Sekolah Kebangsaan Sri Permai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Sri Permai
Lokasi
 Malaysia D/A Ppd Gua Musang, Tingkat 1, Bgn. Persekutuan,, 18300, Gua Musang,, Kelantan Darul Naim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Ditubuhkan1973
Nombor sekolah6099122385
Kod sekolahDBA8028
FaksTIADA


Sekolah Kebangsaan Sri Permai atau nama ringkasnya SK Sri Permai (Jheoa), merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di RPS Pos Pasik, 18300 Gua Musang, Kelantan.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Sri Permai memiliki 135 orang pelajar lelaki dan 141 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 276 orang. Ia mempunyai seramai 14 orang guru.2009 Pada 2018, Sekolah Kebangsaan Sri Permai memiliki 80 pelajar lelaki dan 100 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 180 orang. Ia mempunyai seramai 21 orang guru.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Sri Permai (SKSP) ialah sebuah sekolah di kawasan pedalaman Orang Asli di Kelantan. Sebelum ini,[bila?] SKSP dikenali sebagai SK Pos Pasik. Ia kemudian telah ditukarkan kepada SK Sri Permai (SKSP) pada tahun 1998 kerana nama Pasik adalah tidak sesuai untuk sekolah yang gurunya seratus peratus orang Islam.[penjelasan lanjut diperlukan]

SKSP terletak di tepi Sungai Jenera, Ulu Kelantan berdekatan dengan sempadan Sungai Siput, Perak. Sekolah ini dibina pada tahun 1973 dan murid-muridnya adalah terdiri daripada kalangan anak-anak orang Asli suku kaum Temiar dari kampung-kampung berhampiran dengan sekolah seperti Kampung Bering, Kampung Pasik dan Pos Gob. Asalnya, SKSP ditadbir dan diuruskan oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA). Namun, pada 1 Januari 1996, SKSP telah diambil alih oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sepenuhnya.

SKSP terletak kira-kira 80 kilometer dari Bandar Gua Musang dan 214 kilometer dari ibu negeri Kelantan iaitu Bandar Kota Bharu. Perjalanan dari Gua Musang ke SKSP melalui jalan bertar sejauh 46 km manakala jalan tanah merah/jalan balak sejauh 34 km. Perjalanan masuk ke sekolah hanyalah dengan menggunakan kenderaan pacuan 4 roda atau motosikal sahaja yang memakan masa selama 2 hingga 4 jam bergantung kepada keadaan cuaca.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Sri Permai
D/A Ppd Gua Musang, Tingkat 1, Bgn. Persekutuan,
18300, Gua Musang
Kelantan, Malaysia
Telefon = 6099122385
Faks = TIADA

Pautan luar[sunting | sunting sumber]