Sekolah Kebangsaan Sungai Petai, Kelantan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Sungai Petai
Alamat
Kampung Sungai Petai
16800, Pasir Puteh,, Kelantan Darul Naim
Malaysia Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6097520494
Kod sekolahDBA4278
Faks6097520037
Laman sesawang


Sekolah Kebangsaan Sungai Petai atau nama ringkasnya SK Sungai Petai, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kampung Sungai Petai.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Sungai Petai memiliki 284 pelajar lelaki dan 264 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 548 orang. Ia mempunyai seramai 44 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Sungai Petai terletak 7 km daripada bandar Pasir Puteh melalui jalan Semerak. Dengan jumlah murid sekitar 450 - 550 orang dan tenaga pengajar seramai 35 - 40 orang, sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah yang berada di dalam Zon 2 PPD Pasir Puteh. Sejarah awal penubuhan SK Sungai Petai adalah sekitar awal tahun 40an di mana bangunan sekolah ini terletak di Kampung Gong Pasir, 2 km daripada tapak sekarang. Pada tahun 1946, sekolah atap telah dibina oleh penduduk kampung secara gotong-royong di atas tapak asal iaitu kawasan musolla lama. Sekolah ini telah diasaskan oleh Tuan Haji Zakaria bin Yusuf yang merupakan guru pertama yang mengajar dan mentadbir sekolah ini. Dia dianggap sebagai Guru Besar Pertama. Manakala Penghulu Awang Mamat merupakan ketua kerja pembinaan sekolah atap ketika itu. Sekolah ini yang dibina di atas sebidang tanah yang diberikan oleh 'Pak Muda' ( Wan Muda Pendik ). Seramai 20 orang murid pertama yang belajar di sekolah ini. Pada tahun 1949, bermulah pembinaan sebuah bangunan kayu yang dibiayai oleh kerajaan melalui Jabatan Kerja Raya. Banguan ini siap pada akhir tahun 1950 dan mula digunakan pada tahun 1951. Pada 5 Januari 1979, tiang bangunan B sekarang mula didirikan. Pada tahun 1981, bangunan ini mula diduduki oleh 400 oran murid dan 12 orang guru serta 5 orang pekerja. Manakala bangunan C mula dibina pada 1993.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Sungai Petai
Kampung Sungai Petai
16800, Pasir Puteh
Kelantan, Malaysia
Telefon  : 6097520494

Faksimili : 6097520037

email  : sksgpetaipp@gmail.com
         :  sksungaipetai@yahoo.com
website  : www.sksgpetai.webs.com

Pautan luar[sunting | sunting sumber]