Sekolah Kebangsaan Stella Maris

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Stella Maris (M)
Lokasi
 Malaysia Peti Surat 238, 88858, Tanjung Aru, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6088221551
Kod sekolahXCA4057
Faks6088210661


Sekolah Kebangsaan Stella Maris (M) atau nama ringkasnya SK Stella Maris (M), merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 238.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Stella Maris (M) memiliki 546 pelajar lelaki dan 515 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1061 orang. Ia mempunyai seramai 56 orang guru.2009

Sejarah Sekolah Kebangsaan Stella Maris

Sekolah Stella Maris bermula di zaman penjajah diasaskan oleh Rev. Fr. Adrian Grent, M. H.M (Mill Hill Missionary) Sacred Heart Parish, Jesselton. Beliau dilantik sebagai pembantu paderi pada 6hb Feb 1946 kepada mendiang Rev. Fr. Van Haaren, Rektor Sacred Heart dan mendiang Pro. Prefect Rev, Fr Arnold Verhoeven

Walau bagaimanapun, orang yang bertanggungjawab ke atas penibihan sekolah adalah mendiang Datuk Fong Peng Loi S.P.D.K., M.B.E, M.R.C.S dan mendiang Mr. William Chiu Yun Nyen yang bermurah hati mendermakan dua ekar tanah kepada Mubaligh Kristian Tanjung Aru untuk membina sekolah Stella Maris sebagai sebahagian daripada tanda kesyukuran Keluarga Chiu di atas doa mereka yang dimakbulkan.

Permulaannya: Sekolah kecil pertama umpama kandang lembu dengan ketinggian dinding paras pinggang dan beratapkan rumbia digunakan sebagai kelas terbuka sementara dengan hanya beberapa orang kanak-kanak di bawah pentadbiran guru besar yang pertama iaitu mendiang Mrs. May Van Houton, satu-satunya guru di sekolah itu.

Pada Januari 1949, tiga Rahib Franciscan terdiri daripada Mother Immaculata Ho, Mother Francis Thien dan Sister Consolata Thien yang baru sahaja balik dari melanjutkan pelajaran di Hong Kong telah diminta oleh Mendiang Right Rev. Bishop James Buis, C.B.E untuk mengambil alih pentadbiran sekolah. Ketiga-tiga rahib tersebut memulakan kerja mereka sebaik saja mengambil-alih pentadbiran. Semasa pembelajaran berjalan seperti biasa di bilik kecil terbuka, rahib tersebut dengan sumber kewangan yang terhad membuka dua lagi bilik darjah pada tahun yang sama.

Disebabkan tiada kemudahan kuarters, ketiga-tiga rahib itu dimintakan untuk berulang-alik setiap hari ke konven dekat carmel. Rumah mubaligh yang terdekat didiami oleh mendiang Rev Fr. Bernard Davis, O. B.E. Pada 29hb Dec, 1948 beliau dilantik sebagai “Setiausaha Pelajaran” secara rasmi bagi pengawas N. Borneo. Fr. Davis juga adalah pengasas and pengetua pertama Sekolah Menengah Sacred Heart, Jesselton. Dalam tahun 1953, sekolah telah dipindahkan ke Tanjung Aru. Rumah Mubaligh yang kecil itu sangat sesuai dijadikan konven. Melihat keperluan tersebut, mubaligh itu menjual rumah tersebut kepada para rahib dengan harga $ 4,000 dollars, di mana jumlah itu didermakan oleh keluarga terdekat dan rakan-rakan kepada para rahib tersebut.

Selepas lima tahun percubaan, seksyen Cina sekolah ditutup. Walau bagaimanapun, Sister Consolata terus mengajar kanak-kanak dan juga orang dewasa hal keagamaan dalam bahasa Cina bagi mereka yang bertutur bahasa tersebut di sekolah atau di konven. Pada waktu tengahari beliau akan melawat keluarga dan orang yang sakit di hospital.

Pada 14hb Feb, 1955, para rahib menganjurkan Perjumpaan Am mereka yang pertama dan Mother Immaculate telah dipilih sebgai Ketua Tertinggi jemaah itu. Beliau menetap di Loreto Convent, Jalan Penampang Lama. Sementara itu , mendiang Mother Xavier Chin, salah seorang daripada perempuan pertama yang lulus Senior Cambridge di Sekolah St. Francis Konven, KK dan selepas beberapa tahun mengajar telah dihantar ke Singapura, di mana beliau memperolehi sijil mengajarnya. Sekembalinya beliau, beliau diminta mengambil alih pentadbiran sekolah daripada Mother Immaculate. Mother Francis pula Mother Francis pula dihantar ke Tawau bagi penubuhan St.Clare.

Menjelang Julai 1955, dua lagi bilik darjah ditambah bagi menampung murid seramai 250 orang di mana Tahun 5 merupakan kelas yang tertinggi. Menjelang Januari 1958, kemasukan murid mencecah sehingga 328 orang dengan seramai 15 orang berada di Tahun 6. Itu adalah masa yang tepat untuk membuka kelas tadika. Cik Daisy Low (sekarang Sr. Alphonsus) yang tiba dari Singapura pada bulan Ogos tahun yang sama menjadi guru tadika berdaftar yang pertama. Penghargaan diberikan kepada Mother Xavier’s atas inisiatifnya kerana selepas genap 10 tahun penubuhannya , akhirnya kanak-kanak di tadika diberikan perhatian yang khusus. Rentetan dari itu, kelas tadika dijalankan di mana sahaja ada ruang walaupun di bawah gereja kecil Konven para rahib yang kemudiannya dijadikan garaj. 6hb Januari, 1960, Mother Aloysius telah dilantik untuk mengetuai Konven St. Aloysius’, Limbahau dan Mother Xavier mengambil-alih kedudukan tertinggi kumpulan sambil mentadbir sekolah dari tahun 1960 sehingga tahun 1964. Sekolah Stella Maris terus berkembang dan perlunya membina sebuah bangunan baru dengan 8 buah bilik darjah.

Dengan pemberian sebanyak $60,000 daripada Jabatan Pelajaran dan hasil usaha para rahib, mereka berjaya menampung kos sebanyak $140,000 bagi pembinaan sekolah baru. Pada 11hb Julai, 1964, His Lordship Bishop James Buis, memberkati sekolah baru itu dan Encik Muir, Pengarah Pendidikan merasmikan pembukaan sekolah.

Pada 20hb Jun, 1966 merupakan hari yang bermakna bagi kumpulan rahib tempatan. Empat perintis terdiri daripada Mother Immacullata, Mother Aloysius, Mother Francis dan Sr. Consolata meraikan ulangtahun ke-25 sebagai Rahib. Satu misa kesyukuran diadakan dan dimisakan oleh Rt. Rev. Church. Bagi mengenang sambutan itu, majlis diadakan di sekolah yang baru.

Pada Jan, 1967, Sr. Joan Neubronner iaitu seorang jururawat terlatih yang baru tamat latihan perguruan dari Maktab Perguruan Kent, Tuaran menjadi guru besar yang baru. Sementara Mother Xavier pula dipindahkan ke Tawau bagi mengetuai sekolah rendah Holy Trinity dan juga menyelia tadika, di mana kedua entiti diberikan kepada FSIC dari Mill Hill Missionaries.

Semasa dalam jawatannya, Sr. Joan, seorang pelukis yang berbakat mereka logo sekolah - The Guiding Star. Sebuah lagi bilik darjah dibina bagi menampung lebih ramai murid. Kemasukan murid ke sekolah mencecah lebih 500 orang di mana dua kelas dibuka bagi setiap darjah dari Tahun 1 hingga Tahun 6 dan juga dua kelas tadika. Sekali lagi atas kerja keras para rahib yang di bawah seliaan Mother Aloysius dan Sr. Joan, J mereka berjaya membina sebuah konven 2 tingkat pada 1968 bagi menampung bilangan rahib yang semakin bertambah. Konven yang lama diubahsuai menjadi asrama bagi pelajar dari daerah luar. Setahun kemudian iaitu tahun 1969, sebuah tadika dengan 4 bilik darjah dibina dengan kos sebanyak $ 60,000 (enam puluh ribu) oleh kontraktor sama yang telah membina konven.

Dalam bulan Januari 1971, Sr. Joan meninggalkan Sekolah Rendah Stella Maris bagi menjawat lantikannya yang baru di sekolah perempuan St. Mary Konven , Sandakan. Sr. Rosalind Thien, seorang graduan Maktab Perguruan Gaya mengambil-alih tugas pentadbiran di kedua-dua sekolah iaitu sekolah rendah dan tadika sebagaimana bekas guru besar sebelumnya. Dalam tahun 1972, kemasukan ke sekolah rendah sahaja meningkat sehingga lebih 550 orang dan dengan pemberian sebanyak RM6,000 (Enam Ribu Ringgit) daripada kerajaan, sebuah bilik darjah ditambah dengan kemasukan murid mencecah 900 orang dan guru seramai 26 orang. Pada tahun yang sama, sekolah rendah Stella Maris meraikan ulang tahun Jubli Perak semenjak diasaskan.

Sekolah terpaksa membuka kelas 2 sesi dengan kebenaran daripada Jabatan Pelajaran. Pada waktu yang sama tadika Stella Maris juga berkembang sama rata dari masa ke semasa. Sister Rosalind merasakan ia adalah masa yang sesuai bagi tadika Stella Maris untuk mempunyai guru besarnya sendiri. Beliau kemudiannya mengesan kecekapan dan kepimpinan Sr. Antonia Chu yang mentadbir tadika itu dari tahun 1982 sehingga 1985. Pada tahun yang sama (1982), Tadika Stella Maris meraikan ulangtahun Jubli Perak yang telah dijalankan oleh His Lordship, mendiang Right Rev Bishop Simon Fung.

Beberapa rahib muda Franciscan, semua guru terlatih dan guru yang lain telah berkhidmat di Tadika Stella Maris. Dari tahun 1986 sehingga 1987 sekolah diketuai oleh Sr. Clare Lombigit. Dua tahun kemudian (1988 dan 1989) Sr. Sylvia mentadbir sekolah sebagai guru besar.

Dalam Disember 1989, bangunan lama 2 tingkat Tadika Stella Maris berusia 20 tahun dengan ruang yang terhad dianggap tidak lagi sesuai untuk penambahan. Di bawah Sr. Alphonsus, Projek Ko-ordinator FSIC, sebidang tanah di Tanjung Aru Lama dibeli oleh Jemaah itu dengan harga RM190,000 ( satu ratus sembila puluh ribu ringgit). Oleh itu, bersama dengan rakan-rakan dan para dermawan dan juga kerajaan tempatan, sekolah dipindahkan ke bangunan baru yang mempunyai 9 buah bilik darjah dan sebuah perpustakaan pada 1hb Mac 1992.

Dalam tahun 1990, Sr. Juliana Lojikim mentadbir tadika itu dan guru besar terakhir di tempat sekolah lama ialah Sr. Frances Mani. Dari tahun 1992 - 1998, guru besarnya ialah Sr. Lucy. Dalam tahun 1998, Sr. Lucy dan kakitangannya yang berkebolehan serta pengurusan lembaga sekolah dan PTA meraikan Jubli Emas sekolah. Dari tahun 1999 – 2002, empat tahun kemudian menyaksikan Sr. Christina Mosiol mengetuai sekolah dengan stafnya yang dedikasi.

Dengan pelaksanaan rasmi Kurikulum Kebangsaan Prasekolah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2003 sehingga kini. Tadika Stella Maris dibawah kepimpinan Sr. Mary How, seorang pemegang ijazah dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak melalui masa peralihan. Banyak usaha dibuat dan ditumpukan dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran terutamanya terhadap guru. Guru sebagai tenaga pengajar yang bekerja dengan kanak-kanak bukan sahaja dituntut untuk mengajar tetapi menjadi lebih profesional menjalankan peranan sebagai ‘pendidik awal kanak-kanak’.

Berpandukan kepada falsafah, konsep dan objektif Pendidikan Prasekolah Malaysia, ada 4 pendekatan (main, bertema, integrasi dan penggunaan ICT) perlu diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru dituntut untuk mengubah cara pemikiran mereka, sikap dan kemahiran daripada seorang guru yang formal, hanya berpandukan metadologi pengajaran dan pembelajaran kepada pendekatan yang lebih memusatkan murid dan terutamanya dari sistem penilaian berasaskan peperiksaan kepada rekod dan laporan penilaian perkembangan individu kanak-kanak dari semasa ke semasa.

Bagi mencapai objektif tersebut adalah mengambil masa dan sebagai salah satu tadika swasta, kita perlu mencari jalan dan cara untuk meningkatkan diri. Ini termasuklah kursus, belajar dan kursus dalaman berterusan yang perlu disediakan untuk para guru.

Selain itu, tadika ini sendiri berusaha keras dalam membiayai projeknya. Dalam tahun 2006, sistem keselamatan CCTV telah dipasang dan pagar berdindingkan simen dibina di sepanjang premis tadika pada tahun 2007 dengan bantuan PIBG bagi mengelakkan kecurian dan masalah keselamatan. Dalam tahun 2007 - 2008, sebuah pusat pembelajaran ICT dilengkapi dengan komputer telah diwujudkan bagi memenuhi keperluan pembelajaran individu kanak-kanak dan juga menyediakan peluang kepada setiap kanak-kanak untuk menerokai tanpa membayar kos yang tinggi.

Dengan sokongan yang berterusan dan kerjasama yang baik antara staf sekolah, Lembaga Pengurusan, PIBG dan dermawan yang murah hati, tadika kami mampu memberikan pendidikan yang berkualiti kepada kanak-kanak. Di bawah pentedbiran guru besar baru, berkuatkuasa 5hb Jan 2008 Sr. M. Lucy A. Embayan seorang lagi pendidik dalam pendidikan kanak-kanak dan pemegang ijazah dalam Psikologi dan Kaunseling, Tadika Stella Maris akan terus menilai dan mengkaji cara baru memperbaiki tahap pendidikan bagi mencapai tahap yang cemerlang dalam bidang pendidikan. Kemasukan penuh ialah 175 orang kanak-kanak (7 kelas: Nisbah kelas standard:25 orang kanak-kanak. Staf: Kakitangan mengajar dan sokongan: 13)

Pada tahun 1996, Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan Penilaian Tahap Satu (PTS) kepada murid Tahun 3 di seluruh negara. Dua orang murid memperolehi keputusan cemerlang dan dinaikkan secara automatik ke Tahun 5 pada tahun yang berikutnya.

Pada tahun 1997, sebuah dewan serbaguna telah dibina hasil kerjasama Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG).

Tahun 1998 merupakan satu lagi tahun yang sungguh bermakna apabila sekolah menyambut ulangtahun Jubli Emasnya. Pada tahun yang sama juga, Kementerian Pelajaran memperkenalkan “Kelas Bestari” di mana murid terbaik bagi setiap darjah dihimpunkan dalam satu kelas.

Sr. Collete Tangit tiba dalam bulan Jan 2001, sebagai Penyelia Petang apabila Valentina @ Sr. Celestina bersara dalam bulan Jun. Menjelang 12 Jun 2004, Sr. Collete juga bersara diikuti oleh Sr. Dolores iaitu bekas guru di Sekolah Rendah Stella Maris. Beliau kembali mengajar dari tahun 1990 - 2004 sebagai Penolong Kanan Ko-kurikulum.

Hari ini, Stella Maris diberkati dengan kehadiran seorang lagi rahib muda iaitu Sr. Winnie sebagai guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah rendah sejak Jun 2003.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Stella Maris (M)
Peti Surat 238
88858, Tanjung Aru
Sabah, Malaysia
Telefon = 6088221551
Fax = 6088210661

Pautan luar[sunting | sunting sumber]