Sekolah Kebangsaan Taman Dato Harun (2)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Taman Dato Harun (2)
Lokasi
 Malaysia Km 12, Taman Dato' Harun, Jalan Klang Lama, PETALING JAYA, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah03-77815626
Kod sekolahBBA8101[1]
Guru besarPUAN HAJAH ROSLAWATI BINTI NUZI
GPK Pentadbiran dan AkademikPUAN NORHAFIZAH BINTI HAMZAH
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridENCIK SHARUDDIN BIN JAHARI
Penolong Kanan KokurikulumCIK NOOR HASYIMAH BINTI GHAZALI
Penolong Kanan Pentadbiran Sidang PetangENCIK YUSLAINI SAPARIMIN @ YUKIRIN
Faks03-77815626
Laman sesawang
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google


Sekolah Kebangsaan Taman Dato Harun (2) atau nama ringkasnya SK Taman Dato Harun (2), merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Km 12, Taman Dato' Harun, Jalan Klang Lama.

Pada 2018, Sekolah Kebangsaan Taman Dato Harun (2) memiliki jumlah keseluruhan murid seramai 916 orang. Ia mempunyai seramai 55 orang guru.2018[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

• Sekolah Kebangsaan Taman Dato’ Harun dahulunya dikenali sebagai SRK Kampung Maha. Tempat ini merupakan bekas kawasan lombong bijih timah dan mula diduduki oleh penduduk yang berhijrah dari kampung dengan harapan untuk mendapat pekerjaan di bandar. Kawasan sekitarnya menempatkan perkampungan setinggan.

• Sekolah ini dibuka pada tahun 1981 dengan bilangan murid seramai 1051 orang yang terdiri dari murid tahun 1 hingga tahun 4 sahaja.

• Bangunan pertamanya merupakan satu blok bangunan 3 tingkat sahaja yang mempunyai sebuah pejabat, bilik guru dan 23 bilik darjah.

• Pada tahun berikutnya disebabkan pembangunan yang pesat di kawasan persekitaran, menyebabkan jumlah murid semakin ramai dengan jumlah 1600 orang pada tahun 1982, 2300 orang pada tahun 1983 dan hampir 2800 orang pada tahun 1984.

• Pertambahan ini menyebabkan sekolah tidak dapat menampung bilangan murid yang semakin ramai hingga terpaksa menumpang di SRK Jalan 10, surau kampung Maha dan Sekolah Menengah Taman Dato’ Harun sehinggalah sekolah ini mendapat peruntukan 3 blok bangunan papan.

Pada tahun 1984, nama sekolah ini telah ditukarkan kepada Sek. Ren. Keb. Taman Dato’ Harun. Pada tahun 1985 bilangan murid berkurang kepada 2300 orang kerana sebuah sekolah baru telah dibuka iaitu SK Taman Medan pada tahun 1988. Sejurus selepas itu, pentadbiran sekolah ini pula telah dibahagikan kepada dua pentadbiran iaitu SRK Taman Dato’ Harun (1) dan SRK Taman Dato’ Harun (2) dan ini menjadikan tertubuhnya SRK Taman Dato’ Harun (2) sehingga kini.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Taman Dato Harun (2)
Km 12, Taman Dato' Harun, Jalan Klang Lama
Selangor, Malaysia
Telefon = 03-77815626
Fax = 03-77815626

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Senarai Sekolah Mengikut Kumpulan Jenis Dan Negeri Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Januari 2018. Diambil 03 Disember 2018

Pautan luar[sunting | sunting sumber]