Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Guntong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Guntong
Lokasi
Tepoh, Kuala Terengganu, Malaysia, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoILMU CAHAYA HIDUP
Nombor sekolah6096625588
Kod sekolahTEA3089[1]
PengetuaPn. Hjh. Zabedah binti Muda
GPK Pentadbiran dan AkademikEn.Mohd Razali bin Sidek
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn. Latifah binti Mohamad
Penolong Kanan KokurikulumEn. Wee Guan Ek
Faks6096623903
Laman sesawang


Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Guntong atau nama ringkasnya SMK Bukit Guntong, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Tepoh, Kuala Terengganu, Malaysia.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Guntong memiliki 480 pelajar lelaki dan 509 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 989 orang. Ia mempunyai seramai 77 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Guntong adalah merupakan sebuah sekolah yang telah dibina dan memulakan operasinya pada tahun 1986. Lokasi sekolah yang agak menarik ini terletak di sebuah bukit berhampiran dengan sebuah kampung yang bernama Kampung Bukit Nangka. SMKBG terletak lebih kurang 19 kilometer dari pusat Bandar Kuala Terengganu. Sekolah ini dibina di atas tapak yang mempunyai ukuran keluasan 8.074 hektar.Sekolah ini mendapat namanya disebabkan sekolah ini berada berhampiran kawasan Bukit Guntong yang sudah terdapat Sekolah Kebangsan Bukit Guntong yang didirikan lebih awal.

SMKBG adalah merupakan sekolah bantuan penuh kerajaan dan di bawah penyeliaan Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini, sejak dibuka pada tahun 1986, hanya mempunyai satu sesi pembelajaran sahaja iaitu pada sesi pagi.Ketika awal pembukaannya, hanya mempunyai seramai 197 orang pelajar sahaja dan dibantu oleh jumlah guru seramai 12 orang sahaja. Hingga kini jumlah pelajar yang menuntut di SMKBG kian bertambah sehingga hampir mencecah lebih 1000 orang pelajar dan bilangan gurunya seramai 64 orang semuanya. Pada 1989, sebuah kelas agama telah diwujudkan dan mempunyai pelajar seramai 32 orang. Setelah melalui pahit getir sebagai sekolah yang baru dibuka, akhirnya sekolah ini dinaikkan tarafnya kepada sekolah harian gred A pada 1.3.1993.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Guntong
Tepoh, Kuala Terengganu, Malaysia
Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6096625588
Fax = 6096623903

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]