Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Kota Belud

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Kota Belud
Lokasi
WDT 139, 89159, Kota Belud,, Sabah Wilayah Di Bawah Bayu
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah088-977279
Kod sekolahXEA5353
Faks6088975442


Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Kota Belud atau nama ringkasnya SMK Pekan Kota Belud, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Wdt 139.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Kota Belud memiliki 592 pelajar lelaki dan 599 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1191 orang. Ia mempunyai seramai 86 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

    Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Kota Belud (SMKPKB) merupakan sekolah menengah yang ke-5 di daerah Kota Belud dan 23 di Bahagian Pantai Utara (PBU). Sekolah ini terletak lebih kurang 76 kilometer dari bandar Kota Kinabalu. Ia dibina di atas bukit berhampiran dengan jalan raya Kota Kinabalu - Kudat.
    Sekolah ini ditubuhkan untuk menampung bilangan pelajar sekolah menengah yang semakin bertambah khususnya di sekitar pekan Kota Belud. Sekolah ini dibuja pada 3 Disember 1990. Pada mulanya, sekolah ini berkongsi bangunan “Projek Kilat” dengan murid-murid SK. Pekan Kota Belud.
    Penubuhan sekolah ini adalah atas inisiatif Pegawai Pendidikan Bahagian PBU, Encik Matlin Jadi, Pegawai Pembangunan Bahagian, Encik Atin Hj. Suhaimi dan Pegawai Pendidikan Daerah iaitu Encik Sulaiman Hj. Tahir. Memandangkan bilangan pelajar sekolah ini semakin bertambah, maka pada pertengahan tahun 1991 pembinaan bangunan konkrit dua blok dan sebuah kantin bermula. Pada ketika itu, Pegawai Pendidikan Bahagian PBU ialah Tuan Hj. Mahali Hj. Wakman.
    
    Pendaftaran pelajar-pelajar tingkatan satu sekolah ini bermula 03 Disember 1990 iaitu seramai 100 orang pelajar. Pelajar-pelajar awal sekolah ini menggunakan blok kayu sehinggalah 01 Disember 1992 di mana para pelajar dipindahkan ke bangunan baru yang ada sekarang.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Kota Belud
Wdt 139
89159, Kota Belud
Sabah, Malaysia
Telefon = 088-977279
Fax = 6088975442

Pautan luar[sunting | sunting sumber]