Sekolah Menengah Kebangsaan Agama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
frames

Sehingga kini, terdapat 55 buah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama ditubuhkan di seluruh Malaysia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah penubuhan Sekolah Menengah Kebanggsaan Agama (SMKA) bermula dengan pengambilalihan 11 buah Sekolah Agama Negeri dan Rakyat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1977. Dari 11 buah sekolah SMKA telah berkembang kepada 55 buah SMKA.

Idea awal penubuhan SMKA diilhamkan oleh Pengarah Bahagian Agama Kementerian Pelajaran ketika itu, Allahyarham Tuan Haji Nik Mohammed Mohyideen bin Haji Wan Musa. Hal ini memang menjadi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia dan hasrat masyarakatIslam yang sedar akan faedahnya. Sebelum ini berapa langkah telah diambil dengan member bantuan kepada sekolah-sekolah agamarakyat dan mencadangkan sekolah-sekolah itu mempraktikkan system baru.

Penubuhan SMKA seiring dengan usaha pemodenan system pendidikan Negara. Proses penambaikan system pendidikan Islam di sekolah-sekolah agama sesuai dengan perkembangan semasa. Justeru, ilham Allahyarham Haji Nik Mohyideen Bin Haji Wan Musa ini telah direalisasikan oleh Tan Sri Dato’ Paduka Dr. Abdul Hamid bin Othman dan Dato Zainal Abidin bin Haji Abdul Kadir.

Pada tahu 1970-an sekolah-sekolah menengah agama rakyat kurang mendapat sambutan kerana system pentadbirannya yang tidak teratur dan kurang prasarana. Pada masa yang sama, kesedaran masyarakat terhadap pendidikan semakin meningkat. Oleh itu Kementerian Pelajaran pada masa itu telah berunding dengan kerajaan-kerajaan negeri di Semenanjung Malaysia agar system pentadbiran dan kurikulum di sekolah-sekolah agam diselaraskan dengan sekolah menengah harian. Kebanyakkan sekolah agama sebelum ini menitikberatkan Pengajian Islam dan Bahasa Arab sahaja tanpa memberi perhatian kepada matapelajaran yang lain seperti yang wujud di Sekolah Menengah Kebangsaan misalnya matapelajaran Sains, Matematik, Geografi dan lain-lain. Fenomena ini berlaku kerana sekolah-sekolah agama tidak berkemampuan untuk menyediakan bilik-bilik makmal yang mahal harganya. Implikasinya lulusan sekolah agama kurang mampu bersaing dalam pasaran sumber tenaga manusia dan cabaran masyrakat semasa.[1]

Objektif[sunting | sunting sumber]

SMKA ditubuhkan dengan beberapa objektif, antaranya:

  • Mencapai kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum.
  • Melahirkan pelajar yang mengamalkan akhlak mulia.
  • Membentuk generasi pelajar sebagai pemimpin yang boleh diteladani.
  • Melahirkan pelajar yang mempunyai ketahanan diri dalam menghadapi cabaran budaya yang bercanggah dengan nilai-nilai Islam.
  • Menyediakan pelajar yang dapat memberi sumbangan yang berkesan bagi memenuhi keperluan negara dan ummah.

Keistimewaan[sunting | sunting sumber]

  • Berusaha mengamalkan budaya hidup Islam
  • Banyak peluang melanjutkan pelajaran
  • Menguasai Bahasa Arab, Jawi & Kemahiran Al-Quran
  • Potensi menjadi tenaga pakar yang faham Islam
  • Lahir pendakwah yang berhikmah & bertanggungjawab

Syarat kemasukan[sunting | sunting sumber]

Bagi memasuki SMKA, calon mesti sekurang-kurangnya memiliki kelayakan minima berikut :

Tingkatan Satu[sunting | sunting sumber]

  • Mendapat 5A/4A 1B ( SK )
  • Boleh membaca Al- Quran
  • Boleh menulis jawi
  • Tahu sembahyang/solat
  • Beragama islam
  • Lulus ujian PAFA ( UPSR )
  • Berumur 13 tahun atau 14 tahun yang lahir pada 31hb Disember
  • Lulus Pendidikan Islam
  • Sekurang-kurangnya 3A dalam Peperiksaan UPKK (Ujian Penilaian Kelas KAFA)
  • pandai serba sedikit tentang Bahasa Arab
  • memiliki 3 sijil berasaskan pendidikan islam

Tingkatan Empat[sunting | sunting sumber]

  • Lulus PMR, sekurang-kurangnya mendapat 4A
  • B dalam Bahasa Arab Komunikasi dan Pendidikan Islam
  • A dan B dalam lain-lain matapelajaran
  • Lulus ujian PAFA dalam PMR
  • Berumur 16 tahun atau kurang

Tingkatan Enam Rendah[sunting | sunting sumber]

  • Lulus SPM
  • Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu
  • Kepujian dalam Bahasa Arab Komunikasi atau lulus Bahasa Arab Tinggi
  • Lulus matapelajaran Pengajian al-Quran dan as-Sunnah serta Pendidikan Syariah Islamiah
  • Berumur antara 17 dan 20 tahun

Senarai SMKA[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]