Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Indah, Selangor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Indah
Lokasi
 Malaysia Taman Bukit Indah, AMPANG, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBerusaha,Berilmu,Berdikari
Nombor sekolah342808317
Kod sekolahBBA7232
Guru besarEncik Tuan Ismail bin Tuan Mat
GPK Pentadbiran dan AkademikEncik Faizal bin Mamat @ Zakaria
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Arbaiyah binti mahmud
Penolong Kanan KokurikulumEncik Anuar Bin salimin
Faks342808325


Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Indah atau nama ringkasnya SK TBI,terletak di Taman Bukit Indah.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Indah memiliki 944 pelajar lelaki dan 903 pelajar perempuan , menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1847 orang. Ia mempunyai seramai 91 orang guru.

Guru besar yang terkini adalah Encik Tuan Ismail bin Tuan Mat menggantikan Puan Adibah Binti Yusoff sejak 2019.Pada tahun 2017 seramai 234 calon mengambil peperiksaan UPSR dan 16 calon daripadanya telah berjaya mendapat keputusan 6A dan telah mencapai objektif sasaran sekolah pada tahun itu.

SK Taman Bukit Indah mengandungi 24 bilik darjah, 2 makmal komputer, 2 makmal sains, bilik , bilik gerakan, pejabat, stor sukan, surau,

dan sebuah pusat sumber.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SK Taman Bukit Indah mula dibina pada tahun 1998 Sekolah .Pada 1 Julai 2000 Dan dibuka Pada 12 September 2000.Sekolah ini mempunyai 4 blok Dan 3 tingkat

pada 1 Julai 2000 dan dibuka pada 12 September 2000.Sekolah ini mempunyai 4 blok Dan 3 tingkat berkeluasan 7 ekar

Sekolah ini diserahkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada 20 September 2000. Upacara perasmian SK Taman Bukit Indah diadakan pada 4 April 2004 yang telah dirasmikan oleh mantan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia iaitu YBhg Datuk Abdul Rafie Bin Mahat.

Pada 2007 sebuah bangunan telah didirikan bagi menempatkan pendidikan prasekolah di SK Taman Bukit Indah yang memuatkan 35 buah kelas.

Kegemilangan SK Taman Bukit Indah tercipta apabila menjadi Naib Juara dalam daerah gombak


Pencapaian[sunting | sunting sumber]

SK Taman Bukit Indah pernah mencatat rekod bagi kedudukan peperiksaan GPS UPSR pada tahun 2014 dengan mendapat tempat lima teratas dengan gred UPSR 1.94.

SK Taman Bukit Indah sekali lagi mencatat rekod pada tahun 2015 bagi kedudukan GPS UPSR dengan mendapat tempat tiga teratas dengan gred UPSR 1.85 dengan peratusan 82.37.

Pada tahun 2016, SK Taman Bukit Indah berjaya memperbaiki kedudukan dengan mendapat GPS UPSR 2.55 dan peratusan 85.5.

Pada tahun 2017,SK Taman Bukit Indah berjaya meningkatkan gred dengan GPS UPSR 2.47 dan peratusan 89.0.

Tiga atlet yang mewakili Malaysia untuk bertanding di Sukan SEA Singapura 2015 dalam sukan bola jaring (An Najwa), boling (Muhammad Rafiq) dan skuasy (Andrea Lee) juga merupakan bekas pelajar SK Taman Bukit Indah.

Dua atlet yang sama bagi sukan bola jaring dan boling telah mewakili Malaysia di Sukan SEA Malaysia 2017 adalah bekas pelajar SK Taman Bukit Indah.

Pada tahun 2008, Muhammad Aiman Bin Khalidi (pelajar SK Taman Bukit Indah pada masa itu) telah berjaya mewakili Malaysia di dalam Kejohanan Bola Sepak Dunia dan berjaya meraih johan dalam kejohanan itu.

SK Taman Bukit Indah juga merupakan johan dalam sukan sofbol di peringkat MSSD, MSSS, dan juga MSSM.

Pernah menjuarai kedua-dua kejohanan sofbol MSSD Gombak 2016.

Merupakan johan kejohanan bola sepak MSSS 2014 bawah 12 tahun.

Secara ringkasnya, SK Taman Bukit Indah banyak meraih pencapaian tinggi dalam sukan sofbol. Justeru, sukan sofbol kini menjadi ETOS bagi SK Taman Bukit Indah.

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

SKTBI sekolah kami

Sekolah yang kami cintai

Berilmu, beramal, berdikari

Kecermelangan dicekapi


Merentasi ilmu pendidikan

Selaras dengan kemajuan

Akhlak mulia sama jayakan

Kepercayaan pada Tuhan


Putra puteri bersatu hati

Berganding bahu mencurah bakti

Menyemai wawasan bestari

Untuk kemajuan pertiwi


Mari kita bersama-sama

Berganding bahu berusaha

Andai nanti tiba masanya

Kita akan pasti berjaya

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Indah, Taman Bukit Indah, 68000 Ampang, Selangor, Malaysia
Telefon: +60342808317
Fax: +60342808325