Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Nerang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Nerang
Lokasi
 Malaysia Bt 20 Jalan Kuala Nerang Kuala Nerang, 06300, Kuala Nerang,, Kedah Darul Aman
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
MotoBeradab Berilmu Beramal
Nombor sekolah+604-7868970
Kod sekolahKEA7021
PengetuaLAZIT BIN AHMAD
Faks+604-7864348


Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Nerang atau nama ringkasnya SMK Kuala Nerang, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Bt 20 Jalan Kuala Nerang Kuala Nerang.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Nerang memiliki 1062 pelajar lelaki dan 859 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1921 orang. Ia mempunyai seramai 128 orang guru.2009

SMK Kuala Nerang pada asalnya merupakan cawangan SMK Dato’ Syed Ahmad dengan menumpang di bangunan SK Kuala Nerang. Bermula 01 Januari 2000 merupakan detik bersejarah apabila sekolah ini dengan rasminya dijadikan sekolah baru dan dikenali sebagai SMK Kuala Nerang. Proses operasinya pula dipindahkan dari SK Kuala Nerang ke SK Tunku Abdul Rahman Putra dengan memulakan sesi pengajian pada sesi petang.

SMK Kuala Nerang memulakan operasinya dengan 28 orang kakitangan yang terdiri daripada 24 orang guru dan 4 orang staf sokongan manakala jumlah pelajarnya pula seramai 305 orang. Pengetua pertama yang menerajui pengurusan sekolah ialah Tuan Haji Pazil b Hj Jaafar bermula pada 1 Januari 2000 hingga 10 Mei 2001. Beliau kemudiannya bertukar ke SMK Bandar Darulaman dan tempat beliau digantikan oleh En. Sofaruddin b Hj Ismail. 16 Mac 2003, berlaku pula perubahan kepimpinan apabila En. Sofaruddin b Hj Ismail bertukar ke Pejabat Pelajaran Daerah Kubang Pasu dan tempat beliau digantikan oleh Tuan Haji Mokhtar b Hashim, B.C.K.

Lima tahun menumpang di SK Tunku Abdul Rahman Putra pelbagai cabaran dan dugaan ditempuhi dengan penuh ketabahan. Pelajar kian meningkat saban tahun dan SK Tunku Abdul Rahman pastinya tidak mampu lagi menampung pertambahan itu. Menjelang 2005, SMK Kuala Nerang sekali lagi mencipta sejarah apabila operasinya berpindah ke premis tetap yang dibina dikawasan seluas 12.68 ekar berhampiran Kolej Mara Kuala Nerang. Bangunan baru dengan kos RM 24 juta mempunyai pelbagai kemudahan yang sesuai untuk peningkatan ilmu melalui proses pengajaran dan pembelajaran sekaligus menjadikan SMK Kuala Nerang tapak kukuh ke arah melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Teraju utama pucuk pimpinan SMK Kuala Nerang mengalami perubahan sekali lagi apabila pada 31 Julai 2011, Tn Hj Mokhtar bin Hashim, BCK. pula telah dilantik sebagai Pegawai Pelajaran Daerah Padang Terap. Posisi tersebut kemudiannya digantikan oleh Pn. Hjh. Fauziah binti Hj. Ramli yang kemudiannya telah melaporkan diri secara rasmi sebagai pengetua SMK Kuala Nerang pada 1 November 2011. Jun 2013 telah menyaksikan satu lagi perubahan tompok kepimpinan SMK Kuala Nerang apabila kemudiannya Puan Rohani pula menggantikan tempat Puan Hajah Fauziah selepas beliau ditukarkan ke SMK Dato' Syed Omar.


Kini, 136 orang guru dan 19 orang staf sokongan sedang menabur bakti kepada lebih kurang 1700 orang pelajar saban tahun. Sesungguhnya, setelah melalui jerit payah dengan pelbagai cabaran dan dugaan, kini SMK Kuala Nerang mampu berdiri megah sebagai satu mercu tanda dalam bidang pendidikan dalam Daerah Padang Terap.

Logo SMKKN[sunting | sunting sumber]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Nerang
Bt 20 Jalan Kuala Nerang Kuala Nerang
06300, Kuala Nerang
Kedah, Malaysia
Telefon = +604-7868970
Fax = +604-7864348

Pautan luar[sunting | sunting sumber]