Sekolah Kebangsaan Sungai Damit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Sungai Damit
Lokasi
 Malaysia Peti Surat 294, 89208, Tuaran,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6099782145
Kod sekolahXBA4310
Faks6088782145


Sekolah Kebangsaan Sungai Damit atau nama ringkasnya SK Sungai Damit, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 294.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Sungai Damit memiliki 128 pelajar lelaki dan 107 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 235 orang. Ia mempunyai seramai 27 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Sungai Damit, Tuaran telah ditubuhkan pada tahun 1948. Sebelum ini, nama sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Sukarela Rakyat. (Native Voluntery School) Sungai Damit.

Pada awal penubuhannya, sekolah ini hanya menumpang di bangunan wayang ataupun pasar. Ini kerana belum ada bangunan khas yang dibina untuk menampung murid-murid. Sehingga tahun 1962, barulah sebuah bangunan khas yang diperbuat daripada kayu-kayu bulat, berdinding bambu dan beratapkan zink dibina.

Bagaimanapun bangunan ini telah musnah akibat banjir yang berlaku pada tahun 1971. Ini menyebabkan murid-murid di sekolah itu terpaksa menumpang belajar di balairaya Kampung Sungai Damit sehinggalah pihak Kementerian Pendidikan mengambilalih pentadbiran pada tahun 1984.

Atas persetujuan pihak Lembaga Tabung Getah Sabah, terbinalah 2 buah bangunan sekolah dan 2 blok umah guru di atas tanah kawasan milik Lembaga Tabung Getah Sabah, Cawangan Tuaran. Dalam tahun 1985, bangunan ini telah ditukar menjadi Sekolah Kebangsaan Sungai Damit, sehinggalah ke hari ini.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Sungai Damit
Peti Surat 294
89208, Tuaran
Sabah, Malaysia
Telefon = 6099782145
Fax = 6088782145

Pautan luar[sunting | sunting sumber]