Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Mahyidin
| Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Mahyidin | |
|---|---|
![]() | |
| Lokasi | |
| Pasir Pekan,, 16250, Wakaf Bharu, [Kelantan Darul Naim | |
| Maklumat | |
| Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
| Nombor sekolah | +609-7196864 |
| Kod sekolah | DEA6360 |
| Faks | +609-7195085 |
| Laman sesawang | Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Mahyidin |
Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Mahyidin atau nama ringkasnya SMK Mahmud Mahyidin, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Pasir Pekan, Wakaf Bharu.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Mahyidin memiliki 671 orang pelajar lelaki dan 592 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1263 orang. Ia mempunyai seramai 117 orang guru.2009
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Mahyidin mula ditubuhkan pada tahun 1965 dengan nama asal Sekolah Menengah Rendah Pasir Pekan. Pada peringkat awal, sekolah ini belum mempunyai bangunan sendiri dan menumpang di Sekolah Kebangsaan Pasir Pekan, beroperasi pada sesi petang. Seramai 169 orang pelajar telah mendaftar, dibahagikan kepada lima kelas, dan diajar oleh lima orang guru. Pengetua pertama ialah Encik Mohd Daham bin Haji Abd Hamid yang berasal dari Kubang Kerian .
Pada 9 September 1966, sekolah ini telah berpindah ke bangunan tetap yang merangkumi dua blok utama (Blok A dan B), sebuah kantin, dan bengkel kemahiran hidup . Bangunan ini telah dirasmikan secara rasmi oleh Menteri Pelajaran ketika itu, Tan Sri Mohamed Khir Johari, pada 2 Julai 1967 . Sebagai menghargai jasa Major Haji Tengku Mahmood Mahyideen, D.P.M.K; M.B.E; dalam bidang pendidikan, ketenteraan dan kebajikan masyarakat negeri Kelantan, serta dengan persetujuan pihak keluarga beliau, nama sekolah ini telah ditukar kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Mahyidin.
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Mahyidin
- Pasir Pekan,
- 16250, Wakaf Bharu
- Kelantan,
Malaysia - Telefon = 6097196864
- Faks = 6097195085
