Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Besi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Besi
Lokasi
Jalan Raksa, Bukit Besi, Dungun, Malaysia, Dungun, Terengganu Darul Iman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBestari Jana Keunggulan
Nombor sekolah6098337400
Kod sekolahTEA1042[1]
Faks6098337400


Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Besi atau nama ringkasnya SMK Bukit Besi, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Raksa, Bukit Besi, Dungun, Malaysia.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Besi memiliki 173 pelajar lelaki dan 148 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 321 orang. Ia mempunyai seramai 27 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Bukit Besi adalah sebuah sekolah rendah gred A. Ia terletak di Bandar Bukit Besi, Mukim Jerangau, Daerah Dungun, Terengganu Darul Iman. Sekolah Kebangsaan Bukit Besi dikategorikan sebagai sekolah Luar Bandar. Ia dilengkapi dengan kemudahan awam seperti sistem bekalan air paip, elektrik dan telefon.

Sekolah Melayu Bukit Besi ditubuhkan pada 1 Januari 1952 dan telah mula menitiskan ilmu kepada para anak didik dengan dikenali sebagai Sekolah Melayu Bukit Besi terletak 100 meter dari tapak sekarang. Bermula sebagai satu bangunan kayu satu tingkat. Sekolah Melayu Bukit Besi terletak di kawasan perumahan Ketengah yang berbukit, estet kelapa sawit TDM berhad, pejabat – pejabat agensi kerajaan seperti klinik kesihatan, balai polis, syarikat perkayuan dan kawasan hutan primer yang menghijau di Bukit Sri Bangun.

Pada tahun 1963 nama sekolah yang dahulunya Sekolah Melayu Bukit Besi ditukarkan kepada nama baru iaitu Sekolah Kebangsaan Bukit Besi. Nama baru Ini dikekalkan sehingga pada hari ini.

Bangunan baru sekolah mula dibina ditapak sekarang pada 1978 ( ditapak bekas Sekolah Inggeris Bukit Besi ) dan digunapakai pada 1979. Pertambahan murid dari masa ke semasa telah menambahkan pembinaan bangunan baru pada tahun - tahun 1982, 1985, 2000, 2003 dan 2007. Pada tahun 2003 kelas Pendidikan PRA Sekolah dan Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran ( PKBP ) telah diadakan di sekolah ini.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Besi
Jalan Raksa, Bukit Besi, Dungun, Malaysia
Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6098337400
Fax = 6098337400

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]