Sekolah Kebangsaan Tasek Apong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Kebangsaan Tasek Apong
JenisSekolah Rendah, Sekolah kerajaan
Kod sekolahKBA3049
Lokasi , Kedah Darul Aman,  Malaysia
Telefon044210022
Faks044210022


Sekolah Kebangsaan Tasek Apong atau nama ringkasnya SK Tasek Apong, merupakan sekolah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kedah.


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Nama Sekolah Kebangsaan Tasek Apong diambil daripada nama asal Kampung Tasek Apong iaitu sebuah perkampungan Melayu yang telah wujud sekian lama.Dalam tahun 70-an,kawasan ini telah menjadi kem pasukan polis hutan batalion ke-4. Sekitar pertengahan tahun 80-an,kawasan ini yang dahulunya ladang getah mula dibersihkan untuk pembinaan 2 buah perumahan iaitu Taman Pahlawan, Taman Wira dan Hotel Swiss Inn.

Menjelang akhir tahun 90-an, Kem Batalion ke - 4 pasukan polis hutan telah diarahkan berpindah ke Grik, Perak dan kawasan ini telah dijual kepada syarikat-syarikat pemaju hartanah untuk dimajukan. Kampung Tasek Apong mula berubah wajah menjelang awal tahun 2000. Sebuah tapak sekolah telah dibina pada pertengahan tahun 2000 oleh Syarikat Kejora Aman, sebuah anak syarikat SPPK Ambangan Height Berhad. Sekolah Kebangsaan Tasek Apong merupakan sekolah kategori bandar. Lokasinya bersebelahan dengan SMK Bandar Sungai Petani, Pasar Raya TESCO, Hotel Swiss Inn, Village Mall, Pejabat Kebajikan Masyarakat dan juga Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda Yan.


Sekolah Kebangsaan Tasek Apong siap dibina pada Tahun 2001 yang mempunyai keluasan 8 ekar 3.24 hektar. Setahun kemudian pada 16 Julai 2002 , sekolah ini telah mula beroperasi dengan tenaga guru seramai 17 orang dan 3 orang kakitangan pengurusan dan 300 orang murid. Kumpulan pertama ini sebagai perintis yang terdiri dari tahun satu hingga tahun lima di bawah pentadbir sulungnya iaitu Guru Besar pertama Encik Mohd Zuki Bin Abdullah. Dibawah pentadbiran beliau, pada tahun 2003, seramai 60 orang murid tahun enam merupakan kumpulan pertama menduduki ujian UPSR. SKTA mula bergerak setapak demi setapak sebagai sebuah sekolah baru di dalam kawasan perbandaran baru.

Reka bentuk bangunannya moden dan unik terdiri daripada 6 blok mengandungi 24 buah bilik darjah, dua buah Makmal Komputer, dua buah Makmal Sains, sebuah Bilik Kemahiran Hidup, Surau, sebuah Bilik Rawatan Pergigian, sebuah Bilik Peralatan Sukan, Bilik Pemulihan, Bilik Bimbingan & Kaunseling, Bilik Operasi Buku Teks (BOSS), Pusat Sumber Sekolah, Bilik Tayangan, Bilik Pendidikan Seni Visual, Bilik Pendidikan Muzik, Bilik Guru dan Kantin. Pada penghujung tahun 2007, pihak sekolah telah mendapat bangunan baru iaitu bangunan prasekolah yang beroperasi pada tahun 2008.

Kecemerlangan prestasi sekolah diteruskan oleh Guru Besar kedua iaitu Tn Haji Shaari Awang pada tahun 2008 hingga 2009 dan diikuti Guru Besar ketiganya Pn Hajah Saadah Bt Saidin mulai 2009 hingga penghujung tahun 2011.

Kini era tahun 2012 di bawah kepimpinan berwibawa Guru Besar yang keempat, Pn.Hjh Imson Bt. Hj.Long, sekolah telah mendapat pengiktirafan Jabatan Pelajaran Negeri Kedah dengan dicalonkan Sekolah Kecemerlangan Kluster fasa 6. Penglibatan menyeluruh dalam segenap aspek sama ada dalam akademik dan kokurikulum diberi tumpuan. Kebitaraan sekolah iaitu permainan Kriket, Sukan Renang dan ko akademik Dikir Barat menjadi keutamaan tanpa mengetepikan kemenjadian murid dalam bidang sahsiah bagi merealisasikan Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]