Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra
Moto ILMU PANDUAN HIDUP
Ditubuhkan (1964-11-29) 29 November 1964 (umur 53)
Jenis Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Pengetua En.Osman b.Noor
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Encik Dali b. Awang
Pengerusi PIBG En.Zainol b.Abidin
Kod sekolah KEE4037
Lokasi Jitra
06000, Jitra, Kubang Pasu, Kedah Darul Aman
Malaysia
Kemasukan Pelajar 1200
Nama singkatan SMJ
Laman sesawang Buletin sekolah
Telefon 6049171260
Faks 6049179660

Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra, lebih dikenali sebagai SMK Jitra ataupun nama penanya "Mentra", yang terletak di tengah-tengah pekan Jitra merupakan sebuah sekolah kluster kecemerlangan Kedah berhampiran kompleks membeli-belah PJ 2. Bersebelahan dengan sekolah, terdapat Klinik Kesihatan Wanita dan Kanak-kanak Jitra.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra memiliki 703 orang pelajar lelaki dan 1175 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1878 orang. Ia mempunyai seramai 127 orang guru.2009

Sejarah sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini dirasmikan pada 29 November 1964 oleh DYMM Tunku Bendahara Kedah, Tunku Abdul Malik Ibni Almarhum Sultan Badlishah. Sekolah ini ditukar nama menjadi Sekolah Menegah Jitra (SMJ) pada tahun 1966 dengan sistem pendidikan baru, aliran Melayu dan Inggeris. Pada tahun 1997, sekolah ini mendapat nama rasmi Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra (SMK Jitra).

Lokasi SMK Jitra amat strategik. Sekolah ini terletak di laluan utama Pekan Jitra dan berhampiran pusat pengajian tinggi seperti IPDA, IAB, POLIMAS, ILP, Kolej Komuniti dan Universiti Utara Malaysia.

Pada tahun 2012, SMK Jitra telah melakar sejarah dengan lahirnya 45 pelajar yang mendapat straight A Dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 termasuk 4 orang pelajar yang mendapat straight A+. Pencapaian tersebut meletakkan SMJ di kedudukan kedua di seluruh negeri Kedah. Pelajar yang berasal dari SK Jitra 1, 2 dan 3 serta SK Ahmad Tajuddin diberi keutamaan untuk melanjutkan pelajaran ke SMK Jitra yang merupakan Sekolah Kluster Kecemerlangan yang berada di tangga ketiga antara sekolah elit di Malaysia. Susunannya adalah seperti berikut:

Sekolah Biasa-Sekolah Premier-Sekolah Kluster Kecemerlangan-Sekolah Berprestasi Tinggi. Pelajar Cina rata-ratanya berasal dari SJK C Chung Hwa Dan SJK C Yit Min di Changlun manakala pelajar India kebanyakan berasal dari SJK T Darulaman dan SJK T Paya Kamunting. Namun demikian, kebanyakan pelajar Melayu berasal dari Sekolah Agama dan kebanyakan Sekolah Kebangsaan Kerajaan. Ramai pelajar Cina yang belajar di sini mampu mencapai keputusan yang amat cemerlang dan menggerunkan. Kaum Cina, India dan Melayu dapat hidup bersatu padu walaupun berbeza bangsa. Terdapat segelintir pelajar yang tidak mempunyai pendedahan terhadap hal-hal menghormati kaum lain sering menimbulkan masalah kaum. Masalah disiplin yang serius di sini amat kurang sehingga hampir tiada kes pergaduhan yang direkod oleh pihak sekolah. Kelas yang dianggap teratas di SMJ ialah Kelas Cemerlang dan Intelek Bagi menengah rendah. Namun begitu, dengan lahirnya Sistem KSSM, pelajar Cina dan India semakin kurang ditempatkan di SMJ.

Mulai tahun 2016, kelas Sastera Tingkatan 4, iaitu 4 Topaz, tidak lagi diwajibkan mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan dan diteruskan oleh pelajar pada tahun seterusnya.

Visi Sekolah[sunting | sunting sumber]

SMK Jitra cemerlang di peringkat antarabangsa 2015

Misi Sekolah[sunting | sunting sumber]

Mewujudkan pendidikan cemerlang bertaraf dunia bagi melahirkan generasi perkasa melalui budaya kerja yang berkualiti dan berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaaan

Senarai pengetua[sunting | sunting sumber]

  1. En Ahmad b Merican
  2. En Chong Eng Kang
  3. En Mohammad Arif b Rahmat
  4. En Abd Razak b Abu
  5. En Mohammad Hanafiah b Ishak
  6. Tuan Hj Ramli b Md Noh
  7. Tuan Hj Radzi b Hj Hamid
  8. Tuan Hj Md Desa b Osman
  9. Dato' Abd Rahman b Yop
  10. Tuan Hj Shahidan b Abd Rahman
  11. Encik Yahya b Tahrin
  12. Encik Abdullah B Mad Yunus
  13. Encik Rooslee b Ismail
  14. Tuan Hj Abu Seman b Sareh Md Isa
  15. Puan Hajah Latipah bt Kassim
  16. Encik Ahmad Rushdan b Abdul Aziz
  17. Encik Osman

Cogan kata sekolah[sunting | sunting sumber]

ilmu panduan hidup

Lagu[sunting | sunting sumber]

"Ilmu Panduan Hidup"

Bangunlah para warga
Berazam ingin maju
Pastikanlah berilmu
Kerana masa muka
Cekallah berkembara
Bertekad jaya pasti
Untuk nusa dan bangsa
Bukti cinta abadi
Duhai warga belia
Bersamalah berbakti
Bina tradisi murni
SMJ tahta jaya
Berilmu dan berjasa
Berdisiplin bersatu
Tegakkan cita-cita
Ilmu panduan hidup

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

SMK Jitra juga telah mendapat pelbagai anugerah dan gelaran sehingga ke peringkat kebangsaan dan telah menjadikan SMK Jitra sebagai salah sebuah sekolah elit di Kedah. Antara gelaran dan anugerah yang dimenangi SMK Jitra ialah Sekolah Bestari, Sekolah Premier, Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan, Calon Sekolah Kluster, Naib Johan Sekolah Harapan Negara dan banyak lagi. SMK Jitra merupakan satu-satunya sekolah menengah di Jitra yang disegani oleh seluruh Jitra.

  • Sekolah Premier Daerah
  • Sekolah Bestari
  • Sekolah Harapan Negara
  • Sekolah Lima Bintang
  • Asrama Lima Bintang
  • Projek Rintis Sekolah Selamat
  • Naib Johan Pertandingan 3K Peringkat Kebangsaan 2003
  • Pusat Sumber Cemerlang Peringkat Negeri 2004
  • Naib Johan Sekolah Selamat Peringkat Kebangsaan 2004
  • Johan Anugerah Kualiti Menteri Pelajaran Kategori Sekolah Bandar 2005
  • Johan Perdana Sekolah lima Bintang Versi 2 Negeri Kedah 2006
  • Sekolah Cemerlang Kokurikulum 2005/2006 Peringkat Kebangsaan
  • Sekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2007
  • Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 3 2009

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra
Jalan Jitra
06000, Jitra
Kedah, Malaysia
Telefon = 6049171260
Faks = 6049179660


Pautan luar[sunting | sunting sumber]