Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bagi sekolah menengah di Perak Darul Ridzuan dengan nama yang sama, lihat Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Perak.


Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur
MotoPelajaran Panduan Hidup
Dirasmikan1958
JenisSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
PengetuaPuan Siti Sarimah Binti Shaik Abdul Rahman
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridCik Kamisah binti Abu Bakar
Penolong Kanan KokurikulumPuan Aslamiah
Kod sekolahWEA0196
LokasiJalan Kampung Pandan, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Telefon03-92858219
Faks03-92811905


Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki memiliki 394 pelajar lelaki dan 747 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1141 orang. Ia mempunyai seramai 99 orang guru.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMK Aminuddin Baki ditubuhkan sebagai Sekolah Menengah Melayu, Kuala Lumpur pada tahun 1958. Sekolah ini ditempatkan secara sementara di Sekolah Kebangsaan Kampung Baru dan Sekolah Kebangsaan Maxwell. Pada tahun 1963, lokasi sekolah ini dipindahkan ke tempat sementara baharu di Sekolah Menengah Cochrane.

Pada 24 Mac 1964, Sekolah Menengah Melayu menukar nama kepada SMK Aminuddin Baki sempena seorang tokoh pendidikan dan Ketua Penasihat Pendidikan Malaysia waktu itu, Aminuddin Baki. Di samping itu, sekolah ini juga telah berpindah sekali lagi ke sebuah tapak yang kekal hingga kini.

Dari permulaan pertubuhannya, SMK Aminuddin Baki telah menawarkan tempat untuk murid tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Namun, pada tahun 1966, kelas Tingkatan Enam telah diperkenalkan. SMK Aminuddin Baki juga telah dikategorikan sebagai Sekolah Kawalan pada tahun 1987 dan membina asrama harian untuk pelajar perempuan yang ingin tinggal di situ pada 1997.

SMK Aminuddin Baki juga menjadi perintis untuk beberapa program kerajaan seperti:

  • Sekolah Tenaga Diperbaharui & Kecekapan Tenaga (TDKT) - 1998
  • Sekolah Pintar (Smart School) - 1999
  • Projek Rintis Sumber Persiarann Terbuka (Open Source Software) - 2006

Pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

2007 - Sekolah Kluster

2010 - Sekolah Berprestasi Tinggi

2015 - Sekolah Kluster Kecemerlangan

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Aminuddin Baki

Sekolah kami yang tercinta

Berkhidmat dan berjasa

Pelajaran panduan hidup lambangnya

Marilah kawan mari bersama

Belajar dan berusaha

Tegakkanlah nama perwira

Yang berbakti dan berjasa

Janganlah jemu wahai kawanku

Tanamkanlah tekad taat dan giat

Sama-sama pohonkan restu

Moga-moga berjaya selalu

Bergerak terus maju bersama

Dengan penuh cekal cita-cita

Berbudi tinggi amal susila

Berjaya membela nusa bangsa (x2)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]