Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Serting

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Bandar Baru Serting
Dirasmikan (1989-12-01) 1 Disember 1989 (umur 27)
Jenis Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Kod sekolah NEA6008
Lokasi  Malaysia Bandar Seri Jempol 72120, Bandar Seri Jempol,, Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia
Telefon 06-4581849
Faks 06-4583115


Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Bandar Baru Serting atau nama ringkasnya SMK (Felda) Bandar Baru Serting, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Bandar Seri Jempol.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Bandar Baru Serting memiliki 426 pelajar lelaki dan 409 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 835 orang. Ia mempunyai seramai 61 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan (F) Bandar Baru Serting (SMKBBS) terletak dalam daerah Jempol. Bahau ialah bandar yang terhampir dengan jaraknya kira-kira 12km. Sekolah ini dibuka pada 1hb. Disember 1989. Pada peringkat awalnya, sekolah ini telah menumpang di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Serting yang terletak bersebelahan dengan lokasi sekolah sebenar sekarang. Bilangan guru ketika itu hanyalah seramai 13 orang. Manakala jumlah pelajar tingkatan 1 pada tahun pertama persekolahan ialah seramai 193 orang yang diagih-agihkan kepada enam kelas. Sesi persekolahan dijalankan pada sebelah petang. Pada 1hb. Jun 1990, SMKBBS telah berpindah ke lokasi sekolah sebenar yang terletak di dalam kawasan pembangunan FELDA dengan keluasan kira-kira 16 ekar persegi. Pada awalnya, sekolah hanya mempunyai 3 buah bangunan setinggi 2 tingkat. Disebabkan bilangan pelajar yang semakin bertambah, mulai tahun 1992 SMKBBS telah mengadakan dua sesi persekolahan iaitu pagi dan petang. Sesuai dengan peningkatan jumlah pelajar, infrastruktur sekolah juga telah bertambah dengan pembinaan 3 buah bangunan baru iaitu sebuah bangunan setinggi 3 tingkat dan 2 buah bangunan setinggi 2 tingkat yang telah siap dibina pada pertengahan tahun 1994. Berdasarkan perkembangan fizikal dan pertambahan bilangan pelajar yang pesat, pada 1hb. Mac 1994 SMKBBS telah dinaikkan taraf menjadi sekolah gred A.


Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1999 Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Serting telah terpilih untuk perlaksanaan program Sekolah Bestari Perdana Bertaraf 5 Bintang.


Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Bandar Baru Serting
Bandar Seri Jempol
72120, Bandar Seri Jempol
Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon = 06-4581849
Fax = 06-4583115

Pautan luar[sunting | sunting sumber]