Sekolah Kebangsaan Sungai Sampo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Teks tebal

Sekolah Kebangsaan Sungai Sampo
Lokasi
 Malaysia Kampung Sungai Sampo, 72120, Bandar Seri Jempol,, Negeri Sembilan Darul Khusus
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Autoriti pendidikanPPD JEMPOL DAN JELEBU
Nombor sekolah6064685388
Kod sekolahNBA6008
Pengerusi PIBGEN.ATAN BIN YAMAN
Guru besarMUHAMAD FARIZ BIN SALIM
WarnaWarna Kuning : Melambangkan kesetiaan kepada Raja dan Negara

Warna Hitam : Melambangkan semangat keberanian dan berjiwa kental

Warna Hijau : Melambangkan keindahan dan keharmonian

3 Gelung : Melambangkan kerjasama untuk kecemerlangan bidang sukan dan kokurikulum.

Buku Terbuka

dan Mata Pena : Melambangkan sumber ilmu
SloganILMU KEKAYAAN ABADI
LaguSKSS maju bersama

Mendidik dan berjaya Murid dan guru berganding sama Jayakan wawasan kita

SKSS membentuk diri Harapan negara kami penuhi Kami lalui dengan berani Dengan semangat dan hati-hati

Usaha gigih tekun belajar Ilmu kekayaan abadi Usaha gigih tekun belajar

Ilmu kekayaan abadi
GPK Pentadbiran dan AkademikZAINI BIN NGAI SENIN
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridMURAD BIN YUK YOK
Penolong Kanan KokurikulumZUHATA BIN MOHD BASRI
Faks6064685387
Map


Sekolah Kebangsaan Sungai Sampo atau nama ringkasnya SK Sungai Sampo (OA), merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kampung Sungai Sampo.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Sungai Sampo memiliki 81 pelajar lelaki dan 82 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 163 orang. Ia mempunyai seramai 18 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SK Sungai Sampo berada di dalam perkampungan Orang Asli Kg.Sungai Sampo. Ia terletak kira-kira 28km dari pekan Bahau. Sekolah ini ditubuhkan pada April 1972 di atas tanah rezab Orang Asli. Di awal penubuhannya sekolah ini hanya mempunyai satu teres bangunan kayu , sebuah dewan makan dan 2 bangunan asrama yang mempunyai 2 dorm dan juga pejabat asrama. Asrama berkapasiti rendah ini pada awalnya di bawah pemantauan dan kendalian Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) sehingga tahun 1990 sebelum diambil alih sepenuhnya oleh Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS).

SK Sungai Sampo menjadi tempat untuk menimba ilmu bagi murid-murid sekitarnya dan juga murid Orang Asli dari kampung berhampiran seperti Kg.Sungai Lui, Kg.Sungai Sot dan juga Kg.Pos Iskandar ,Bera Pahang. Sekolah ini telah menerima perubahan dari segi infrastruktur dan juga kemudahan serta setanding dengan sekolah-sekolah yang lain. Kini, sebagai salah sebuah sekolah rendah yang mempunyai asrama harian ia turut menempatkan murid-murid Melayu dari Kg.Serampang Indah (Kg.GATCO), Felda Serting Hilir, Felda Lui Selatan juga murid-murid lain sekitar daerah Jempol.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Sungai Sampo
Kampung Sungai Sampo
72120, Bandar Seri Jempol
Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon = 606-4685388
Fax = 606-4685387

Pautan luar[sunting | sunting sumber]