Sekolah Kebangsaan Tagas-Tagas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Tagas-Tagas
Lokasi
 Malaysia Peti Surat 178, 90108, Beluran,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolahTIADA
Kod sekolahXBA2125
FaksTIADA


Sekolah Kebangsaan Tagas-Tagas atau nama ringkasnya SK Tagas-Tagas, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 178. Merupakan sebuah sekolah kurang murid (SKM).

Pada 2014, Sekolah Kebangsaan Tagas-Tagas memiliki seramai 87 orang murid, 15 orang guru dan 2 anggota kumpulan sokongan.

SK Tagas-Tagas ini berada di bawah kelolaan PPD Beluran. Pada suatu ketika dahulu, bot atau feri menjadi kenderaan wajib untuk tiba di sekolah ini. Namun, pada hari ini kenderaan darat menjadi pengangkutan utama setelah pembinaan jambatan siap beberapa tahun dahulu.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Nama sekolah ini diambil sempena nama kampung ini iaitu KG Tagas-Tagas. Dikhabarkan bahawa Tagas-Tagas adalah nama sejenis kayu yang banyak terdapat di kg ini suatu ketika dahulu. Kayu ini merupakan antara kayu yang berkualiti selain daripada kayu belian. Antara sumber ekonomi utama penduduk kampung di sini ialah dengan mengerjakan ladang kelapa sawit.

Kampung ini dijuga dikelilingi oleh sungai yang turut menjadi sumber air dan makanan kepada penduduk kampung. Air hujan merupakan sumber tadahan utama bagi memasak, mencuci, mandi, dan sebagainya. Dan sekiranya musim kemarau, air sungai akan di pam dan digunakan dalam urusan harian. Sungai di kampung ini juga kaya dengan pelbagai hidupan yang menjadi sumber makanan kepada kampung ini seperti udang galah, baung, ikan merah, ikan ubi dan bermacam-macam lagi.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

KEPUTUSAN RASMI UPSR SKTT 2014:

BM (PEMAHAMAN): 70% BM (PENULISAN): 60% BI : 70% MATEMATIK: 60% SAINS: 100%

GRED PURATA SEKOLAH (GPS) : 2.50

MISI[sunting | sunting sumber]

Memberi peluang kepada murid mendapatkan pendidikan yang sempurna dan teratur mengikut keperluan Pendidikan Sekolah Rendah Berkeupayaan menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran menarik dan berkesan di samping penguasaan 3M. Berkeupayaan melahirkan murid yang berpotensi dan mampu bersaing dalam aktiviti kokurikulum. Berkeupayaan melahirkan murid yang berakhlak, berhemah tinggi dan beretika.

Visi[sunting | sunting sumber]

Berkeupayaan melahirkan murid yang berketerampilan cemerlang dan berkualiti dalam akademik, kokurikulum dan sahsiah seterusnya dapat memenuhi aspirasi serta tuntutan agama, bangsa dan negara.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Tagas-Tagas
Peti Surat 178
90108, Beluran
Sabah, Malaysia
Telefon = TIADA
Fax = TIADA

Pautan luar[sunting | sunting sumber]