Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Saujana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Saujana
Jenis Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan, Sekolah KRK dan DLP
Pengetua Puan Norihan Binti Ramly
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Encik Zulkifle Bin Ujang
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Encik Muhammad Bin Wahid
Penolong Kanan Kokurikulum Puan Rafidah Binti Abdul Aziz
Pengerusi PIBG Puan Arah Binti Abu Bakar
Kod sekolah NEE2068
Lokasi  Malaysia Km 7, Jalan Pantai, Bagan Pinang 71050, Port Dickson,, Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia
Kemasukan Pelajar Tingkatan 1,2,3,4,5 dan 6 (sehingga 2015) Menengah Rendah - (Bitara 1, Bitara 2, Baiduri, Berlian, Delima, Intan.) Menengah Atas - (Newton, Enstein, Teknologi, Prinsip Akaun, Perdagangan, Perniagaan, Sains Kemanusiaan, Vokasional.)
Nama singkatan SMKBS / SMKBSA
Telefon 6066471598
Faks 6066464786


Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Saujana atau nama ringkasnya SMK Bukit Saujana, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Km 7, Jalan Pantai, Bagan Pinang.

Pada 2017, Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Saujana memiliki lebih kurang 800 orang pelajar secara keseluruhan. Putra Putri tersebut dididik oleh 70 orang guru.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Tanggal 1 Februari 1972, sekolah ini mula ditubuhkan dan dikenali sebagai Sekolah Inggeris di bawah pimpinan pengetuanya Encik R.Visvanathan.Pada tahun 1975, sekolah ini telah berpindah ke bangunan baharu di mukim Si Rusa,dibawah pentadbiran pengetua baharunya, En.Atma Singh dan dikenali sebagai Sekolah Menengah Rendah Si Rusa.Pada awalnya, sekolah ini hanya mempunyai 18 buah bilik darjah, tiga buah makmal, sebuah bilik guru, perpustakaan dan pejabat serta sebuah blok untuk bengkel seni perusahaan. Bilangan pelajarnya ialah 350 orang dan gurunya seramai 12 orang.

Pada tahun tersebut, pelajar-pelajarnya mengambil peperiksaan LCE buat kali pertama dan mencapai kelulusan 75%, satu pencapaian yang agak baik bagi sebuah sekolah baru.Kelas tingkatan 4 bermula pada tahun 1991 dan serentak itu, namanya berubah kepada Sekolah Menengah Si Rusa.Pada tahun 1997, bersempena sambutan jubli perak, sekolah ini sekali lagi telah menukarkan namanya kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Saujana kerana faktor kekeliruan dengan Sekolah Kebangsaan Si Rusa dan juga kerana letaknya di atas bukit menghadap ke arah laut dan saujana mata menandang.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Keputusan PT3 2015 menyaksikan seramai 3 orang pelajar bukit saujan berjaya mendapat 9A manakala 9 orang mendapat 8A dan 11 orang mendapat 7A.

Bagi keputusan SPM 2015 pula, 2 orang pelajar berjaya mendapat Straight A iaitu 9A, 4 orang pelajar mendapat 7A dan 4 orang pelajar mendapat 6A.

Dalam bidang kokurikulum pula,SMKBS berjaya mendapat tempat Naib Johan Keseluruhan di dalam Kejohanan Balapan Dan Padang Peringkat Daerah MSSD 2017.

SMKBS juga berjaya mendapat kedudukan johan, naib johan dan ke 3 di dalam pertandingan Bola Jaring, Memanah, Perahu Layar, Saintis Muda, Tenpin Boling, Public Speaking, Coral Speaking, Bicara Berirama, Tenis, Puisi, Catur, Catur Qiang Xi, kawad kaki Kadet Polis Dan KRS.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Saujana
Km 7, Jalan Pantai, Bagan Pinang
71050, Port Dickson
Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon = 6066471598
Fax = 6066464786

Pautan luar[sunting | sunting sumber]