Sekolah Kebangsaan Sungai Hj Matahir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Sungai Hj Matahir
Lokasi
 Malaysia Peti Surat 781, 91008, Tawau,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolahTIADA
Kod sekolahXBA3046
FaksTIADA


Sekolah Kebangsaan Sungai Hj Matahir atau nama ringkasnya SK Sungai Hj Matahir, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kg Haji Matahir, Jln Merotai Tawau Sabah.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Sungai Hj Matahir memiliki 57 pelajar lelaki dan 47 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 104 orang. Ia mempunyai seramai 16 orang guru.2009

Pada 2019, Sekolah ini mempuyai seramai 98 orang murid sekolah rendah, 25 orang murid prasekolah dan 15 orang guru.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini telah dibina pada tahun 1965 di atas tanah seluas 2.92 ekar yang telah diwakafkan oleh seorang penduduk Kampung Sungai Haji Matahir, yang bernama Pak Timor (Om. Timor). Sebelum beliau meninggal dunia pada tahun 1967, beliau telah membenarkan pihak Jabatan Pelajaran Tawau membina sebuah sekolah. Kesemua bangunan sekolah dibina dengan menggunakan papan. Pada masa yang sama Pejabat Daerah Tawau turut membina sebuah balairaya dan sebuah surau berdekatan dengan kawasan sekolah ini.

Pelajar yang belajar di sekolah ini majoritinya terdiri daripada bangsa Tidong, Suluk, Banjar dan Bugis. Sebahagian besar pelajar sekolah ini adalah dari keluarga nelayan yang berpendapatan rendah. Seramai 63 orang daripada 90 orang pelajar mendapat RMT.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Sungai Haji Matahir
Peti Surat 781, 91008, Tawau
Sabah, Malaysia

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Laman Web Rasmi: https://sksghjmatahir.wordpress.com/