Sekolah Kebangsaan Seri Makmur, Sungai Besar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Seri Makmur
Lokasi
 Malaysia Jalan Parit 1 Barat, SUNGAI BESAR, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoUsaha Jaya
Nombor sekolah60332242224
Kod sekolahBBA6001[1]
Guru besarCikgu Megat Fauzi bin Hj Ibrahim
Faks60332242224


Sekolah Kebangsaan Seri Makmur atau nama ringkasnya SK Seri Makmur, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Parit 1 Barat.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Seri Makmur memiliki 723 pelajar lelaki dan 628 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1351 orang. Ia mempunyai seramai 89 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah Penubuhan Sekolah: Pada awal tahun 1947 terdapat tiga buah Sekolah Rakyat yang didirikan disekitar Kampung Sungai Besar. Sekolah-sekolah tersebut ialah :

1.SEKOLAH PARIT SATU BARAT yang terletak di bawah bangunan Pegawai Kerajaan Jepun (Rumah Tojo).

2.SEKOLAH PARIT DUA SUNGAI BESAR terletak di bawah surau.

3.SEKOLAH PARIT TIGA CABANG juga terletak di bawah surau.


Guru-Guru bertugas pula terdiri dari :

1.Cikgu Mohd Jais b Abd Majid dan Cikgu Abdul Majid b Abu Bakar di Sekolah Parit Satu Barat.

2.Cikgu Abu Samah b Nordin dan Cikgu Ahmad b Jamilidin di Sekolah Parit Dua.

3.Cikgu Hj Sulaiman b Hj Yunus dan Cikgu Salikun b Abd Samad mengajar di Sekolah Parit Tiga Cabang.


Pada tahun 1949, ketiga-tiga sekolah ini telah dicantumkan di bawah satu pentadbiran kerajaan dan diberi nama Sekolah Melayu Sungai Besar. Guru Besar yang mula bertugas pada tahun tertubuhnya sekolah itu ialah Cikgu Shoib b Abdul Samad. Bilangan guru-guru yang bertugas seramai empat orang termasuk Guru Besar. Murid-murid yang belajar pada tahun tersebut seramai 213 orang dari Darjah Satu hingga Darjah 4. Sekolah ini telah mengalami beberapa pertukaran nama yang bermula dari Sekolah Melayu telah bertukar menjadi Sekolah Umum. Kemudian ditukar pula dengan nama Sekolah Kebangsaan Parit Satu Sungai Besar. Setelah itu nama tersebut ditukar sekali lagi menjadi Sekolah Kebangsaan Seri Makmur,sehingga ke hari ini.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

saya cantik

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Seri Makmur
Jalan Parit 1 Barat
Selangor, Malaysia
Telefon = 60332242224
Fax = 60332242224

Rujukan[sunting | sunting sumber]

http://www.findglocal.com/MY/Sungai-Besar/139985939468070/Sek-Keb-Seri-Makmur

Pautan luar[sunting | sunting sumber]