Sekolah Menengah Kebangsaan Lunas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Lunas
Lokasi
Jln Padang Serai, 09600, Lunas, Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Ditubuhkan1984
SesiDua Sesi (Pagi / Petang)
Nombor sekolah6044844567
Kod sekolahKEA5069
PengetuaAbd Jamil Bin Nazri
GPK Pentadbiran dan AkademikRabiatul Alawiah Binti Abd Aziz
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridZainol Bin Zulkefli
Penolong Kanan KokurikulumNorsila Binti Sabran
Faks6044848773


Sekolah Menengah Kebangsaan Lunas atau nama ringkasnya SMK Lunas, merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak kira-kira 1 kilometer dari Pekan Lunas, Kulim, Kedah. Ia mendapat nama sempena sebuah pekan kecil lama yang banyak mencatat sejarah.[penjelasan lanjut diperlukan] Tapak sekolah ini pada asalnya ialah kawasan ladang getah yang dimiliki oleh seorang pemilik kilang kayu di Lunas. Keluasan sekolah ini lebih kurang 6.070 hektar bersamaan dengan 15 ekar. Sekolah Menengah Kebangsaan Lunas mula beroperasi pada tahun 1984. Setelah 40 tahun, nama sekolah masih lagi menggunakan nama yang sama iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Lunas.

Pada 2024, Sekolah Menengah Kebangsaan Lunas memiliki 715 orang pelajar lelaki dan 714 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1429 orang. Jumlah pelajar semakin berkurangan sejak tahun 2011 dimana ketika itu jumlah pelajar yang direkodkan adalah seramai 1845 orang pelajar. Selain itu, kakitangan sekolah adalah seramai 115 orang guru dan 10 anggota kumpulan sokongan.2024

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kumpulan pertama yang mendaftar di Sekolah Menengah Kebangsaan Lunas pada tahun 1984 adalah seramai 213 orang iaitu 111 orang yang terdiri daripada pelajar tingkatan satu dan 102 orang mendaftar di tingkatan peralihan.

Tenaga pengajar pada tahun 1986/87 adalah seramai 38 orang dan terdapat 6 orang staf sokongan. Pada tahun 1986, kumpulan pelajar sulung telah menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Kelas bagi tingkatan empat buat pertama kalinya dibuka pada tahun 1992 dan buat pertama kalinya juga pada tahun 1993, sekolah ini telah mengemukakan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kebakaran[sunting | sunting sumber]

Pada 9 Februari 2000, sebuah kebakaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Lunas telah memusnahkan bilik pengetua, bahagian pentadbiran dan bilik guru. Kebakaran ini berlaku akibat perbuatan tiga orang pelajar.[1]

Pada tahun 2019, sekolah sekali lagi dikejutkan dengan kebakaran di Koperasi Sekolah yang mengakibatkan kerugian harta benda yang agak tinggi disebabkan litar pintas yang berlaku di dalam pejabat koperasi.

Lagu, misi dan visi, lencana[sunting | sunting sumber]

Lagu [sunting | sunting sumber]

Lagu Sekolah telah dicipta liriknya oleh pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Lunas yang ke-4 iaitu Puan Hajah Siti Faridah bt Md Noor.

Manakala melodi lagunya dicipta oleh  Encik Akhbar bin Ridwan yang pada ketika itu merupakan guru besar Sekolah Kebangsaan Sungai Kob.

Beliau juga merupakan suami kepada Puan Hajah Siti Faridah sendiri.

Visi, Misi dan Lencana[sunting | sunting sumber]

Visi dan Misi serta lencana sekolah ini telah diilhamkan oleh pengetua yang pertama dan juga yang ketiga iaitu En Abdul Majid bin Abdullah bersama barisan pentadbir yang banyak memberi sumbangan idea sehingga terhasilnya misi, visi dan lencana yang telah diguna pakai sehingga hari ini. Walau bagaimanapun, visi dan misi sekolah telah diselaraskan untuk semua sekolah di Malaysia kepada visi dan misi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bermula penghujung tahun 2013.[1]

Visi[sunting | sunting sumber]

"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"

Misi[sunting | sunting sumber]

"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Moto Sekolah

"PENDIDIKAN ASAS KESEMPURNAAN"

Pendidikan merupakan aset utama menentukan kejayaan hidup seseorang. Hanya dengan ilmu pengetuahuan manusia dapat hidup dengan sempurna pada masa hadapan.

Senarai pengetua[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah senarai nama pengetua-pengetua yang telah dan sedang berkhidmat di Sekolah Menengah Kebangsaan Lunas.

  1. Allahyarham Encik Abdul Majid bin Abdullah (1984 -1987)
  2. Allahyarham Encik Mohd. Hasan bin Yusof (1988 -1989 1995)
  3. Allahyarham Encik Abdul Majid bin Abdullah (1989 – 1991)
  4. Puan Hajah Siti Faridah bt Md. Noor (1992 – 1997)
  5. Puan Hajah Azizah bt Rasol (1997 – 1998)
  6. Allahyarham Encik Ahmad bin Zakaria (1998 – 1999)
  7. Puan Vasuge a/p Munusamy (1999 – 2000)
  8. Allahyarham Tuan Haji Zakuwan bin Talib (2001 – Ogos 2004)
  9. Allahyarham Tuan Haji Abdullah bin Haji Ahmad (Ogos 2004 – Feb 2007)
  10. Puan Hajah Maimon bt Mat Yunus (1 Mac 2007 – 2010)
  11. Encik Abdul Razak bin Mat Noh (2010 – 2012)
  12. Allahyarham Tuan Haji Abdul Harith bin Abdul Rahim (2012 – 2013)
  13. Tuan Haji Subberi bin Ramli (2013 – 2015)
  14. Encik Asri bin Mansor (2015 – Dis 2016)
  15. Tuan Haji Rohaimi Bin Ismail (Dis 2016 – Jun 2020)
  16. Encik Balwinder Singh A/L Guruvak Singh (Sep 2020 - Ogos 2022)
  17. Encik Abd Jamil Bin Nazri (April 2023 - Kini)

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Lunas
Jalang Padang Serai,
09600 Lunas, Kulim,
Kedah, Malaysia
Telefon = 6044844567
Faks = 6044848773

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Noor Azmah Ibrahim (7 Jun 2000). "Bakar sekolah hilang sikap berterima kasih pelajar". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-21. Dicapai pada 18 Julai 2016 – melalui Utusan Online. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]