Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim
| Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim | |
|---|---|
![]() | |
| Lokasi | |
| Jalan Lunas, 09000 Kulim, Kedah Darul Aman | |
| Maklumat | |
| Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
| Moto | Sentiasa Maju |
| Ditubuhkan | 1961 |
| Nombor sekolah | 04-4892676 |
| Kod sekolah | KEA5024 |
| Pengetua | Puan Ruhil Hayati binti Abd Ghani |
| GPK Pentadbiran dan Akademik | Puan Zuriati binti Osman |
| Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Puan Nurimi binti Zainol Abidin |
| Penolong Kanan Kokurikulum | Encik Azham bin Aziz |
| Faks | 04-4893480 |
| Laman sesawang | Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim |
Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim atau nama ringkasnya SMK Kulim ialah sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Lunas, Kulim, Kedah dan merupakan sekolah yang kedua terhebat di seluruh bandar Kulim.
Pada tahun 2021, Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim memiliki 359 orang pelajar lelaki dan 497 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 859 orang. SMK Kulim mempunyai seramai 76 orang guru.2021
Logo
[sunting | sunting sumber]Logo atau lencana SMK Kulim telah direka cipta pada tahun 1966. Ia diilhamkan oleh pengetua sekolah yang pertama iaitu Encik Ahmad Hasmuni bin Haji Hussein berlandaskan moto "Sentiasa Maju" seiring lagu sekolah.
Makna logo:
- Tangan - Lambang bersatu pelajar-pelajar.
- Obor - Lambang kecemerlangan pelajar-pelajar dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
- Kepala Harimau - Simbol keberanian dalam menempuh cabaran yang dihadapi bagi mencapai kesempurnaan hidup.
- Warna Kelabu - Lambang perpaduan pelajar yang terdiri daripada pelbagai bilang kaum.
- Warna Kuning - Lambang ketaatan kepada Tuhan, Raja, dan Negara.
- Warna Merah - Lambang kemegahan putera puteri sekolah dalam menyumbang bakti dalam pembangunan dan kecemerlangan sekolah.
- Moto - Sentiasa maju, iaitu sentiasa maju dalam semua bidang yang diceburi bagi mencapai misi dan visi sekolah.
- Bentuk Keseluruhan - Melambangkan kecemerlangan dan kegemilangan yang menjadi cita-cita murni semua warga sekolah.
Bendera
[sunting | sunting sumber]- Merah - Keberanian dalam mencuba sesuatu
- Kuning - Ketaatan kepada sekolah
- Putih - Kesucian dari segi rohani
Senarai Pengetua
[sunting | sunting sumber]- Encik Ahmad Hasmuni bin Haji Hussein (1966 – 1967)
- Datuk Hashim bin Mydin (1967 – 1969)
- Encik Mamood bin Haji Ismail (1969 – 1971)
- Tuan Haji Hashim bin Khamis (1972 – 1986)
- Tuan Haji Md Yusoff bin Othman (1986 – 1995)
- Tuan Haji Ahmad bin Husain (1995 – 1998)
- Puan Hajjah Faridah binti Mohd Noor (1998 – 2003)
- Puan Hajjah Murizah binti Jamaluddin (2003 – 2008)
- Puan Zaharah binti Ishak (2008 – 2011)
- Tuan Haji Asri bin Abdul Hamid (2011 – 2015)
- Tuan Zulkifli bin Mohamed (2016 – 2017)
- Tuan Md Zahir bin Husin (2018 – 2019)
- Puan Suzihana binti Saharan (2019 – 2021)
- Tuan Ahmad Baharudin bin Man (2021 – 2023)
- Puan Ruhil Hayati binti Abd Ghani (2023 – sekarang)
Lagu sekolah
[sunting | sunting sumber]
Kami putera puteri sekolah ini
Bangun melengkapkan diri
Menyising lengan memerah otak
Kedepan sederap bergerak
Bersaingan menuntut pelajaran
Dalam persatuan dalam sukan
Dengan semangat kental di jiwa
Kami tetap maju jaya
Kuning kelabu serta merah
Bendera sekolah berkibar megah
Moto di dada SENTIASA MAJU
Segala ilmu kami buru
Dengan segala jiwa raga
Bimbingan guru ayah bonda
Maju jangan bertangguh lagi
Hidup bererti hidup berbakti
Unit beruniform
[sunting | sunting sumber]SMK Kulim merupakan sekolah yang amat aktif dalam unit beruniform terutamanya PKBM Darat, PKBM Laut, Kadet Polis dan St. John Ambulans. Antara unit beruniform SMK Kulim ialah:
- Pandu Puteri
- Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM)
- Kadet Bomba dan Penyelamat
- Kadet Remaja Sekolah (KRS)
- Kadet Polis
- Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (Darat) (PKBM (D))
- Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (Laut) (PKBM (L))
- Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)
- St. John Ambulans Malaysia (SJAM)
- Pengakap
Falsafah
[sunting | sunting sumber]- Semua pelajar boleh dididik dan terdidik melalui pemupukan budaya mulia.
Visi dan misi
[sunting | sunting sumber]Visi
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim menjadi antara sepuluh sekolah menengah yang terunggul di negeri Kedah menjelang tahun 2010.
Misi
[sunting | sunting sumber]SMK Kulim berazam dan beriltizam untuk:
- Memimpin mengurus dan mentadbir sekolah dengan berkesan, cekap, dan cemerlang.
- Melahirkan pelajar yang berpotensi tinggi dan berdaya saing dalam bidang kokurikulum.
- Melahirkan pelajar yang bersahsiah mulia dan bersifat terpuji.
- Mewujudkan prasarana yang selamat, kondusif, dan cekap.
- Menjalinkan hubungan yang baik dan mesra di antara pihak sekolah dengan komuniti.
Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim
- Jalan Sultan Badlishah, 09000 Kulim Kedah.
- Telefonː 6044892676
- Faksː 6044893460
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim
- Majalah Maju keluaran edisi tahun 2023
