Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

SEJARAH SEKOLAH[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah
Dirasmikan1996
JenisSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
PengetuaHj Kamali bin Murid
Penolong Kanan Pentadbiran dan AkademikHafdzah binti Abdul Hamid
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridSiti Maheran binti Jamil @ Ramlan
Penolong Kanan KokurikulumTanavalu a/l Munian
Kod sekolahBEA8622[1]
Lokasi Malaysia Jalan Sg. Batu 27/72,Seksyen 27 SHAH ALAM, Selangor, Malaysia
Telefon351910709
Faks351920442


SMK Alam Megah memulakan sesi persekolahan pertama pada 1 Disember 1993dengan menumpang di SMK 24, Shah Alam dengan pelajar seramai 145 orang dan 6 orang guru. Pada 18 Jun 1994 pihak pemaju menyerahkan bangunan SMK Alam Megah kepada Jabatan Pendidikan Selangor, Pegawai Pendidikan Daerah Petaling dan pihak sekolah dan pada 1 Julai 1994 bermula hari pertama sesi persekolahan secara rasmi. Pihak sekolah menerima tambahan 136 orang. pelajar Tingkatan 2 dari Sekolah Menengah Projek Seksyen 11 dan Sekolah Menengah Seksyen 18, Shah Alam.

Nama SMK Alam Megah adalah bersempena dengan kedudukan sekolah ini di Taman Alam Megah Seksyen 27, Shah Alam dan diterajui oleh Puan Nurhani Md. Said selaku pengetua pertama. Sebagai memenuhi hasrat kerajaan untuk mewujudkan "Sekolah Dalam Taman",sekolah ini dipilih untuk Program Penghijauan Alam Sekitar dan pada 16 Januari 1995, pijah JACTIM dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyerahkan 500 anak pokok untuk program tersebut. Pihak JACTIM diwakili oleh Dato' Haji Abdul Talib b. Mohd Zin mewakili Pengarah Bahagian Sekolah,Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bagi menjalin hubungan harmonis antara pihak sekolah dengan ibu bapa, mesyuarat penubuhan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)_ diadakan pada 21 Januari 1995. Dianggotai oleh semua warga pendidik SMK Alam Megah dan 616 orang ibu bapa. Encik Zainal b. Rahmat dilantik sebagai Yang DiPertua PIBG pertama. Tanggal 25 September 1995, kumpulan pertama anak didik sekolah ini menduduki PMR dan pada Disember 1995 kelas Tingkatan 4 dibuka dan kumpulan ini telah menduduki SPM pada November 1997. Pn. Nurhani Md. Said, pengetua pertama sekolah ini telah menamatkan perkhidmatannya sebagai pengetua di sekolah kerajaan dan menceburi bidang pendidikan swasta .Kekosongan ini menyebabkan SMKAM amat menantikan kehadiran pengganti beliau iaitu Pn. Hajjah Zawiah bt.Mustapha pada 16 September 1997.Mulai tahun 2007 hingga awal 2014, SMK Alam Megah dipimpin oleh Pn Hjh Miss Yati bt. Dani. Setelah persaraan Pn Hjh Miss Yati, SMK Alam Megah dipimpin oleh Tn Hj. Kamali bin Murid sehingga kini.

ENROLMEN[sunting | sunting sumber]

Guru : 85 orang

Murid : 1346 orang

***data sehingga Jun 2019

VISI dan MISI[sunting | sunting sumber]

VISI SEKOLAH

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI SEKOLAH

MelestarikanSistemPendidikanYangBerkualitiUntukMembangunkanPotensiIndividuBagi MemenuhiAspirasiNegara

LENCANA SEKOLAH[sunting | sunting sumber]

LAMBANG

W(Wawasan),mempunyai3pepenjuruyangmelambangkanmasyarakatyangberbilangkaumiaitu Melayu, Cina, India.

Garisan lengkung di tengah lambang menunjukkan masyarakat negara ini menujukewawasanyangakantiba.

Sayap kiri dan kanan lambang, akan membimbing masyarakat bagi bersama mencapai wawasan.


WARNA ASAS

Perang‐Menunjukkan kekukuhan sekolah.


WARNA-WARNA LAIN

Hijau ‐ Kemakmuran Biru – Kedamaian Kuning –Keharmonian


LILIN

Segala ilmu yang kita Pelajari akan membawa sinar kebahagiaan


IJAZAH

Ijazah adalah tanda seseorang itu telah mencapai kejayaan dengan memPelajari ilmu pengetahuan.


BULAN SABIT, BUKU DAN CAHAYA

Agama Islam menyeru setiap umat manusia menuntut ilmu bagi bekalan masa depan.


MATA PELAJARAN DITAWARKAN[sunting | sunting sumber]

MATA PELAJARAN TERAS[sunting | sunting sumber]

TINGKATAN 1,2 DAN 3 TINGKATAN 4 DAN 5
1.     Bahasa Melayu 1.       Bahasa Melayu
2.     Bahasa Inggeris 2.       Bahasa Inggeris
3.     Matematik 3.       Matematik
4.     Sains 4.       Sains(aliran  sastera)
5.     Sejarah 5.       Sejarah
6.     Geografi 6.       Pendidikan Islam
7.     Pendidikan Islam 7.       Pendidikan Moral
8.     Pendidikan Moral 8.       Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan
9.   Ting 1, 2 : Rekabentuk Dan  Teknologi (RBT)

             :  Asas Sains Komputer (ASK) – Kelas Jati

Ting3:Rekabentuk Dan  Teknologi (RBT)

9.       Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan
10.   Pendidikan Seni Visual
11.   Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

MATA PELAJARAN ELEKTIF TINGKATAN 4 DAN 5[sunting | sunting sumber]

Tingkatan Matapelajaran
4 Sains 1 M/Tambahan Fizik Kimia Biologi
4 Sains 2 M/Tambahan Fizik Kimia Biologi
4 Akaun 1 M/Tambahan Prinsip Perakaunan Ekonomi
4 Akaun 2 Prinsip Perakaunan/SRT Ekonomi
4 Grafik1 Grafik Berkomputer Pend. Seni Visual
4 Grafik 2 Grafik Berkomputer Pend. Seni Visual
4 Seni Pend. Seni Visual
Tingkatan Matapelajaran
5 Sains 1 M/Tambahan Fizik Kimia Biologi
5 Sains 2 M/Tambahan Fizik Kimia Biologi
5 Akaun 1 M/Tambahan Prinsip Perakaunan Ekonomi
5 Akaun 2 Prinsip Perakaunan/SRT Ekonomi
5 Grafik Grafik Berkomputer Pend. Seni Visual
5 Ekonomi1 Ekonomi Pend. Seni Visual
5Ekonomi 2 Pend. Seni Visual
5 Seni Pend. Seni Visual


ALAMAT[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah
Jalan Sg. Batu 27/72,Seksyen 27
Selangor, Malaysia
Telefon = 03-51910709
Fax = 03-51920442

RUJUKAN[sunting | sunting sumber]

PAUTAN LUAR[sunting | sunting sumber]