Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato' Haji Hassan Haji Sail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato' Haji Abu Hassan bin Haji Sail
MotoCemerlang didunia sejahtera diakhirat
Dirasmikan (1995-12-01) 1 Disember 1995 (umur 23)
JenisSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
PengetuaUstaz Jamaluddin bin Yusoff
Penolong Kanan Pentadbiran dan AkademikPuan Faridah binti Hj. Hussin
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Iskan bin Damuri
Penolong Kanan KokurikulumPuan Hjh Zarina binti Tahir
Pengerusi PIBGDatuk Omar bin Osman
Kod sekolahNRA3001
LokasiKm 1 Jalan Seperi 71400, Pedas,, Negeri Sembilan Darul Khusus,  Malaysia
Nama singkatanSEMADAH
Telefon6066857162
Faks6066858160
Logo SMKA Dato' Haji Abu Hassan Haji Sail

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato' Haji Abu Hassan Haji Sail atau juga dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pedas atau nama ringkasnya SMKA Pedas (kini SEMADAH), merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama yang terletak di Km 1 Jalan Seperi. Pada tahun 2011 sekolah ini telah menukarkan namanya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato' Haji Hassan Haji Sail bersempena dengan nama mufti kedua Negeri Sembilan. Bersesuaian dengan sekolah agama kerajaan yang kedua di Negeri Sembilan selepas SHAMS, Negeri Sembilan.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pedas memiliki 322 pelajar lelaki dan 346 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 668 orang. Ia mempunyai seramai 61 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarahnya bermula selepas sekolah ini ditubuhkan pada 1 Disember 1995 dan mula beroperasi pada 10 Disember 1995 dengan menumpang di bangunan asrama Sekolah Menengah Tuanku Abdul Rahman, Gemas. Bilangan pelajar yang menuntut seramai 118 orang (58 putera dan 60 puteri) bersama-sama 10 orang tenaga pengajar di bawah naungan Tuan Haji Zainal Abidin bin Abdul Latif selaku pengetua SMKA Pedas melangkah dengan penuh yakin dan semangat walaupun tanpa prasarana yang serba sempurna. Dari Gemas, SMKA Pedas berpindah sejauh 91 km ke tapak rasminya di Pedas. Kawasan seluas 38ekar ini dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan untuk pembelajaran.

Tahun 1997 menyaksikan pertambahan bilangan tenaga pengajar dan kemasukan pelajar-pelajar tingkatan satu dan tingkatan empat. Pada 1 Jun 1998, Ustaz Marzuki bin Hamid mengambil alih pentadbiran sekolah selepas Puan Khuzaimah binti Sulaiman bertukar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd Said, Seremban. Sehingga 1999, bilangan warga SMKA Pedas terus meningkat hinga menjangkau 53 orang guru dan lebih 700 orang putera danputeri. Tahun 1999 dan 2000 merupakan tahun keramat kerana kejayaan PMR dan SPM yang diumumkan telah mengharumkan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pedas. Pada 7 Mei 2011, Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Mohamad bin Hasan telah merasmikan pertukaran nama SMKA Pedas kepada SMKA Dato' Haji Abu Hassan bin Haji Sail.


FALSAFAH SEKOLAH[sunting | sunting sumber]

Mewujudkan suasana pembelajaran yang konduksif melalui suasana terancang, terkawal dan berterusan bagi memupuk dan memperkembangkan potensi dalam usaha melahirkan pelajar yang cemerlang ilmu,akhlak,bertakwa dan bertanggungjawab terhadap diri, agama dan masyarakat untuk mencapai kegemilangan hidup di dunia dan akhirat

VISI[sunting | sunting sumber]

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera.

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

PIAGAM PELANGGAN

Kami,pentadbir, guru dan kakitangan SMK Agama Pedas dengan penuh tekad dan iltizam berikrar memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua pelanggan dengan:

1.Prihatin dalam semua perkara serta berusaha mengatasi sebarang masalah yang mereka hadapi dengan penuh kasih sayang.

2.Berkesan dalam mendidik untuk mencapai kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum.

3.Penuh ikhlas dan bertenaga untuk merealisasikan visi dan misi sekolah.

4.Amanah dan ikhlas dalam mentarbiah supaya mendapat keredhaan daripada Allah S.W.T.

5.Segera bertindak melaksanakan tugas, proaktif, kreatif dan tidak membuang masa agar menjadi model terbaik pada para pelajar.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Peringkat Kebangsaan

1) Johan Bahas Ala Parlimen Peringkat Kebangsaan (2005), & pembahas terbaik (Mohd Ezkandar bin Abdul Razak)

2) Johan Program Anak Jati Negara 2008

3) Johan Pidato Bulan Kebahasaan 2008

4) Naib Johan Pidato Anugerah Seri Asrama Terbilang 2004

5) Naib Johan Bahas Ala Parlimen Anugerah Seri Asrama Terbilang Peringkat Kebangsaan 2009

6) Johan Bahas Ala Parlimen Peringkat Kebangsaan (2016)

7) Menduduki tempat pertama bagi keputusan cemerlang SPM seluruh SMKA di Malaysia pada tahun 2016

8) Menduduki tempat kedua bagi keputusan cemerlang SPM seluruh SMKA di Malaysia pada tahun 2017

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pedas
Km 1 Jalan Sepri
71400, Pedas
Negeri Sembilan,  Malaysia
Telefon = 6066857162
Fax = 6066858160

Pautan luar[sunting | sunting sumber]