Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krai
Lokasi
Kuala Krai, Kelantan., 18000, Kuala Krai,, [Kelantan Darul Naim
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6099602291
Kod sekolahDEA7407
Faks6099602292


Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krai atau nama ringkasnya SMK Kuala Krai, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Kuala Krai, Kelantan..

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krai memiliki 735 pelajar lelaki dan 824 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1559 orang. Ia mempunyai seramai 112 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kegigihan Masyarakat yang mendiami Jajahan Ulu Kelantan sekitar era 60an telah mendorong Sultan Ibrahim Petra memcetuskan idea untuk pembinaan sebuah sekolah bagi anak-anak pendalaman Ulu Kelantan di peringkat Pengajian Menengah. Penubuhan SMK Kuala Krai yang dikenali dengan nama Sekolah Menengah Rendah Sungai Durian ini merupakan usaha berterusan penduduk kampung ketika itu yang mahu anak mereka mendapatkan pendidikan berdasalkan bahasa pengantar menggunakan bahasa kebangsaan itu mendapat sokongan dan bantuan dana daripada Sultan Kelantan ketika itu. Pembelian tanah di kawasan tepian sungan pinggiran pekan Kuala Krai ketika itu juga mendapat perhatian Sultan Brunei untuk memberi bantuan kewangan kepada masyarakat setempat untuk merealisasikan hasarat penduduk.

Bagi menambah dana pembinaan sekolah ini, inisiatif telah dimainkan oleh penduduk kampungdengan mengadakan kutipan derma bagi membinaan sebuah bangunan baharu untuk menampung pelajar di sekolah ini. Sebelum ini, pelajar sekolah Menegah Sungai Durian menumpang di belajar di Sekolah Kebagsaan Kuala Krai sementara menunggu sekolah ini siap sepenuhnya dibina. Sekolah ini antara sekolah tertua yang ditubuhkan di Jajahan Ulu Kelantan yang menerima pelajar dari sekitar Jajahan Ulu Kelantan termasuklah kawasan Bertam dan Selatan Machang.

Pembukaan bangunan 1 tingkat yang mempunyai 2 blok untuk menampung pelajar dirasmikan oleh Tun Abdul Razak yakni Perdana Menteri Malaysia ke-2 yang sewaktu itu memegang jawatan sebagai Menteri Pelajara Malaysia. Pada peringkat awal pembukaan, sekolah inimenjadi pilihan pelajar untuk menyambung pendidikan Menegah Rendah Aliran Bahasa Melayu manakala Sekolah Suktan Yahya Petra (SMK SYP1), dan SMK Hamzah menjadi pilihan bagi pelajar yang mahu mendapatkan pendidikan berasakan Aliran Bahasa English.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Johan Pesta Pantun Negeri Kelantan

Johan Pertandingan Debat Negeri Kelantan

Johan Pertandingan Pidato Negeri Kelantan

Johan Dikir Barat Kebangsaan

Johan Nasyid Kebangsaan

Johan Nyanyian Irama Malaysia Negeri Kelantan (Tempat Ketiga Kebangsaan)

Johan Kuiz Perdana dan Sejarah Negeri Kelantan

Johan Pertandingan Tandas Terbersih Negeri Kelantan

Johan Pertandingan Reka Cipta Negeri Kelantan (Tempat Ketiga Kebangsaan)

Wakil Malaysia Pertandingan Reka Cipta Asia Pasifik

Kelab Kesihatan Terbaik Negeri Kelantan

Johan Laman Indah Negeri Kelantan

Naib Johan Kebersihan dan Keceriaan Kantin Sekolah Peringkat Negeri Kelantan

Johan Pertandingan Forum Remaja

Naib Johan Pertandingan Bola Sepak Terbuka Negeri Kelantan

Johan Pertandingan Tandas Terbersih dan Tercantik Peringkat Negeri Kelantan

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krai
Kuala Krai, Kelantan.
18000, Kuala Krai
Kelantan, Malaysia
Telefon = 6099602291
Fax = 6099602292

Pautan luar[sunting | sunting sumber]