Perak Darul Ridzuan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Negeri Perak)
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Perak
Perak Darul Ridzuan
ڤيراق دار الرضوان
Bendera bagi Perak
Jata bagi Perak
Jata
Moto: 
Perak Aman Jaya
Lagu: Allah Lanjutkan Usia Sultan
Perak in Malaysia.svg
   Perak di    Malaysia
Koordinat: 4°45′N 101°0′E / 4.750°N 101.000°E / 4.750; 101.000Koordinat: 4°45′N 101°0′E / 4.750°N 101.000°E / 4.750; 101.000
Ibu negeriIpoh
Bandar diraja
Senarai
Kerajaan
 • JenisRaja berperlembagaan berparlimen
 • SultanSultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
 • Menteri BesarSaarani Mohamad
(BNUMNO)
Luas
 • Jumlah20,976 km2 (8,099 batu persegi)
Paras tertinggi2,183 m (7,162 ft)
Penduduk
 (2020)[2]
 • Jumlah2,496,041
 • Kepadatan120/km2 (310/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (WPM)
Poskod
30xxx
Kod panggilan033 to 058
Kod ISO 3166MY-08, 36–39
Pendaftaran kenderaanA
Perjanjian Pangkor1874
Bergabung dalam NNMB1895
Pendudukan Jepun1942
Bergabung dalam Persekutuan Tanah Melayu1948
Merdeka sebagai sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu31 Ogos 1957
Laman webhttps://www.perak.gov.my/

Perak Darul Ridzuan (Jawi: ڤيرق دار الرّضوان) merupakan salah satu daripada 14 buah negeri yang membentuk Malaysia (lihat peta). Negeri Perak merupakan negeri yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia selepas Pahang, dan keempat terbesar di Malaysia.

Perak bersempadan dengan negeri Kedah dan Pulau Pinang di sebelah barat laut; Kelantan di sebelah timur laut; Pahang di timur, dan tenggara; Selangor di selatan dan Selat Melaka di barat. Negeri Perak juga bersempadan antarabangsa dengan negara Thailand (Wilayah Yala), di utara.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Untuk rencana lanjutan, lihat Sejarah Negeri Perak

Zaman prasejarah[sunting | sunting sumber]

Penemuan arkeologi di Kota Tampan, Lenggong membuktikan bahawa negeri Perak telah diduduki manusia sejak 40,000 hingga 8,000 tahun sebelum masihi tepatnya dalam Paleolitik. Beberapa alat-alat batu juga dijumpai di Gua Badak, Gunung Pondok, Gua Tambun dan beberapa buah gua lain di sekitar Perak membuktikan kependudukan manusia di negeri ini dalam zaman Hoabinhian dan Neolitik (sekitar 8,000 hingga 300 tahun sebelum masihi). Beberapa penemuan di Changkat Menteri dan Slim River juga membuktikan kependudukan manusia di negeri ini sekitar 500 hingga 200 tahun sebelum masihi.[3]

Kesultanan Perak[sunting | sunting sumber]

Pada awal kurun ke-15, sebuah kerajaan Melayu wujud di Beruas. Beberapa penemuan batu nisan membuktikan bahawa kerajaan itu merupakan sebuah kerajaan Islam. Kedatangan Islam ke Perak juga dipercayai daripada kerajaan lain seperti Melaka dan kerajaan di pantai timur. Selain kerajaan Beruas, terdapat juga beberapa kuasa pembesar tempatan lain di Ulu Perak seperti Kerajaan Roman, Tun Saban dan Tok Temong.

Sejarah Kesultanan Perak bermula pada 1528 dengan kemahkotaan Sultan Mudzaffar Shah I, keturunan Sultan Mahmud Shah dari Kesultanan Melayu Melaka. Oleh demikian, Kesultanan Perak adalah keturunan secara langsung daripada Kesultanan Melayu Melaka. Tanah Abang merupakan pusat pemerintahan pertama Kesultanan Perak. Antara kota lain yang pernah dijadikan pusat pemerintahan Kesultanan Perak termasuklah Kota Lama Kanan, Geronggong, Semat dan Bota Kanan.

Zaman Kedatangan British[sunting | sunting sumber]

Termeterainya Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874 antara British dan pembesar-pembesar Melayu Perak telah mengesahkan kekuasaan British di Perak. British telah mengambil kesempatan atas kekacauan yang berlaku antara puak-puak Cina di Larut dengan membuat satu perjanjian yang disangka dapat meleraikan kekacauan tersebut. Dalam perjanjian tersebut, British telah memaksa Sultan menerima seorang Residen yang akan menasihati Sultan dalam segala hal pentadbiran kecuali berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu. Menteri Larut juga kehilangan kuasa sebagai seorang pemerintah apabila seorang pegawai British dihantar ke Larut bagi mentadbir daerah itu.

J.W.W. Birch dilantik sebagai Residen British pertama di Perak. Apabila sistem Residen diperkenalkan, rakyat Perak mula menunjukkan bantahan terhadap sistem yang telah menindas kehidupan rakyat. Beberapa pembesar Melayu seperti Dato Maharaja Lela mula merancang bagi membunuh J.W.W. Birch. Akhirnya pada tahun 1875, J.W.W. Birch telah dibunuh oleh Dato Maharaja Lela, Datuk Sagor dan beberapa pembesar Melayu lain ketika sedang mandi di tepi sungai di Pasir Salak. Dato Maharaja Lela, Datuk Sagor, Sepuntum dan Pak Endut dihukum gantung sampai mati manakala Sultan Abdullah bersama pengikutnya dibuang negeri ke Pulau Seychelles.

Tentera Jepun mula menguasai Perak pada 1 Januari 1942 akibat meletusnya Perang Dunia Kedua. Pada tahun 1945, Jepun mula meninggalkan Perak setelah kejatuhan empayarnya.[3]

Negeri Perak menyertai Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. Perak juga turut mencapai kemerdekaan bersama negeri-negeri lain dalam Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, dan menjadi salah satu daripada negeri-negeri Malaysia pada 16 September 1963.

Kerajaan[sunting | sunting sumber]

Sultan Perak merupakan ketua negeri. Dibawah Perlembagaan negeri, kuasa perundangan dipunyai oleh Dewan Undangan. Dewan ini melantikkan ahli Dewan untuk membentukkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak iaitu EXCO.

EXCO, yang diketuai oleh Menteri Besar (selaku ketua eksekutif negeri) sendiri, memegang kuasa eksekutif dan merupakan badan yang membuat dasar kerajaan negeri. Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan adalah daripada parti politik yang memenangi kerusi yang terbanyak di dalam Dewan Undangan dan daripada seseorang berbangsa Melayu yang beragama Islam sahaja.

Krisis perlembagaan Perak[sunting | sunting sumber]

Pada Februari 2009, terdapat perubahan pada kerajaan negeri berikutan beberapa ahli Dewan Undangan Negeri dari Pakatan Rakyat yang keluar parti. Sultan Perak kemudiannya membubarkan kerajaan Pakatan Rakyat dan memberi laluan kepada Barisan Nasional. Bekas Menteri Besar dari Pakatan, Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin mempertikaikan kesahihan tindakan tersebut dari segi perlembagaan negeri dan mendakwa beliau masih memegang jawatan Menteri Besar.[4] Pada 18 Februar 2009, speaker Dewan Undangan Negeri Perak V Sivakumar menggantung Menteri Besar dari Barisan Nasional, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, bersama-sama enam ahli Exconya daripada menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri dengan tempoh penggantungan masing-masing selama 18 dan 12 bulan.[5] Pada 3 Mac 2009 27 Ahli Dewan Undangan Negeri dari pakatan rakyat serta speaker Dewan Undangan Negeri Perak V Sivakumar tidak dibenarkan masuk ke Dewan Undangan Negeri Perak.Selepas tidak dapat memasuki Dewan Undangan Negeri Perak,kesemua 27 ADUN(Ahli Dewan Undangan Negeri) pakatan rakyat dan speaker DUN Perak,V Sivakumar mengadakan sidang DUN di bawah pokok. Pihak DAP mendakwa bahawa Sidang DUN itu sah kerana bedasarkan peraturan, speaker Dun Perak mempunyai kuasa untuk menetapkan tempat persidangan, sedangkan BN mengatakan ia persidangan haram kerana tidak mendapat perkenan Sultan Perak. Dalam Sidang Dun, 2 usul diluluskan.

  1. Usul undi percaya kepada Dato' Seri Ir Mohd Nizar Jamaludin.
  2. Usul memohon pembubaran Dewan Undangan Negeri(DUN) Perak.

Mahkamah Tinggi Ipoh bagaimanapun telah mengeluarkan perintah melarang Speaker Dewan Undang Negeri (DUN) Perak V.Sivakumar daripada mengadakan sebarang sidang DUN yang tidak mengikut undang-undang pada 3 Mac 2009 (Bernama). Ini berdasarkan fakta/peraturan bahawa Speaker tidak mempunyai kuasa memanggil sidang DUN melainkan mendapat perkenan daripada Sultan Perak. [6]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Untuk rencana lanjutan, lihat Geografi Perak

Negeri Perak merupakan sebuah negeri di utara Malaysia bersempadan dengan negeri Kelantan di timur, Pahang di tenggara, Selangor di selatan, Kedah dan Pulau Pinang di barat laut serta negara Thailand (wilayah Yala dan Narathiwat) di utara. Perak juga merupakan negeri keempat terbesar di Malaysia dengan keluasan 20,976 kilometer persegi iaitu merangkumi 6.4 peratus dari keluasan Malaysia.

Gunung Korbu yang terletak di Banjaran Titiwangsa merupakan gunung tertinggi di Perak dengan ketinggian 2,183 meter. Di bahagian timur negeri terbentangnya banjaran Titiwangsa yang terletaknya beberapa gunung tertinggi di Perak seperti Gunung Korbu, Gunung Yong Belar dan Gunung Gayong. Di bahagian utara negeri terbentangnya Banjaran Bintang yang menganjur dari selatan Thailand ke Beruas. Di bahagian tengah negeri terbentang sebuah banjaran kecil iaitu Banjaran Keledang yang menganjur dari Sungai Siput ke Belanja.

Sungai Perak merupakan sungai terpanjang di negeri ini. Dianggarkan terdapat sebanyak 1,658 batang sungai dan 52 buah pulau di seluruh negeri Perak.[7]

Pembahagian pentadbiran[sunting | sunting sumber]

12 daerah dan 81 mukim dalam negeri Perak.

Negeri Perak dibahagikan kepada 12 daerah dan 81 mukim.

No Daerah Kerusi Keluasan[8] Bil mukim
1 Bagan Datuk Bagan Datuk 950 4
2 Batang Padang Tapah 1,794 4
3 Hilir Perak Teluk Intan 792 5
4 Hulu Perak Gerik 6,582 10
5 Kampar Kampar 670 2
6 Kerian Parit Buntar 901 8
7 Kinta Batu Gajah 1,305 5
8 Kuala Kangsar Kuala Kangsar 2,550 9
9 Larut, Matang dan Selama Taiping 2,047 14
10 Manjung Seri Manjung 1,168 5
11 Muallim Tanjung Malim 934 3
12 Perak Tengah Seri Iskandar 1,282 12

Demografi[sunting | sunting sumber]

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
19701,569,139—    
19801,743,655+11.1%
19911,877,471+7.7%
20001,973,368+5.1%
20102,299,582+16.5%
20202,496,041+8.5%
Sumber:[9]
Komposisi bangsa di Perak - Bancian 2020[9]
Bangsa Peratus
Melayu
  
54.7%
Bumiputera lain
  
3%
Cina
  
25.8%
India
  
10.8%
Lain-lain
  
0.4%
Tidak diketahui
  
5.3%

Pada tahun 2020, penduduk negeri Perak dianggarkan seramai 2,496,041 dengan kadar pertumbuhan 0.8 peratus. 94.7 peratus dari jumlah penduduk merupakan warganegara Malaysia. Perak juga mempunyai kepadatan penduduk dengan 118 orang perkilometer persegi.[9]

Berikut merupakan kumpulan bangsa dalam kalangan penduduk;

Kewarganegaraan Bangsa Jumlah (%)
Warganegara Melayu 1,364,764 54.7
Bumiputera lain 74,888 3.0
Cina 643,627 25.8
India 270,809 10.8
Lain-lain 10,749 0.4
Bukan warganegara N/A 131,204 5.3

Lebih separuh penduduk berbangsa Melayu iaitu 54.7 peratus dari jumlah penduduk. Bangsa Cina merupakan kumpulan bangsa kedua terbesar di negeri ini dengan 25.8 peratus diikuti bangsa India dengan 10.8 peratus. Penempatan penduduk berbangsa Cina dan India kebanyakannya tertumpu di kawasan bandar manakala penempatan penduduk berbangsa Melayu tertumpu di kawasan bandar dan kampung.

Terdapat beberapa suku Melayu di negeri Perak seperti Jawa, Banjar, Minang, Mandailing, Aceh, Rawa dan Pattani. Negeri Perak juga mempunyai penduduk bersuku Banjar paling ramai di Malaysia yang tertumpu di daerah Kerian.[10] Kebanyakan penduduk bersuku Jawa, Bengkulu dan Minang tertumpu di bahagian selatan negeri Perak. Penduduk bersuku Mandailing dan Rawa pula tertumpu di bahagian timur negeri Perak. Di utara negeri terdapat komuniti penduduk bersuku Pattani manakala di bahagian barat terdapat beberapa komuniti penduduk berketurunan Acheh.

Terdapat juga beberapa komuniti orang asli di hulu, tengah dan selatan Perak. Pada tahun 2020, Dianggarkan seramai 60,565 orang asli yang tinggal di serata negeri Perak terdiri daripada kumpulan Senoi, Melayu Proto dan Negrito. Kumpulan Senoi merupakan kumpulan majoriti di negeri ini dengan seramai 57,120 orang. Majoriti orang asli di negeri ini beretnik Semai iaitu seramai 35,453 orang. Antara etnik majoriti yang lain ialah etnik Temiar seramai 21,451 orang dan etnik Jahai seramai 2,205 orang. Terdapat juga beberapa komuniti etnik yang kecil iaitu etnik Jah Hut, Jakun, Semelai, Temuan, Kintak dan Lanoh yang seramai dalam lingkungan 100 hingga 300 orang serta beberapa etnik lain yang lebih kecil seperti Mahmeri, Semoq Beri, Orang Kuala, Kensiu dan Mendriq yang seramai dalam lingkungan beberapa puluhan orang. Hanya enam orang sahaja beretnik Bateq dan seorang beretnik Che Wong dan orang Seletar.[11]

Orang Asli beretnik Senoi dan Melayu Proto kebanyakannya tinggal di tengah dan selatan Perak terutamanya etnik Semai dan Temiar. Orang asli yang beretnik Negrito pula kebanyakannya tinggal di bahagian pedalaman di kawasan Hulu Perak terutamanya etnik Jahai, Lanoh dan Kintak.[12]

Agama[sunting | sunting sumber]

Agama di Perak - Bancian 2020[9]
Agama Peratus
Islam
  
57.9%
Buddha
  
24.2%
Hindu
  
9.7%
Kristian
  
3.0%
Lain-lain
  
1.3%
Tiada agama
  
1.3%
Tidak diketahui
  
2.7%

Majoriti penduduk negeri Perak beragama Islam iaitu 1,444,033 orang atau 57.9 peratus dari jumlah penduduk diikuti agama Buddha dan Hindu. Penduduk beragama Islam di negeri Perak mengamalkan fahaman Ahli Sunah Waljamaah dan bermazhab Syafie. Majoriti penduduk beragama Islam di negeri ini terdiri daripada penduduk berbangsa Melayu. Penganut agama Buddha, Hindu dan Kristian di negeri ini pula terdiri daripada penduduk berbangsa Cina, India dan bangsa minoriti yang lain.

Berikut merupakan jumlah penduduk mengikut agama di negeri Perak;[9]

Agama Jumlah (%)
Islam 1,444,033 57.9
Buddha 602,911 24.2
Hindu 241,838 9.7
Kristian 75,586 3.0
Lain-lain 31,269 1.3
Tiada agama 32,715 1.3
Tidak diketahui 67,689 2.7

Ekonomi dan kebudayaan[sunting | sunting sumber]

Suatu ketika dahulu, persembahan Wayang Kulit Kelantan (atau Wayang Kulit Siam) pernah bertapak di negeri Perak. Walau bagaimanapun, teater tradisional ini telah lama lenyap dari bumi Perak.

Sejak sejarah dikuasai oleh perlombongan timah dan getah, Perak mengalami kesulitan yang amat teruk dengan kemerosotan kedua-dua industri tersebut. Tindakan telah diambil baru-baru ini untuk mengubah ekonomi negeri Perak kepada sebuah ekonomi berdasarkan perindustrian dan pengilangan.

Negeri bersebelahan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Perak @ a Glance". Jabatan Perangkaan, Malaysia. Dicapai pada 8 Oktober 2019.
  2. ^ "Penemuan Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". Jabatan Perangkaan, Malaysia. Dicapai pada Februari 2022. Check date values in: |access-date= (bantuan)
  3. ^ a b "Sejarah Ringkas". perak.gov.my. Dicapai pada 30 April 2022.
  4. ^ NST Newsdesk (February 5, 2009). "PERAK IN CRISIS: Nizar joins Ningkan as the defiant ones". New Straits Times. Dicapai pada 2009-02-05.
  5. ^ "Perak Speaker suspends entire exco". The Malaysian Insider. February 18, 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-21. Dicapai pada 2009-02-18.
  6. ^ Perak: Mahkamah Keluar Perintah Larang Sidang DUN Tidak Sah.
  7. ^ "Dokumen Gazetir Perak Darul Ridzuan". Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 2022-05-01.
  8. ^ "My Local Stats Perak 2020" (PDF). Jabatan Perangkaan Malaysia. m/s. 55. Dicapai pada 1 Mei 2022.
  9. ^ a b c d e "PENEMUAN UTAMA BANCI PENDUDUK DAN PERUMAHAN MALAYSIA 2020". Jabatan Perangkaan Malaysia. m/s. 57. Dicapai pada 7 Jun 2022.
  10. ^ Megat, Suhaila (7 Disember 2020). "Etnik Banjar di Perak". The Malaya Post. Dicapai pada 8 Jun 2022.
  11. ^ "Taburan etnik orang asli mengikut etnik sub-etnik mengikut negeri". Jabatan Kemajuan Orang Asli. Dicapai pada 9 Jun 2022.
  12. ^ "Suku kaum". Jabatan Kemajuan Orang Asli. Dicapai pada 9 Jun 2022.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]