Sekolah Kebangsaan Seri Biram

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Seri Biram
Lokasi
 Malaysia Jalan Engku Muda Mansor, PEKAN, Pahang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6094224050
Kod sekolahCBA5024
Faks6094227549


Sekolah Kebangsaan Seri Biram atau nama ringkasnya SK Seri Biram, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Engku Muda Mansor.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Seri Biram memiliki 488 pelajar lelaki dan 453 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 941 orang. Ia mempunyai seramai 70 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini didirikan pada tahun 1898 dengan nama Sekolah Melayu Pekan. Sekolah ini berlantaikan kayu dan beratapkan nipah. Pada awal penubuhan sekolah ini tidak mempunyai Guru Besar. Hanya pada tahun 1900, Guru Besar pertama telah dilantik iaitu Encik Embong bin Abd. Rahman.

Pada tahun 1935 sebuah sekolah baru yang lebih selesa telah dibina dan diberi nama Sekolah Melayu Laki-laki. Semua murid laki-laki dari sekolah pertama dipindahkan ke sini manakala sekolah pertama tadi hanya dijadikan sekolah perempuan sahaja.

Pada tahun 1941 sekolah ini ditutup (perang Dunia ke 2) tetapi dibuka semula pada tahun 1945 atas nama Sekolah Umum Pekan. Sekolah ini ditukar menjadi Sekolah Kebangsaan Seri Biram dan mula dilengkapi dengan pelbagai kemudahan setanding dengan sekolah-sekolah lain. Sebuah surau berjaya didirikan hasil usaha guru dan PIBG. Penubuhan sebuah bangunan baru 6 bilik darjah pada tahun 1994 adalah bagi menampung pertambahan pelajar.

Dalam perkembangannya, sekolah ini telah mengalami beberapa pertukaran Guru Besar. Pada tahun 1995, seorang Guru Besar perempuan telah ditukarkan ke sekolah ini. Beliau ialah Puan Hajah Naemah bte Haji Ali.

Sejak penubuhannya, sekolah ini telah ditadbir oleh 27 orang Guru Besar (26 lelaki dan seorang perempuan). Pada tahun 1996, sekolah ini membuat lonjakan saujana apabila mencatat keputusan UPSR paling cemerlang dalam sejarah sekolah ini. Justeru itu pada tahun 1997 sekolah ini telah menerima Anugerah sekolah Harapan Negara bagi kategori Sekolah Rendah Dalam Bandar. Komitmen yang tinggi seluruh warga sekolah ini telah membawa kejayaan paling berprestij dalam pendidikan kepada sekolah ini apabila diisytiharkan sebagai Johan Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan peringkat kebangsaan pada tahun 1998. Pada tahun 1999, murid-murid sekolah ini sudah mula belajar komputer sehingga sekarang.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Seri Biram
Jalan Engku Muda Mansor
Pahang, Malaysia
Telefon = 6094224050
Fax = 6094227549

Pautan luar[sunting | sunting sumber]