Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Serai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Serai
Lokasi
 Malaysia Jalan Baling, Padang Serai,, 09400, Padang Serai,, Kedah Darul Aman
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6044855250
Kod sekolahKEE5031
Faks6044852196


Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Serai atau nama ringkasnya SMK Padang Serai, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Baling, Padang Serai,.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Serai memiliki 461 pelajar lelaki dan 425 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 886 orang. Ia mempunyai seramai 67 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Serai terletak 2 km dari pekan Padang Serai dan 22 km dari bandar Kulim serta 25 km dari bandar Sungai Petani. Sekolah ini ditubuhkan pada 10 Januari 1965 dengan menumpang di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Shang Cheng, Padang Serai dengan 7 kelas ( 4 kelas Peralihan Bahasa Inggeris, 1 kelas Peralihan Bahasa Melayu dan 2 kelas Tingkatan 1). Jumlah guru pada masa itu sebanyak 14 orang iaitu pengetua, dua guru terlatih dan sebelas guru RTC.

Pada 11 Mac 1968, SMKPS telah berpindah ke bangunan baru yang terletak di kawasan Ladang Victoria. Pada permulaannya hanya terdapat dua buah blok sahaja dan keluasan tanahnya 15 ekar. Pada 7 Jun 1971, sekolah ini telah dirasmikan oleh YMM Tuanku Bendahara, YMM Tunku Abdul Malek Ibni Almarhum Sultan Badlishah, pemangku Sultan Kedah pada masa itu. Kelas Sains mula diadakan pada tahun 1980 dan kelas Tingkatan 6 Rendah pula diwujudkan pada tahun 1987, manakala kelas aliran agama Islam pula mula beroperasi pada tahun 1999 tetapi kelas ini telah dibubarkan mulai tahun 2007. Kepimpinan pengetua di sekolah ini dimulakan oleh En. G. Rajoo (1965-1972), Tn. Hj. Syed Ahmad b. Syed Yassin (1972-1977), Tn. Hj. Mansor b. Hj. Abd. Rahman (1977-1979), Tn. Hj. Abd. Halim b. Hj. Othman (1980-1982), En. Hamdan b. Muhd. Salleh (1983-1984), Tn. Hj. Ahmad Mukhtar b. Hj. Abdullah (1984-1992), Tn. Hj. Haris Fadzilah b. Mustafa (1992-1999), Pn. Hjh Rohani bt Said (2000-2005) dan Tn Hj. Mohd. Nor b. Othman (2005 – kini).

Jumlah pelajar sekolah ini ialah 974 orang dan stafnya terdiri daripada 74 orang iaitu 64 orang guru dan 10 orang kakitangan sekolah. Pelajar-pelajar SMKPS terdiri daripada kaum Melayu (35%), India (33%), Cina (30%) dan Siam ( 2%) .

Kini sudah 43 tahun usia SMKPS dan telah mengalami banyak perubahan sama ada dari segi fizikal mahupun persekitarannya. Asalnya hanya terdapat dua buah blok sahaja tetapi kini terdapat tujuh buah blok dan sebuah makmal komputer. Pada tahun 2008, pembinaan sebuah blok tambahan sedang dalam pembinaan.

Kejayaan SMKPS pada hari ini adalah hasil dan usaha semua kakitangan dan pelajar serta masyarakat sekeliling yang membantu memantapkan institusi SMKPS ke arah kecemerlangan.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Serai
Jalan Baling, Padang Serai,
09400, Padang Serai, Kulim
Kedah, Malaysia
Telefon = 6044855250
Fax = 6044852196

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

http://sempasmaju.blogspot.com/