Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Mustaffa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Mustaffa
Lokasi
 Malaysia Jalan Sekolah, Pasir Panjang, SEKINCHAN, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah332410337
Kod sekolahBEA6601[1]
Faks332415044


Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Mustaffa atau nama ringkasnya SMK Dato Mustaffa, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Sekolah, Pasir Panjang.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Mustaffa memiliki 645 pelajar lelaki dan 554 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1199 orang. Ia mempunyai seramai 103 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Nama ‘Pasir Panjang’ adalah sempena keadaan geografinya. Peneroka awal kampung ini datang melalui laut iaitu Selat Melaka dan mendapati sepanjang pantainya dilitupi oleh pasir laut. Akhirnya tempat ini dikenali sempena dengan keadaan yang terdapat di sini. Ianya juga memudahkan setiap perahu mengenali hala tuju ke sini kerana kawasan pasir ini dapat di lihat dari tengah laut.

Sekolah ini tertubuh hasil daripada rentetan beberapa peristiwa iaitu pertamanya, kesedaran kepada kepentingan kemajuan anak bangsa segolongan ahli masyarakat. Kedua, usaha yang giat ahli politik tempatan. Kedua-duanya saling berkaitan untuk menjayakan penubuhan sekolah ini. Dalam mesyuarat Cawangan Pasir Panjang, satu usul telah diterima iaitu permohonan sebuah sekolah menengah. Melalui Ahli Parlimen Bahagian Sabak Bernam yang ketika itu ialah Dato’ Haji Mustaffa bin Jabar permohonan ini telah dipanjangkan ke Kementerian Pelajaran. Akhirnya kelulusan diperolehi.

Pada 14 Mac 1965, lahirlah Darjah Menengah Kebangsaan di Pasir Panjang. Melalui perbincangan dan persetujuan antara Kementerian Pelajaran dengan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang, sebahagian dari bangunan sekolah rendah ini digunakan sementara untuk sekolah ini walaupun pada peringkat awal terdapat sedikit kerumitan.

Berbagai usaha telah dijalankan untuk mendapatkan bangunan baru. Dengan kerjasama sekali lagi oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang, padang sekolahnya telah diserahkan sebagai tapak baru. Pembinaan telah dimulakan pada tahun 1966. Pada tahun 1967 bangunan sendiri yang telah dipohon siap digunakan dan peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran ( SRP ) pertama kali telah dijalankan di sini dengan pencapaian 64%. Pada tahun 1982 sekolah ini mempunyai seramai 1250 orang pelajar dan merupakan teramai dalam sejarahnya. Bangunan baru telah digunakan pada penggal ketiga tahun 1967. Bekalan elektrik telah diterima pada tahun 1980 manakala bekalan air paip pada tahun 1985. Pada 1 Januari 1968 bangunan baru ini telah dirasmikan oleh Encik Mohd Khir Johari iaitu Menteri Pelajaran pada ketika itu.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Mustaffa
Jalan Sekolah, Pasir Panjang
Selangor, Malaysia
Telefon = 332410337
Fax = 332415044

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]