Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Klias

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Klias
Alamat
Peti Surat 164
Beaufort, 89808, Beaufort,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoILMU WACANA MINDA
Autoriti pendidikanBEAUFORT
Nombor sekolah6087881168
Kod sekolahXEE6021
Pengerusi PIBGEN. BASTIN BIN MUSLIM
PengetuaSITI JUBAIDAH@MARIAM BINTI HJ.KARIA
GPK Pentadbiran dan AkademikNORDIN BIN AHMAD
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridRASHIDAH BINTI SAGAP
Penolong Kanan KokurikulumSITI HUZAIMAH BINTI HAKIM
Faks6087881006
Laman sesawang


Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Klias atau nama ringkasnya SMK Kota Klias, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 164.

Pada Disember 2022, Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Klias memiliki 192 pelajar lelaki dan 184 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 376 orang. Ia mempunyai seramai 44 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Klias mula dibuka pada 1 januari 1972. Nama institusi pendidikan luar Bandar ini mengambil sempena nama lokasi ianya didirikan iaitu kampung Kota Klias. Terletak kira-kira 20 kilometer dari pekan Beaufort yang boleh dihubungi melalui jalan raya Beaufort – Menumbuk.

Amnya para pelajar yang menuntut di sekolah in datang dari persekitaran kawasan yang berhampiran dengan kampung Kota Klias iaitu Kampung Nukahan, Sibagar, Layung, Kukoro, Laba, Klias Kecil, Miang, Pilajau, Rancangan Klias, Melabau dan Takuli. Pelajar sekolah ini terdiri daripada pelbagai etnik. Bagaimanapun majoriti pelajar adalah berketurunan Bisaya, Brunei dan Dusun. Rata-rata keluarga pelajar dari golongan petani dan nelayan. Terdapat sebilangan kecil yang bekerja dengan pihak kerajaan dan swasta.

Diawal penubuhan, SMK Kota Klias menumpang di bangunan SK Kota Klias dengan jumlah murid seramai 82 orang dan 3 orang guru dan seorang pengetua. Bagaimanapun berkat komitmen dan kerjasama pihak pentadbir sekolah, masyarakat dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, situasi ini berubah dari semasa ke semasa seiring dangan kemajuan dan perubahan sistem pendidikan di negara ini


Carta Organisasi
[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah carta organisasi pentadbiran secara ringkas Disember 2022.

Pentadbiran sekolah:

  • Pengetua  : SITI JUBAIDAH@MARIAM BINTI HJ.KARIA
  • Penolong Kanan Pentadbiran  : NORDIN BIN AHMAD
  • Penolong Kanan Ting. 6  : ROSLAND BIN SALLEH
  • Penolong Kanan HEM  : RASHIDAH BINTI SAGAP
  • Penolong Kanan Ko-Kurikulum  : SITI HUZAIMAH BINTI HAKIM
  • Ketua Bidang Bahasa  : KAMSIAH BINTI HAMDO
  • Ketua Bidang Sains & Matematik : MATIAS @ BERNARD RUKAG
  • Ketua Bidang Kemanusiaan  :FAUZIYAH BINTI SHAMSUDDIN
  • Ketua Bidang Teknik & Vokasional : NIZAH BINTI ISMAT

Hala Tuju Sekolah[sunting | sunting sumber]

Visi Sekolah:

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

Misi Sekolah

 Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara  

Motto Sekolah

Ilmu Wacana Minda

Falsafah Sekolah

 Usaha memperkembangkan dan memperlengkapkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi melahirkan insan yang sempurna, harmonis dan seimbang dari segi intelek, kreativiti, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan, merupakan teras pendidikan di SMK Kota Klias Beaufort. Usaha ini adalah bagi melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab, berkemahiran, berdaya cipta, berakhlak mulia, berketrampilan dan berupaya mencapai kesejahteraan diri serta berkecenderungan memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.  

Objektif Sekolah

Berdasarkan falsafah sekolah, objektif-objektif yang dicita-citakan oleh SMK Kota Klias, Beaufort adalah seperti berikut :

• Melahirkan warganegara yang seimbang dan mantap dari segi keunggulan berfikir

• Melahirkan warganegara yang seimbang dan mantap dari segi menggunakan pengetahuan, kemahiran dan teknologi.

• Melahirkan warganegara yang mempunyai dan mengamalkan nilai-nilai sosial yang mantap dan harmonis

• Melahirkan warganegara yang cergas, tabah, berdisiplin, rajin berusaha dan berdaya kepimpinan

• Melahirkan warganegara yang bersikap positif untuk berjaya dalam hidup dengan menggabungjalinkan keimanan dan akhlak yang mulia. 

Nilai-nilai Sekolah

 Semua warga sekolah akan berpegang kepada nilai-nilai berikut : 

• Berintegriti  -  Beramanah, Telus, Bekerja Dengan Niat Yang Betul. Mengamalkan  Nilai-Nilai Agama Yang Unggul. 

• Rajin  -  Usaha Yang Bersungguh-Sungguh Dan Tidak Mengenal Jemu. Mengamalkan Konsep ‘Kaizen’ Atau Penambahbaikan. Tabah Serta Sanggup Menghadapi Segala Rintangan Dan Cabaran 

• Bekerja Sepasukan -  Warga Sekolah Mencapai Kejayaan Melalui Kerjasama , Berganding Bahu Bersepakat Demi Objektif Sekolah. Bekerja Dijadikan Satu Ibadah Kerana Ibadah Itu Mendapt Ganjaran. 

• Menepati Masa  -  Sentiasa Peka Kepada Kehendak Masa Dan Menyiapkan Kerja Selaras Dengan Keperluan Semasa. 

Piagam Pelanggan

Kami Guru-guru dan AKS (Anggota Kakitangan Sokongan) Sekolah Menengah  KOTA KLIAS berjanji dan komited untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan-pelanggan kami seperti berikut:

• Menyediakan suasana kerja yang ceria, selamat, penyayang dan harmonis.

• Menyediakan kemudahan seberapa yang boleh berasaskan keperluan bidang kerja.

• Memberi taklimat tentang  spesifikasi tugas, kuasa dan tanggungjawab kepada guru dan staf   

• Sokongan pada minggu pertama bekerja di sekolah.

• Memberi peluang kepada semua staf mendapat latihan kompetensi sekurang-kurangnya  7 hari setahun.

• Memastikan pendaftaran dan pengurusan gaji bagi semua staf sekolah diuruskan pada hari pertama bekerja di sekolah dan mengikut jadual gaji.

• Semua maklumat perkhidmatan staf sentiasa dikemaskinikan dari semasa ke semasa dan dimaklumkan kepada staf sekurang-kurangnya tiga bulan sekali.

• Mengurus perihal cuti dan kebajikan staf mengikut kelayakan masing-masing.

• Mengurus penilaian prestasi staf secara adil, telus dan objektif sepanjang tahun.

• Sentiasa memaklumkan maklumat terkini berkenaan perkhidmatan kepada staf.

• Memahirkan staf dalam bidang ict dari semasa ke semasa.

• Memproses urusan tuntutan elaun/perjalanan staf dalam masa dua minggu dari tarikh penerimaannya.

• Memastikan guru mendapat jadual waktu dan senarai tugas dalam tempoh satu minggu sebelum sesi persekolahan bermula.

• Memastikan perisytiharan harta staf diproses serta merta sebaik dokumen lengkap diperoleh.

• Urusan pencen staf diurus sebaik sahaja dokumen lengkap diperoleh.

• Memastikan permohonan pertukaran guru diproses dan dipanjangkan dalam tempoh 3 hari dari tarikh menerima borang.

• Menguruskan permohonan pinjaman kerajaan sebaik sahaja semua dokumen lengkap diperoleh.

• Mempertimbangkan semua pandangan dan teguran yang membina daripada semua staf.

• Mengambil tindakan terhadap aduan daripada staf dalam masa dua minggu.

Ikrar Pelajar

Bahawa kami, Pelajar SMK Kota Klias berikrar dan berjanji akan berusaha mempertingkatkan pencapaian akademik, ko-kurikulum dan disiplin sekolah, Patuh pada ajaran agama, Mentaati ibubapa dan guru, Bersatu membentuk rakyat malaysia berasaskan prinsip-prinsip rukun negara iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang dan Kesopanan Dan Kesusilaan.

Pakej Mata Pelajaran[sunting | sunting sumber]

MENENGAH RENDAH

Kemahiran Hidup Bersepadu KMT, ERT dan SPT, Bahasa Arab Komunikasi termasuk Mata  Pelajaran Teras

MENENGAH ATAS

Matematik Tambahan, Fizik, Biologi, Kimia, Sains Sukan, Pendidikan Seni Visual, Perdagangan, Geografi, Sains Rumahtangga, Pertanian,termasuk Mata  Pelajaran Teras

TINGKATAN ENAM

Bahasa Melayu, Sejarah, Geografi,  Seni Visual, Ekonomi termasuk Pengajian Am

Jenis Aktiviti Kokurikulum[sunting | sunting sumber]

Unit Beruniform

Pengakap

St. John Ambulance

Puteri Islam

Kadet Remaja Sekolah

Kadet Bomba

Kadet Polis

Persatuan Permainan

Bola Sepak

Bola Jaring

Bola Baling

Bola Tampar

Sepak Takraw

Tenis

Badminton

Persatuan/Kelab

Bahasa Melayu

Bahasa Inggeris

Matematik & Sains

Sejarah & Geografi

Pendidikan Islam

Pendidikan Seni & Pencinta Alam

Kemahiran Hidup & Pengguna

Kebudayaan

Pencegah Jenayah

Kelab Kewangan

Kelab Muzik Tradisional

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Klias
Peti Surat 164
89808, Beaufort
Sabah, Malaysia
Telefon = 6087881168
Fax = 6087881006

Pautan luar[sunting | sunting sumber]