Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz, Selangor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz
Lokasi
 Malaysia Jln. Kelab,, BATANG BERJUNTAI, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah332891486
Kod sekolahBBB3030
Faks332891486


Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz atau nama ringkasnya SK Sultan Abdul Aziz, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jln. Kelab,.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz memiliki 131 pelajar lelaki dan 102 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 233 orang. Ia mempunyai seramai 29 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Keperluan untuk mempunyai sebuah sekolah Inggeris kerajaan di Kuala Selangor telah mula dirasakan dan diajukan oleh penduduk-penduduk daerah Kuala Selangor sejak akhir tahun 1930an dan awal tahun 1940an, tetapi ura-ura terhenti kerana meletusnya Perang Dunia Kedua.

Pada awal tahun 1950, D.A. Borrie selaku Pegawai Daerah dan Pengerusi Majlis Bandaran Kuala Selangor telah menyediakan sebuah ‘Memorandum’ bagi pihak 110 000 penduduk daerah Kuala Selangor.

Berdasarkan kepada ‘Memorandum’ tersebut maka pihak kerajaan  telah bersetuju membuka sebuah sekolah Inggeis Kerajaan di daerah ini. Dengan jasa baik Taukeh Teh Aik Chong yang telah mendermakan sebuah bangunan yang pernah dijadikan kelab golf, maka pada 4 September 1950 terdirilah sebuah sekolah Inggeris yang pertama di daerah Kuala Selangor.

Sekolah ini telah dirasmikan oleh Yang Mulia Raja Uda, Menteri Besar Selangor ketika itu dan telah dinamakan Government English School, Kampong Kuantan.

Guru Besar yang pertama ialah En. D. S. Attygale. Ketika dibuka ianya mempunyai hanya seramai 119 orang murid termasuk anak taukeh Aik Chong iaitu Teh Chai Kee.

Kesemua murid-murid ini datang dari seluruh daerah Kuala Selangor termasuk kawasan Tanjong Karang yang terdiri dari perbagai kaum.

Namun begitu kebanyakkannya datang dari kampung-kampung dan ladang-ladang yang berhampiran dengan kampong Kuantan.

Pada tahun 1954, dua buah bangunan tambahan yang mengandungi lapan bilik darjah telah siap didirikan. YTM Tengku Salehuddin Abdul Aziz Shah, Raja Muda Selangor ketika itu telah merasmikan bangunan tersebut.

Sekolah ini terus berkembang . Pada tahun 1957 sekolah ini telah memulakan pelajaran menengahnya. Sebuah kelas tingkatan satu telah dibuka pada tahun yang sama. Pada tahun 1958, empat buah lagi bilik darjah telah dibina. Di akhir tahun 1959, kumpulan pertama dari murid sekolah ini seramai 36 orang menduduki peperiksaan LCE, dan 18 orang pula telah lulus dalam peperiksaan tersebut.

1 Januari 1960 merupakan satu lagi tarikh bersejarah bagi sekolah ini . Pentadbir sekolah rendah dan menengah telah diasingkan. En. Loh Pak telah dilantik sebagai guru besar sekolah menengah. Sejak tahun itu, sekolah ini telah digelar dengan panggilan 'The English School' di Kampong Kuantan. Sekolah ini pernah mempunyai murid seramai 1 500 orang pada satu masa.

Pada 1 Januari 1963, sekolah menengah yang dijalankan di kawasan sekolah ini dipindahkan ke Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz, Kuala Selangor. Oleh yang demikian sekolah rendah juga dinamakan Sekolah Rendah Kebangsaan (Ing) Sultan Abdul Aziz.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz
Jln. Kelab, Kampung Kuantan
Selangor, Malaysia
Telefon = 332891486
Fax = 332891486

Pautan luar[sunting | sunting sumber]