Sekolah Menengah Kebangsaan Madai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Madai
Lokasi
 Malaysia Jalan Kampong Madai, 91207, Kunak,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6089856177
Kod sekolahXEA3202
Pengerusi PIBGEn Ismail Bin Rugasan (2011) En Basri Bin Tunggul (2012 - Kini)
PengetuaEn Masnon Bin Maswan (2008 - 2014) Dr Dalmansa Bin Tahil (2015 - Kini)
GPK Pentadbiran dan AkademikCik Lana Mole
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn Yakari Sulong
Penolong Kanan KokurikulumEn Ahmad Bin Nontji
Faks6089856166
Map


Sekolah Menengah Kebangsaan Madai atau nama ringkasnya SMK Madai, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Kampong Madai.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Madai memiliki 536 pelajar lelaki dan 486 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1022 orang. Ia mempunyai seramai 60 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Berikutan pertambahan pelajar yang semakin meningkat terutamanya pelajar yang menetap di kawasan Madai dan juga bagi menyelesaikan masalah kepadatan pelajar di beberapa buah sekolah menengah yang telah wujud, timbul cadangan bagi penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Madai. Berikutan dengan itu, bermula pada tahun 2002, bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Madai telah mula dibina oleh sebuah Syarikat Kontraktor Pembinaan iaitu Syarikat Azam Tetap Sdn Bhd.

Pada awal pembukaanya, Cik Lana binti Mole telah dilantik sebagai ketua guru SMK Madai yang memangku tugas pengetua. Pengetua pertama SMK Madai ialah Encik Justin Rumpod yang mula menjalankan tugas pada 25 Jun 2006. Semua guru perintis yang ditempatkan untuk mengajar di SMK Madai telah melapor diri kepada Pegawai Pelajaran Daerah Kunak, Pn Hajah Saida Binti Haji Usman pada 4 Januari 2006. Sewaktu pembukaan awal SMK Madai, jumlah tenaga pengajar adalah berjumlah 10 orang termasuk seorang staf sokongan iaitu Pn Sarinah Binti Goran. Sehingga kini bilangan guru SMK Madai telah bertambah kepada 92 orang guru dan pelajar seramai 1159 orang.

Sekolah Menengah Kebangsaan Madai mula beroperasi pada 12 Januari 2006, pelajar-pelajar yang telah didaftarkan ke sekolah ini telah ditumpangkan buat sementara waktu di Bangunan Sekolah Kebangsaan Kampung Selamat. Seramai 280 orang pelajar yang terdiri daripada 187 orang pelajar Tingkatan 1 dan 93 orang pelajar Tingkatan 4 telah menjadi kumpulan perintis kepada kewujudan SMK Madai.

Sejajar dengan pembukaan sekolah dan permintaan daripada ibu bapa para pelajar sekolah ini yang tinggal jauh di kawasan sekolah, maka asrama SMK Madai juga dimulakan operasinya pada 9 Julai 2006 dengan menempatkan seramai 95 orang penghuni yang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Madai
W.D.T 178
91209, Kunak
Sabah, Malaysia
Telefon = 6089856177
Fax = 6089856166

Pautan luar[sunting | sunting sumber]