Sekolah Menengah Kebangsaan Badin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Badin
Lokasi
Peti Surat 149, 89208, Tuaran,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6088788357
Kod sekolahXEE4374
Faks6088788166


Sekolah Menengah Kebangsaan Badin atau nama ringkasnya SMK Badin, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 149.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Badin memiliki 855 pelajar lelaki dan 968 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1823 orang. Ia mempunyai seramai 121 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Nama sekolah ini diambil sempena nama seorang tokoh yang bernama Orang Kaya Kaya Badin. Tokoh ini dikatakan telah banyak berjasa kepada penduduk sekitar Tuaran. 

Asasnya Sekolah Menengah Kebangsaan Badin, Tuaran telah wujud semenjak tahun 1967. Namun pada masa tersebut sekolah ini dikenali sebagai Government Junior Secondary School, Tuaran. Sekolah ini beroperasi dan menumpang di bangunan sekolah Rendah Pekan Tuaran. Pada waktu itu sekolah ini hanya mempunyai pelajar seramai 47 orang manakala tenaga pengajarnya seramai 9 orang. Menurut catatan sejarah, pengetua pertama sekolah ini ialah En. Prancis Airon. Menjelang tahun 1973 selaras dengan pertambahan bilangan pelajar maka bangunan Sekolah Kebangsaan Chen Sin yang berhadapan dengan Sekolah Rendah Kebangsaan Pekan Tuaran terpaksa dipinjamkan bagi menenpatkan pelajar tingkatan satu dan kelas peralihan.            

Pada tahun 1974 tapak bangunan tetap Sekolah Menengah Badin siap dibina, atas keperihatian pihak kerajaan terhadap kepentingan pelajar kaum bumiputera. Perbelanjaan pembinaan bangunan S.M.K. Badin telah menelan belanja sebanyak RM1.5juta. Blok-blok bangunan yang telah siap dibina adalah 2 buah bangunan Asrama, (blok bangunan lelaki dan perempuan), bangunan Sri Malinja, bangunan Sri Andalas dan bangunan yang menempatkan koperasi dan kantin sekolah. 

Pada awal pembukaan sekolah ini, bilangan pelajar telah bertambah melebihi seribu orang. Daripada jumlah tersebut sebanyak 90% terdiri dari kaum bumiputera. Manakala tenaga pengajarnya adalah seramai 40 orang. Tingkatan-tingkatan yang ditawarkan di sekolah ini adalah tingkatan satu hingga tngkatan lima. 

Tahun demi tahun bangunan telah bertambah bagi menampung sejumlah pelajar yang kian meningkat. Maka pada tahun 1985, dua buah bangunan telah dibina iaitu Sri Wangi dan Bangunan Kilat. Walau bagaimanapun, bangunan Sri Wangi hanya dapat berfungsi sepenuhnya pada tahun 1987. Pada masa tersebut, sekolah ini telah mula mengadakan dua sesi persekolahan. Sesi persekolahan pagi adalah terdiri daripada tingkatan 3, 4, dan tingkatan 5. Manakala sesi petang pula melibatkan pelajar tingkatan 1 dan 2. Bilanagan tenaga mengajar adalah seramai 60 orang. 

Pada tahun 1997, satu lagi perubahan yang dilakukan di sekolah ini ialah kelas tingkatan 6 telah dibuka, dan menyebabkan kelas tungkatan 3 telah dipindahkan ke sesi petang. Ini bermakna kelas sesi pagi terdiri daripada tingkatan 4, 5, 6 bawah dan 6 atas. Manakala sidang petang terdiri daripada tingkatan 1, 2 dan 3.

Terdapt banyak perubahan yang berlaku pada tahun 2003 sehingga tahun 2006. Yang pertama ialah pembinaan Anjung Gemilang, makmal komputer, ruang legar dan surau. Bangunan Kilat pula telah dirobohkan. Di S.M.K. Badin terdapat 33 buah taman. Antaranya ialah taman Orkid, taman 3k, taman Patriotik, taman Kasih Resos, taman Sains dan taman Minda LK.     

Sehingga kini sekolah ini mempunyai lebih kurang 2050 pelajar dan 110 orang tenaga pengajar.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2012, Umar Mustaqim dan Asmah Shaznie [perlu rujukan] berjaya mendapatkan gelaran Best Camper bagi English in Camp (EIC) peringkat daerah mengalahkan 40 lebih peserta. Pasukan Umar mendapat tempat hampir semua pertandingan yang diadaka. Pasukan Taekwondo Badin (BTC) berjaya menjadi juara keseluruhan Speed Challenge yang diadakan di Labuan. Pasukan PKBM SMK badin telah memenangi pelbagai acara seperti, lari berhalangan dan kawad kaki. Pasukan Taekwondo Badin juga telah memenangi pelbagai pertandingan. Mastika, Amizah dan khairul ikhwan berjaya terpilih untuk pertandingan Taekwondo peringkat kebangsaan. Pasukan Badin dianggotai syafiq, Umar, Syukri, Fadhil dan Angeleo dalam perkemahan KRS peringkat daerah berjaya memenangi pertandingan reka cipta manakala tempat kedua bagi Kawad kaki. Syafik berjaya menjadi peserta terbaik kem ini.

Pada tahun 2013, kumpulan kuiz bahasa arab, kuiz kemahiran al-quran, qiraat sab'ah, kalimatus sobah dan dialog dari SMK badin masing-masing berjaya memenangi tempat ketiga dalam Majlis Ihtifal sekolah sekolah (MISS) peringkat zon. seorang peserta dari kumpulan kuiz bahasa arab, Umar Mustaqim bin Umar Li [perlu rujukan] telah terpilih untuk kuiz bahasa arab MISS peringkat negeri mengalahkan 6 peserta. Ini merupakan satu kebanggaan bagi badin kerana rata-rata pesaing bagi Umar adalah dari sekolah agama sedangkan Badin cuma sekolah dengan kelas arab. Umar mendapat tempat keempat bagi peringkat individu dan tempat pertama bagi berkumpulan bagi kuiz bahasa arabb peringkat negeri. SMK Badin juga memenangi tempat pertama bagi syarahan oleh adik Hafazan oleh adik Faiz Farizan, tilawah wanita oleh adik Dayang Nur Nashrah dan beberapa acara lain dalam MTQ peringkat daerah. SMK Badin mendapat tempat hampir setiap acara yang diikuti.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Badin
Peti Surat 149
89208, Tuaran
Sabah,  Malaysia
Telefon = 6088788357
Fax = 6088788166

Pautan luar[sunting | sunting sumber]