Sekolah Kebangsaan Taman Universiti, Selangor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Taman Universiti
Lokasi
 Malaysia Jalan Indah 1, Taman Universiti Indah, Seri Kembangan, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBerilmu Beramal Berjasa
Nombor sekolah389431575
Kod sekolahBBA8228
Guru besarZaimy Bin Shah Bhari
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Hajah Sabariah bt Mohd Razak
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Hajah Madiha bt Mahmud
Penolong Kanan KokurikulumEncik Abdul Shukor bin Atan
Penolong Kanan Pentadbiran Sidang PetangPuan Rosliza Binti Razali
Faks389431575


Sekolah Kebangsaan Taman Universiti atau nama ringkasnya SK Taman Universiti, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Indah 1, Taman Universiti Indah.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Taman Universiti memiliki 1079 orang pelajar lelaki dan 1041 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2120 orang. Ia mempunyai seramai 97 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini telah dibuka pada 1 September 1994 dengan nama Sekolah Kebangsaan Taman Universiti. Ia terletak lebih kurang 3 km dari pekan Seri Kembangan. Luas kawasan sekolah ialah 8.08 hektar. Bilangan murid pada awalnya adalah seramai 371 orang. Ianya hanyalah untuk murid tahun 1 hingga 4. Bilangan kelas pula pada ketika itu ialah sebanyak 12 kelas iaitu 3 kelas setiap aliran. Nama kelas ialah UPM, UKM dan UM. Guru Besar pertama yang merintis sekolah ini ialah En Anuar bin Hj Mokhtar ( 1994-1996 ) manakala YDP PIBG pertama ialah Tn Hj Abrar bin Abd Rahman ( 1994-1998 ).

Sekolah Kebangsaan Taman Universiti telah dinaik taraf ke gred A pada 1 Januari 1998. Pada tahun 2003, pra sekolah mula beroperasi dan sekolah dua sesi telah bermula pada tahun 2005. Sekolah ini diberi taraf sebagai pusat Tanggungjawab ( PTJ ) mulai September 2005. Program J-Qaf bermula tahun 2005.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Taman Universiti
Jalan Indah 1, Taman Universiti Indah
Selangor, Malaysia
Telefon = 389431575
Faks = 389431575

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Taman Universiti

Teras mencapai wawasan

Kami berikrar dengan rukun negara

Menjadi rakyat setia


Berilmu beramal dan berketerampilan

Itulah pegangan kami

Menjunjung tinggi cita-cita negara

Wawasan pasti berjaya


Ibu bapa kami hormati

Guru kami sanjungi

Ilmu pelita hati

Alam maya diterangi


Sekolah Kebangsaan Taman Universiti

Teras mencapai wawasan

Menjunjung tinggi cita-cita negara

Wawasan pasti berjaya