbiran Guru Besar En. Primus Otigil. Nama sekolah diambil sempena nama sebuah anak sungai yang berhampiran iaitu Anak Sungai Ragkam "Lokos Ragkam".

Pada tahun 1980, bilangan penduduk di Ulu Tondulu(Kg.Kuyungon) telah meningkat. Dengan peningkatan ini, bilangan pelajar di SK. Ragkam juga bertambah dan wujud keperluan untuk pembinaan bangunan tambahan bagi menampung pertambahan jumlah pelajar. Pada 16 November 1982, Kg.Kuyungon didaftarkan secara rasminya di bawah Pusat Kemajuan Masyarakat, Daerah Tambunan, Kawasan N.16 Tambunan dengan No. Pendaftaran CDC. 4/JKKK/TB/62 dan permohonan bagi penambahan bangunan baru telah dibincang oleh pentadbiran Kg.Kuyungon bersama dengan pihak pentadbiran sekolah pada tahun-tahun berikutnya.

Sumber Rujukan[sunting | sunting sumber]

K.K Palikat Lumawang (Ketua Kampung Papar Tambunan)

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Ragkam
Peti Surat 272
89657, Tambunan
Sabah, Malaysia
Telefon = 6087775569
Fax = TIADA

Pautan luar[sunting | sunting sumber]