Sekolah Kebangsaan Senaling

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Senaling
Lokasi
Km 6, Jalan Tampin Kuala Pilah, 72000, Kuala Pilah,, Negeri Sembilan Darul Khusus
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoILMU CAHAYA HIDUP
Nombor sekolah6064813016
Kod sekolahNBA1012
PengetuaPuan Tinah Bt. Hj Aziz
Faks6064813016
Laman sesawang
Map


Sekolah Kebangsaan Senaling atau nama ringkasnya SK Senaling, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Km 6, Jalan Tampin Kuala Pilah.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Senaling memiliki 233 pelajar lelaki dan 221 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 454 orang. Ia mempunyai seramai 32 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Senaling adalah sebuah sekolah yang terletak 5km dari pekan Kuala Pilah dan lebih kurang 1km dari pekan Senaling. Mengikut kata orang tua-tua ‘Senaling’ mendapat nama dari sejenis pokok buluh iaitu buluh sembeling. Sekolah ini telah dibina pada tahun 1908. Semasa itu bangunan sekolah dibuat daripada papan dan beratapkan rumbia. Sekolah ini tidak mempunyai keperluan asas. Murid-muridnya pula terdiri daripada anak-anak kampung berhampiran .Mereka hanya berjalan kaki sahaja ke sekolah.

Selepas merdeka , bangunan lama ditukar kepada bangunan separuh batu dan beratap zink bagi menggantikan bangunan lama yang telah uzur. Pada tahun 1968 pula atap zing bangunan ditukar pula kepada atap ardek. Tahun demi tahun bilangan murid-murid di sekolah ini semakin bertambah. Ini disebabkan oleh banyak projek perumahan didirikan di sekitar kawasan Senaling. Maka pada tahun 1994, bangunan baru empat tingkat dibina dan mula digunakan pada tahun 1996. Bangunan baru ini menempatkan bilik-bilik darjah, pejabat, pusat sumber dan tandas. Pada masa itu terdapat 33 orang kakitangan akademik dan 5 orang kakitangan bukan akademiki .Murid-muridnya pula seramai 457 orang. Sesi persekolahan bermula pukul 7.45 pagi dan berakhir pada 1.05 tengahari. Guru Besar pertama berkhidmat di sekolah ini ialah En.Musa bin Ali. Tolong-menolong, saling bekerjasama dan hubungan yang rapat diantara ibu bapa dan guru-guru menjadikan Sekolah Kebangsaan Senaling sekolah yang cemerlang dalam semua bidang dan telah melahirkan ramai cerdik pandai.

Visi dan Misi[sunting | sunting sumber]

Visi : Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

Misi : Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

Lagu SK Senaling[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Senaling yang tercinta

Engkaulah sumber harapan. Menuju puncak jaya.

Kau mendidik mengasuhku. Agar jadi insan berguna.

Kepada bangsa juga negara. jasamu tidak terhingga.

Chorus:

Dibidang sukan dan pelajaran. lakukan dengan cemerlang.

Kami berikrar akan berusaha. Dengan sepenuh jiwa raga.

Majulah oh majulah. Serta harum namamu.

Engkaukan tetap dengan selalu. Hidup dalam sanubariku.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Senaling
Km 6, Jalan Tampin Kuala Pilah
72000, Kuala Pilah
Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon = 6064813016
Fax = 6064813016

Pautan luar[sunting | sunting sumber]