Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sentul

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sentul
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sentul.jpg

Lencana SMK Bandar Baru Sentul

Alamat  Malaysia Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur
Telefon 03-40414566
Faksimili 03-40433381
Klasifikasi Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
Moto Berusaha Ke Arah kecemerlangan
Slogan BERUSAHA KE ARAH KECEMERLANGAN
Kod Sekolah WEA0217
Pengetua PN AMNAH BINTI ADAM
Penolong Kanan Kurikulum EN MD. ZAKARIYA B. ABDULLAH UMAR
Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar PN WAN NOR SAADAH BT. WAN JAAFAR
Penolong Kanan Kokurikulum PN MODRIKAH BT HASSAN
Tahun dirasmikan 19 Jun 2000

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sentul merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur.

Pada 2013, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sentul memiliki 69 buah kelas yang menempatkan 913 pelajar lelaki dan 876 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1789 orang. Ia mempunyai seramai 143 orang guru.Ogos 2013

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini ditubuhkan pada 1 Disember 1989. Ia bermula dengan hanya 14 orang tenaga pengajar, 290 orang pelajar dan 7 buah kelas. SMK Bandar Baru Sentul pada asalnya menumpang di bangunan SK Bandar Baru Sentul. Ia berpindah ke bangunan sendiri pada hujung tahun 1990.

SMK Bandar Baru Sentul dirasmikan pada 19 Jun 2000 oleh wakil YB Menteri Pendidikan Yang Berbahagia Tn Hj Rafie bin Mahat, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia pada masa itu.

Pada asalnya, SMK Bandar Baru Sentul mempunyai 3 blok 4 tingkat, satu blok bengkel KH dan satu blok kantin. Pada tahun 2001, Blok D telah siap dibina dengan 11 kelas, 2 makmal komputer , 1 bilik gerakan dan 1 dewan terbuka. Pada tahun 2011 pula bangunan Blok E dinaikkan menempatkan 8 buah kelas, sebuah pejabat, 3 buah bengkel KH, dan sebuah bengkel Rekacipta. Sebuah gelanggang bola tampar dan sebuah surau juga disiapkan pada tahun sama.

Sekolah ini telah diterajui oleh 6 orang pengetua sehingga kini iaitu:

  1. Tn Hj Abdul Kahar Abdul Kadir (1989 –1991)
  2. Pn Hjh Habibah Abd Aziz (1991-1995)
  3. Pn Hjh Aminah Ishak (1995-1997)
  4. Pn Hjh Rusnah Hassan (1998-2001)
  5. Pn Hamidah Abd Latif (2003-2008)
  6. Pn Hjh Faridah Salleh (2008-2014)
  7. Pn Amnah Adam (2014 hingga kini)

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

ETOS SMK Bandar Baru Sentul terdiri daripada ETOS Galah Panjang dan ETOS Gamelan.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sentul
Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur
Telefon = 03-40414566
Fax = 03-40433381

Pautan luar[sunting | sunting sumber]