Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Jalil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Jalil
Lokasi
Bt 14, P Pos Hulu Langat, HULU LANGAT, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoCERGAS BERDISIPLIN DIHORMATI
Nombor sekolah0390211332
Kod sekolahBEA4606[1]
Pengerusi PIBGPak Rashid
PengetuaPn. Wan Norma bt Wan Pi
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Zarinah bt Ismail
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Mohd Jamil bin Abdul Hamid
Penolong Kanan KokurikulumPuan Nurisma bt Ismail
Penolong Kanan Pentadbiran Sidang PetangEncik Ahmad Nazrin bin Mohd Rosli
Faks0390214452
Laman sesawang



Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah SMKAJ bermula pada awal 1965 apabila bermulanya kelas Darjah Menengah menumpang di tiga buah sekolah Kebangsaan iaitu:

  1. Sekolah Kebangsaan Ulu Langat
  2. Sekolah Kebangsaan Dusun Tua
  3. Sekolah Kebangsaan Lubuk Kelubi

Pada 8 Januari 1968, sebanyak 233 orang pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3 Darjah Menengah tersebut telah ditempatkan di sebuah blok bangunan sendiri yang dinamakan Sekolah Menengah Ulu Langat (SMKUL) yang dibina di atas tapak seluas 3 ekar.

Sejak dari tarikh tersebut SMKUL merupakan sekolah menengah yang menampung pelajar-pelajar lepasan darjah enam daripada sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan di Mukim Hulu Langat.

Kemudian pada 1 Jun 1976, sekolah ini yang terdiri daripada 3 blok bangunan, telah dibuka dengan rasminya oleh Menteri Besar Selangor Dato' Hormat bin Rafee dengan nama baru iaitu Sekolah Menengah Abdul Jalil (SMAJ). Seterusnya pada 13 Mei 1991, Dato' Muhammad Bin Muhammad Taib, Menteri Besar Selangor ketika itu, telah merasmikan dua blok bangunan tambahan. Ini menjadikan SMAJ lebih besar dan selesa dengan lima blok bangunan kesemuanya. Pada tahun 1998, sekolah ini sekali lagi sekolah ini bertukar nama kepada nama sekarang atas arahan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Visi[sunting | sunting sumber]

PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

Misi[sunting | sunting sumber]

MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

Lagu[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Abdul Jalil
Mendukung cita-cita
Belajar, berusaha, berjaya
Berdisiplin setiap masa
Tuntut ilmu bersopan
Setia semangat waja
Hormat mulia berbudi
Agama negara
Guru dan ibu bapa
Sekolah Menengah Abdul Jalil
Mendukung cita-cita
Belajar, berusaha bekerja
Berdisiplin setiap masa

Muzik oleh Nazri Ahmad JA, lirik oleh Adnan Kamis .

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

  • Pengetua  : Pn. Wan Norma bt Wan Pi
  • Penolong Kanan  : Pn. Zarinah bt Ismail
  • Hal-Ehwal Murid  : En. Mohd Jamil bin Abdul Hamid
  • PK Kokurikulum  : Pn. Nurisma bt Ismail
  • Penyelia Petang  : En. Ahmad Nazrin bin Mohd Rosli
  • Guru Kanan Bahasa  : Pn. Hanani bt Awang
  • Guru Kanan Sains dan Matematik  : Pn. Johana bt Ramli
  • Guru Kanan Kemanusiaan  : Pn. Ariza bt Ariffin
  • Guru Kanan Teknik dan Vokasional  : Pn. Faridah bt Mohamed Bari

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Jalil,
KM22, Jalan Hulu Langat,
43100 Hulu Langat.
Selangor, Malaysia.
Telefon = 390211332
Fax = 390214452

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Website sekolah : http://1smaja.blogspot.my

Telegram :


https://t.me/infosmaja