Sekolah Kebangsaan Saga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Saga
Fail:Lencana skolah saga.jpg
SK SAGA TENOM
Lokasi
 Malaysia Ps 262, 89908, Tenom,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah011-6574 9066
Kod sekolahXBA1331
Pengerusi PIBGEN HASLAM
PengetuaEN NASHARUDDIN@MOHD AZMI BIN AWANG YAHYA
GPK Pentadbiran dan AkademikEN AG MOHD FIRDAUS BIN AG AJI
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPUAN JALINAH JAJI
Penolong Kanan KokurikulumEN. AWANG NORSYAM AWANG KADIR
FaksTIADA


Sekolah Kebangsaan Saga atau nama ringkasnya SK Saga, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Ps 262.

Pada 2016, Sekolah Kebangsaan Saga memiliki 107 orang murid lelaki dan 94 orang murid perempuan dan jumlah semuanya ialah 201 murid (2016). Seterusnya bagi jumlah kakitangan pula, SK Saga mempunyai 18 guru serta 3 kakitangan sokongan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Dalam tahun 1962, penduduk kampung di Mukim Saga ini memikirkan bahawa anak-anak mereka berjalan terlalu jauh dan berbahaya kerana terpaksa menyeberangi Sungai Padas untuk sampai ke Sekolah GPS (yang kini telah dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Sapong). Maka, dalam tahun tersebut, pengasas bagi sekolah ini, iaitu Encik Bijun Ginandah (kini Tuan Haji Rithaudin) yang juga seorang perinyu tanah di Pejabat Daerah Tenom pada masa itu telah merancang pembinaan sekolah untuk kanak-kanak di dalam Mukim Saga (Kampung Saga Ulu, Kampung Saga Tengah, Kampung Saga Laut, Kampung Pantongan, Kampung Ponontomon, Kampung Ulikon dan Kampung Karangan Baru serta dari kampung mukim berhampiran iaitu Kampung Mandalom). Kanak-kanak ini terdiri daripada pelbagai suku kaum seperti Murut, Dusun, Bisaya, Banjar, Jawa, Brunei dan sebagainya.

Bagi merealisasikan pembinaan sekolah ini, Encik Bijun Ginandah telah melantik ahli jawatankuasa untuk memastikan perancangan yang telah diatur dapat dijalankan dengan lancar. Berikut merupakan ahli jawatankuasa yang telah dibentuk.

Pengerusi   :  Tuan Haji Sani Puasa

Setiausaha :  Encik Bujing Rauf

Bendahari   :  Tuan Haji Mansur Abdullah

AJK             :  1. KK Osman Abdullah

2. KK Katab

3. KK Tandul

4. Encik Sailan

Pada akhir tahun 1962, sebuah bangunan sekolah telah siap dibina di Kampung Pantongan hasil kerjasama penduduk kampung yang bergotong-royong menyiapkan bangunan ini. Segala peralatan dan bahan seperti tukul, paku, zink dan sebagainya disediakan sendiri oleh penduduk kampung. Maka, berdirilah sebuah bangunan sekolah yang diberi nama Native Volentery School (NVS) Pantongan sempena dengan nama tempat sekolah didirikan iaitu Kampung Pantongan.

Hasil usaha penduduk kampung berkenaan, maka pada tahun 1969, sebidang tanah telah berjaya diperolehi (tapak sekolah kini). Ini berikutan kawasan sekolah NVS Pantongan ini merupakan kawasan tanah rendah dan pastinya akan menyukarkan apabila musim banjir melanda. Pada tahun 1970, bangunan sekolah yang baru itu telah siap didirikan oleh pihak Pejabat Daerah. Pada awal tahun itu juga, sekolah ini mulai beroperasi dengan bilangan murid seramai 25 orang dan seorang Guru Besar iaitu Cikgu Alif Jupang. Sementara itu, murid-murid yang belajar di NVS Pantongan masih dikekalkan tetapi hanya kelas Darjah Satu (Tahun 1) sahaja yang beroperasi dan dihentikan pada tahun 1974.

Tahun demi tahun, bilangan murid semakin bertambah. Dalam tahun 1975, sekolah ini ditambah dengan sebuah lagi bangunan yang menempatkan dua buah kelas dan tambahn dua unit rumah guru. Oleh kerana bilik darjah masih lagi tidak mencukupi untuk menampung bilangan murid yang semakin ramai, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merayu kepada Jabatan Pendidikan (kini Jabatan Pelajaran Negeri Sabah) agar dapat menambah bilangan bilik darjah di sekolah ini. Maka dalam tahun 1985, sebuah bangunan baru telah siap dibina di bawah Rancangan Projek Kilat Jabatan Pendidikan Sabah dan dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan Sabah pada masa itu iaitu Encik Alwi Hj. Ahmad pada 11 November 1985.

Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan kepada Tuan Haji Rithaudin dan semua Jawatankuasa NVS Pantongan serta individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung atas sumbangan besar mereka dalam merealisasikan impian penduduk sekitar Mukim Saga ini untuk mempunyai bangunan sekolah sendiri agar anak-anak mendapat hak pendidikan yang sewajarnya.

Sekolah Kebangsaan Saga sekarang ini terletak di atas sebuah bukit kira-kira 16km dari Pekan Tenom. Sekolah ini mempunyai tiga buah bangunan di mana ianya menempatkan tujuh buah bilik darjah termasuk sebuah kelas pemulihan yang telah diubahsuai, Bilik Guru Besar, Bilik Guru, Pejabat Am, Kelas Pendidikan Islam (merangkap Surau Sekolah), Bilik Komputer (ubahsuai), Pusat Akses (ubahsuai), Bangunan Prasekolah dan Bilik Stor.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini merupakan sekolah yang sentiasa memenangi acara-acara sukan bagi zon-3 PPD Tenom dimana ia dilatih oleh guru-guru yang berkemahiran tinggi dalam sukan tersebut. Ia juga dibantu oleh YDP PIBG sekolah tersebut.



Pencapaian Akademik

2015 -Siti Nordiana (5 A)


Pencapaian Sukan :

Acara Balapan Kebangsaan 1. Meselemya Bious

 -100m gangsa 2017(MSSM)
 -4x100 4x200 2016(MSSM)

Merentas Desa Kebangsaan (2017) 1.Jacklelyon@Alif Jaamis 2.Chikonelson Kulisi

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Saga
Ps 262
89908, Tenom
Sabah, Malaysia
Telefon = 087-731187
Fax = TIADA

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Sk saga terletak di Kampung Saga yang mana terletak 19 minit dari Pekan Tenom yang ditunjukkan dalam peta google berikut. Apabila kita melalui jalan dari Kenigau sampai ke gerbang Pekan tenom, terus ke bulatan pertama Pekan Tenom dan mengambil exit pertama ke pintu terminal keretapi. Seterusnya jalan terus sehingga menjumpai bulatan dan mengambil exit pertama juga. Dalam 3 km perjalanan akan menjumpai bulatan ke Labuk seberang dan ke Kg saga,ambil exit ke-3 dan teruskan perjalanan sebanyak 8 km sehingga sampai ke Sk saga. Sk saga berada di bahagian kiri. Untuk maklumat lanjut tekan link dibawah:

https://www.google.com/maps/dir/SK+Pekan+Tenom,+Kilometer+1,+Jalan+Tenom-Keningau.,+Tenom,+Malaysia/PS+262,+Tenom,+SK+Saga,+89900+Tenom,+Sabah,+Malaysia/@5.0850875,115.889886,18366m/data=!3m1!1e3!4m19!4m18!1m10!1m1!1s0x323d27334fe7ba4b:0xa882a23072ba8482!2m2!1d115.9441021!2d5.128087!3m4!1m2!1d115.9736748!2d5.084103!3s0x323d2166fc3dfefd:0x4822bbe777c9a820!1m5!1m1!1s0x323d239e3057feab:0xf5cf3f6c81a52b46!2m2!1d115.966895!2d5.041848!3e0