Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan II Kota Belud

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan II Kota Belud
Lokasi
Peti Surat 329, 89158, Kota Belud,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBertekad Terbilang
Nombor sekolah088-972901
Kod sekolahXEA5355
PengetuaJainol Sair
GPK Pentadbiran dan AkademikJapit Timbangan
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridMaulani Diman
Penolong Kanan KokurikulumAbdul Aziz Jualis
Faks6088972902
Laman sesawang


Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan II Kota Belud atau nama ringkasnya SMK Pekan II Kota Belud, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 329.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan II Kota Belud memiliki 436 pelajar lelaki dan 475 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 911 orang. Ia mempunyai seramai 49 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMK PEKAN KOTA BELUD II adalah sekolah menengah ke-8 di Daerah Kota Belud yang dibina dalam Rancangan Malaysia Ke-8.Pembinaan berkonsepkan reka dan bina di atas tapak seluas 33 ekar di kaki bukit yang dinamakan “Kota Maharaja”terletak di Kampung Pangkalan Abai dengan jarak lebih kurang 5 KM dari pekan Kota Belud.Pembinaan bermula pada awal tahun 2003.Walau bagaimanapun, kerja-kerja pembinaan siap sepenuhnya setelah tertangguh sehingga bulan Jun 2005.Pembinaan sekolah ini bertujuan untuk menampung keperluan pertambahan enrolmen pendidikan menengah di daerah Kota Belud.Perancangan awal yang dicetus oleh mantan Pegawai Pelajaran Gabungan Kota Belud, En Jame bin Alip menjadikan SMKPKBII sebagai sekolah kawalan di daerah Kota Belud tidak dapat diteruskan.

Penyerahan rasmi sekolah ini kepada PPGKB berlangsung pada 24 Jun 2005. Pihak sekolah diwakili oleh Pn Latifah Hj Mustakim (pengetua pertama) dan En Malijon Malajad (guru penolong – beliau pada ketika itu bertugas sementara di PPGKB). 1 Julai 2005 adalah hari pertama pengurusan dan pentadbiran sekolah apabila seramai sembilan orang guru melapor diri bertugas secara rasmi di sekolah ini. Mereka terdiri daripada : En Malijon Malajad En Jeffery Sani En Abdul Kanan Rasam Pn Friskilah Ronggitom Pn Yusana Lawai Pn Lucia Edin Pn Dayang Fatimah Hj Majid Cik Zaimelah Masri Cik Zubaidah Kassim

Dua orang anggota khidmat sokongan (AKS) turut melapor diri dalam bulan tersebut. Mereka ialah : En Mohd Adihan Manjair,Pembantu Makmal (C17) Pn Norinah Matinding, Pembantu Tadbir (N17).

Merekalah yang bekerja keras membantu pengetua menjalankan tugas pengurusan dan pentadbiran sekolah.


Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan II Kota Belud
Peti Surat 329
89158, Kota Belud
Sabah, Malaysia
Telefon = 088-972901
Fax = 6088972902

Pautan luar[sunting | sunting sumber]