Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Bahagia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Bahagia
Lokasi
 Malaysia KM7 Jalan Sungai Manik, 36000, Teluk Intan,, Perak Darul Ridzuan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
MotoIlmu Mendidik Insan
Nombor sekolah05-6205582
Kod sekolahAEA5084
PengetuaEncik Nor Azwan bin Musa
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Faridah binti Abdullah
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Mohd Fauzi bin Sapawi
Penolong Kanan KokurikulumEncik Mohd Shahaini bin Abd Karim
Faks05-6205587
SMK KAMPUNG BAHAGIA

Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Bahagia, Teluk Intan Perak terletak kira – kira 7 KM dari bandar Teluk Intan dan lokasinya terletak bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan Kampong Bahagia. Bangunan sekolah tiga tingkat ini mengandungi 24 bilik darjah dan beberapa kemudahan lain dengan kos pembinaan RM30.1 juta mula dibina pada September 2015 dan siap sepenuhnya pada 14 Jun 2017. Majlis Penyerahan bangunan SMK Kampung Bahagia telah disempurnakan pada 23 Oktober 2017. Timbalan Setiausaha Bahagian Kanan Pembangunan Pelajaran Kementerian Pendidikan, Puan Salmah Ahmad yang menerima penyerahan bangunan ini daripada Pengarah Syarikat Sujaman Sdn Bhd, Tuan Khalid Habib. Sekolah ini mula beroperasi pada 2 Januari 2018 dengan menempatkan seramai 158 orang murid yang terdiri daripada murid Tingkatan satu dan dua pada awal pembukaanya. Murid-murid diambil daripada sekolah-sekolah berhampiran SMK Kampung Bahagia, iaitu SK Kampung Bahagia, SK Sungai Kerawai dan SK Sungai Tungku. Majlis perasmian Sekolah ini telah disempurnakan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah pada 5 Ogos 2019. Kini SMK Kampung Bahagia, Teluk Intan atau singkatannya ‘KBs’ semakin mengorak langkah untuk menjadi sekolah yang cemerlang dalam segala aspek di dalam daerah Hilir Perak.

VISI DAN MISI[sunting | sunting sumber]

VISI MISI
KPM Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera Melestarikan Sistem Pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi Aspirasi Negara
JPN Pendidikan Berkualiti, Sekolah Unggul, Murid Holisttik Penyampaian Pendidikan Berkualiti Untuk Membangun Sekolah Unggul Bagi Menyediakan Murid Kalis Masa Hadapan
KBs Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

PORTAL RASMI SMK KAMPUNG BAHAGIA[sunting | sunting sumber]

Bangunan Sekolah SMK Kampung Bahagia, Teluk Intan Perak.

https://sites.google.com/edidik.edu.my/smkkampungbahagia

MATLAMAT[sunting | sunting sumber]

  • Melahirkan Bangsa Malaysia yang Taat Setia dan Bersatu Padu.
  • Melahirkan Insan yang Beriman, Berakhlak Mulia, Berilmu, Berketerampilan dan Sejahtera.
  • Menyediakan Sumber Tenaga Manusia untuk Keperluan Kemajuan Negara.
  • Memberi Peluang Pendidikan kepada Semua Warganegara Malaysia.

OBJEKTIF SEKOLAH[sunting | sunting sumber]

  • Semua warga sekolah dapat menghayati dan melaksanakan Visi dan Misi SMKKB.
  • Melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam bidang kurikulum.
  • Melahirkan pelajar-pelajar yang berkemahiran dalam bidang kokurikulum.
  • Melahirkan pelajar-pelajar yang berhemah tinggi berasaskan disiplin dan nilai-nilai murni.
  • Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan sekolah berlandaskan nilai
  • Profesionalisme dalam perkhidmatan.

LENCANA SEKOLAH[sunting | sunting sumber]

SMK Kampung Bahagia
Warna Kuning Menggambarkan murid murid yang belajar di sekolah ini sentiasa bahagia dan ceria dalam mencapai kecemerlangan sekolah
Warna Merah Melambangkan budaya kepimpinan secara berpasukan serta ukhwah sesama pelajar
Pendidikan Tinggi Warga sekolah yang cintakan ilmu dan membudayakan ilmu di dalam kehidupan
Sains dan Teknologi Pemangkin kecemerlangan sekolah
Pendidikan Sejagat Melahirkan insan bertaraf dunia selaras dengan perkembangan pendidikan bertaraf global
Warna Biru Menunjukkan sekolah adalah institusi yang ada undang –undang dan peraturan
Warna Putih Menggambarkan kehidupan beragama dan keimanan serta ketakwaan kepada PenciptaNya
Kokurikulum Menggambarkan keperluan bergerak seiring dengan perkembangan kurikulum demi melahirkan insan yang cergas

ORGANISASI KAKITANGAN AKADEMIK KBs[sunting | sunting sumber]

PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH (TS25) SMK KAMPUNG BAHAGIA[sunting | sunting sumber]

LAGU SEKOLAH[sunting | sunting sumber]

Dari jauh tersergam indah

SMK Kampung Bahagia

Menjadi tumpuan untuk menimba ilmu

Demi mengejar hala dan tuju

KBs Excellent slogan kami

Tonggak impian dan harapan

Ilmu mendidik insan

Di sepanjang hayat

Menjadi pedoman yang bermakna

Guru berkesan

Pendidikan cemerlang

Bersatu mengibarkan jalur gemilang

Falsafah pendidikan

Jadikan panduan

Memupuk generasi seimbang

Ayuhlah warga

KBs Teluk Intan

Berikrar berjanji seia sekata

Mengukirkan sejarah

Dengan penuh iltizam

KBs pasti terus terbilang

KBs pasti terus terbilang

PAUTAN SEKOLAH[sunting | sunting sumber]