Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah, Jasin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah
Lokasi
Jalan Kelubi, Jasin, Melaka
Bandar Jasin, Jasin, Melaka Bandaraya Bersejarah
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Berasrama (Aspuri)
Moto"Usaha Tangga Kejayaan"
Ditubuhkan (1961-01-02) 2 Januari 1961 (umur 63)
Nombor sekolah(+6)06-5291266
PengetuaTuan Haji Zolkaply bin Haji Yunus, DSM
GPK Pentadbiran dan AkademikEn AMRAN GAZALI
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Abdul Ghani
Penolong Kanan KokurikulumPuan Hafsah
Faks(+6)06-5295924
Laman sesawang


Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah (dikenali sebagai SMKIS) ialah sebuah sekolah menengah berasrama puteri harian yang dibina di sebuah bukit kecil dengan kawasan seluas lebih kurang 20 ekar. SMKIS merupakan antara sekolah cemerlang di daerah Jasin, Melaka dan memperoleh pelbagai anugerah dan pencapaian. Kejayaan demi kejayaan yang telah dicapai oleh pelajar-pelajar telah mengharumkan nama sekolah sehingga ke peringkat kebangsaan. Pada tahun 2010, SMKIS muncul sebagai sekolah terbaik dalam PMR 2010 apabila seramai 67 orang mendapat 8A dan 17 orang mendapat 7A, manakala pada tahun 2011, seramai 65 orang mendapat straight A (termasuk 8A dan 7A). Bagi mengekalkan prestasi ini, SMK Iskandar Shah masih giat berusaha untuk menjadi sebuah sekolah yang cemerlang dari aspek akademik, kokurikulum dan sahsiah di negeri Melaka. Sekolah ini berjaya menjadi sekolah kluster kecemerlangan menjelang tahun 2015.

Sejarah sekolah[sunting | sunting sumber]

Bangunan baru SMK Iskandar Shah

Sejarah Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah bermula apabila Sekolah Menengah Inggeris Jasin dibuka untuk penggal pertama pada 2 Januari 1961. Bersama-sama dengan murid sekolah tersebut, terdaftarlah seramai 36 orang murid Melayu dalam Tingkatan 1 aliran kebangsaan. Mereka datang dari beberapa buah sekolah kebangsaan di sekitar Jasin. Mereka merupakan pengasas Sekolah Menengah Jasin dan peneroka Sekolah Menengah Kebangsaan di daerah Jasin. Guru darjahnya ialah Encik Alwi Haji Ahmad. Pengetua Sekolah Menengah Inggeris Jasin ketika itu ialah Encik Gurdit Singh dan kemudiannya disandang oleh Puan J.M Ross.

Pada tahun 1963 kumpulan pertama ini berjaya mendapat 79.5% dalam peperiksaan Sijil Rendah Peperiksaan. Pada tahun 1965 aliran kebangsaan ini dipisahkan dari Sekolah Menengah Inggeris Jasin. Pengetuanya ialah Encik Abdullah Mohamad. Mulai 1 Jun 1965, kelas-kelas aliran kebangsaan ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Jasin. Pada tahun tersebut lahirlah keluaran sulung majalah sekolah iaitu "Sinaran". Pada ketika ini, Sekolah Menengah Kebangsaan Jasin masih menggunakan bangunan Sekolah Menengah Inggeris Jasin iaitu di waktu petang.

Pada 11 Januari 1966, Sekolah Menengah Kebangsaan Jasin dipindahkan ke bangunan Sekolah Tun Perak. Kali pertama sekolah mengadakan Sukan Tahunan ialah pada 18 Jun 1966 secara bergabung dengan Sekolah Tun Perak. Keputusan Sijil Rendah Peperiksaan pada tahun itu mencapai kelulusan 92.5%. Dalam tahun itu juga buat kali keduanya seorang guru sekolah ini iaitu Encik Alwi Haji Ahmad melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya. Langkah pertama dibuat oleh Encik Zainal Abidin Haji Ahmad pada tahun 1965.

Pada 16 Jun 1967, sekolah ini sekali lagi berpindah ke bangunan yang ada sekarang ini. Pada tahun 1968, buat kali pertamanya sekolah ini mendapat seorang guru siswazah iaitu Encik Ismail Ahmad (Ajikik). Beliau kemudiannya menggantikan Encik Abdullah Mohamad sebagai pengetua. Pada 16 Jun 1968, sekolah ini telah dibuka dengan rasminya oleh Yang Berhormat Encik Mohd Khir Johari selaku Menteri Pelajaran masa itu dan nama sekolah ditukar kepada Sekolah Iskandar Shah mengambil sempena nama seorang raja Melaka di zaman Kerajaan Melayu Melaka di abad ke 15 dahulu. Pada tahun itu juga, tingkatan IV aliran Sains di buka.

Pada tahun 1973, Encik Abdul Hadi Alias mengambil alih jawatan pengetua yang ke 3 daripada Encik Ismail Ahmad. Pihak sekolah mengadakan aktiviti bagi melengkapkan dan memajukan sekolah. Pada 1 Ogos 1979, jawatan pengetua disandang oleh Encik Borhan Othman. Satu aktiviti Walkaton secara besar-besaran telah diadakan bagi menampung projek perpustakaan dan padang serbaguna. Ketika itu, sekolah ini telah mendapat bangunan tambahan iaitu Blok Sains Tulen, Blok Seni Perusahaan, Dewan Besar dan Asrama Puteri. Pada 4 Mei 1977, kumpulan pertama pelajar tingkatan IV telah mendaftarkan diri iaitu seramai 24 orang pelajar.

Pertukaran pengetua seterusnya berlaku pada tahun 1983 dimana Encik Yaakop Ederis mengambil alih tugas sebagai pengetua ke 4. Seterusnya pada 1986, jawatan pengetua disandang oleh Puan Zuwiyah bte Pendek. Pada tahun 1990 sekali lagi berlaku pertukaran pengetua dan jawatan tersebut disandang oleh Tuan Haji Rahmat Jantan. Pada tahun ini juga diadakan Jubli Perak, sempena ulangtahun sekolah ke 25 yang dirasmikan oleh Menteri Pendidikan YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim. Pada tahun 1997, nama sekolah ditukar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah. Tuan Haji Rahmat Jantan telah bersara pada tahun 1998 dan diganti oleh Tuan Haji Abdul Hamid bin Abdul sehingga 1 Oktober 1999.

Mulai 1 Oktober 1999, jawatan pengetua dimulakan oleh Puan Hajah Norbi bte Haji Husin hingga 1 Mac 2004. Beliau merupakan pengetua ke 8 Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah. Kejayaan demi kejayaan telah dicapai oleh sekolah antaranya Anugerah Sekolah Harapan Negara 2002 dan Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan 2003. Jawatan pengetua telah disandang pula oleh En. Omar bin Saban yang merupakan pengetua ke 9 Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah sebelum diganti kepada pengetua yang ke 10 iaitu Pn. Hajah Zariyah bte Haji Daud. Kini jawatan pengetua disandang oleh Tuan Haji Zolkaply bin Haji Yunus. Adalah menjadi harapan seluruh warga SMKIS agar sekolah akan terus cemerlang, gemilang dan terbilang.

Falsafah sekolah[sunting | sunting sumber]

Semua murid mempunyai potensi untuk menjadi manusia yang berilmu dan bersahsiah mulia. Melalui pendidikan yang berkesan dan bimbingan yang berteraskan ketuhanan diharap dapat melahirkan pelajar yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Lagu rasmi sekolah[sunting | sunting sumber]

Di atas puncak bukit yang indah

Dikelilingi pohon menghijau

Berdiri megah sekolah tercinta

Sekolah Iskandar Shah

Kami berjuang di segenap lapangan

Pelajaran sukan dan persatuan

Agar harum nama sekolah kami

Terkenal di seluruh negeri

Nasihat guru tetap tersemai di hati

Jasa ibu ayah disanjungi

Hingga kami di suatu masa nanti

Menjadi rakyat yang sejati

Kami berusaha dan terus berbakti

Demi agama bangsa pertiwi

Usaha Tangga Kejayaan kami

Berjanji tetap kami berjanji 2x

Pencapaian sekolah[sunting | sunting sumber]

  • Berjaya menjadi sekolah kluster kecemerlangan pada tahun 2015
  • Johan Pertandingan Discourse Peringkat Kebangsaan 2015
  • Johan Pertandingan Sayembara Puisi dan Lagu Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2011 yang diadakan pada 13-16 Jun 2011[1].
  • Laman Sesawang Terbaik (Toyota Eco Youth : Battle Of The Champions) 2010
  • Naib Johan Toyota Eco Youth Programme Peringkat Kebangsaan (Toyota Eco Youth : Battle Of The Champions) 2010
  • Tempat ke-4 Pertandingan Sekolah Lestari (Anugerah Alam Sekitar) 2008
  • Johan Toyota Eco Youth Programme Peringkat Kebangsaan 2006
  • Johan Pertandingan Ceria Merdeka Peringkat Negeri 2006
  • Johan Keceriaan Dan Kebersihan Sekolah 2006
  • Naib Johan Landskap Sekolah Peringkat Negeri 2004
  • Naib Johan Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan Peringkat Kebangsaan 2003
  • Johan Anugerah Sekolah Harapan Negara - SMK Luar Bandar 2002
  • Tempat ke-3 Pertandingan Program 3K Alam Persekitaran Sekolah Peringkat Negeri 2001
  • Tempat ke-3 Pertandingan Program 3K Alam Persekitaran Sekolah Peringkat Daerah 2001
  • Saguhati Pertandingan Pengurusan Bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu Peringkat Negeri 2001
  • Tempat ke-3 Pertandingan Pusat Sumber Sekolah Gemilang Peringkat Negeri 2001
  • Tempat ke-3 Pertandingan Program 3K Alam Persekitaran Sekolah Peringkat Negeri 2000
  • Tempat ke-3 Pertandingan Program 3K Alam Persekitaran Sekolah Peringkat Daerah 2000
  • Johan Pertandingan Sekolah Bersih Dan Indah Peringkat Daerah 2000
  • Johan Pertandingan Melukis Mural Peringkat Daerah 1998

Maklumat sekolah[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah
Jalan Kelubi, 77000
Jasin, Melaka

Komunikasi[sunting | sunting sumber]

  • No. Telefon : (+6)06-5291266
  • No. Faksimili : (+6)06-5295924

Informasi ICT[sunting | sunting sumber]

Alamat Emel : mea1060@ppdjasin.edu.my

Visi dan misi sekolah[sunting | sunting sumber]

Visi[sunting | sunting sumber]

SMK Iskandar Shah akan menjadi sekolah gemilang negeri Melaka menjelang tahun 2015.


HURAIAN VISI

GEMILANG KURIKULUM

  • Keputusan PMR/SPM/STPM di tempat 1 di Daerah Jasin - Tempat 1 antara sekolah-sekolah

Rancangan Khas dan Kawalan.

  • Semua calon mendapat A menjelang 2015.
  • Merealisasikan 60:40
  • Wujud budaya ilmu.


GEMILANG KOKURIKULUM

  • Hoki sebagai watak sekolah.
  • 100% pelajar melibatkan diri dalam sekurang-kurangnya 1 pertandingan anjuran sekolah.
  • 80% pertandingan yang disertai di Peringkat Daerah berjaya hingga ke peringkat Negeri

menjelang 2015.

  • 40% pertandingan yang disertai oleh pelajar SMKIS berjaya hingga ke Peringkat Kebangsaan

menjelang 2015.


Misi[sunting | sunting sumber]

  • Membangunkan modal insan dengan ilmu pengetahuan melalui kaedah P&P yang berkesan.
  • Menggerakkan dan memantapkan aktiviti kokurikulum supaya dapat mengembangkan bakat pelajar ke tahap optimum dengan membina negara bangsa.
  • Menanamkan rasa kasih-sayang pelajar sekolah ini terhadap rakan-rakan, guru-guru dan sekolah. Sentiasa menjaga nama baik sekolah dan seluruh warganya demi melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan.
  • Memastikan semua guru dan kakitangan sokongan mengamalkan budaya kerja cemerlang dan kerja secara berpasukan demi memartabatkan profesion keguruan.

Ikrar sekolah[sunting | sunting sumber]

Maka kami
pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah
berikrar akan mematuhi semua peraturan sekolah
dan sentiasa menjayakan visi sekolah
Iaitu Pendidikan Berkualiti,
Insan Terdidik,
Negara Sejahtera.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]