Sekolah Menengah Kebangsaan Banggi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Banggi
Lokasi
 Malaysia Peti Surat 190,, 89058, Kudat,, Sabah
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoSeiring Merintis Keunggulan, Bersatu Menuju Kejayaan
Nombor sekolah6088677431
Kod sekolahXEA5021
Faks6088677431


Sekolah Menengah Kebangsaan Banggi atau nama ringkasnya SMK Banggi, merupakan sebuah Sekolah menengah yang terletak Pulau Banggi, Sabah.

Pada 2018, Sekolah Menengah Kebangsaan Banggi memiliki pelajar berjumlah keseluruhan murid seramai 900+ orang. Ia mempunyai seramai 70 orang guru. Gred sekolah adalah Gred B, satu sesi persekolahan iaitu sesi pagi. Turut mempunyai asrama lelaki dan perempuan.

Sejak kini, sekolah ini telah ditadbir oleh 16 orang pengetua dan pengetua terkini ialah Encik Killy Bin Otalahid.

Pada 15 Julai 2020, Pusat Tingkatan Enam SMK Banggi atau singkatannya PT6SMKB secara rasminya ditubuhkan di dalam kawasan sekolah ini.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMK Banggi telah diwujudkan pada 8 Jun 1987 dengan menumpang di bangunan yang sama dengan SK Karakit yang terletak di pekan Karakit, Pulau Banggi. Jumlah pelajar pada masa itu seramai 75 orang dan 5 orang guru manakala kelas yang ditawarkan pula sehingga tingkatan 3 sahaja. Idea penubuhan sekolah ini telah diilhamkan oleh pemangku pengetua pertama iaitu En Kadir Bin Junaidil. Sebelum penubuhan sekolah ini, pelajar yang bakal memasuki pendidikan menengah terpaksa menyambung pelajaran di tanah besar Kudat dan ada dalam kalangan mereka yang terpaksa berhenti sekolah akibat ketidakmampuan menanggung kos yang tinggi untuk belajar di sana.

Atas inisiatif kerajaan demi membantu rakyat, pada 10 november 1994, upacara peletakan batu asas dan pecah tanah telah dilakukan oleh Y.A.B Dato Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan menandakan bermulanya pembinaan bangunan baharu SMK Banggi. SMK Banggi menjadi satu-satunya sekolah menengah di Pulau Banggi. Pembinaan bangunan ini telah siap pada julai 1996 dan kelas untuk pelajar tingkatan 4 dan 5 mula dibuka untuk menampung keperluan pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Banggi
Peti Surat 190
89058, Kudat
Sabah, Malaysia
Telefon = 6088677431
Fax = 6088677431

Pautan luar[sunting | sunting sumber]