Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Serai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Serai
Lokasi
 Malaysia Kampung Pulau Serai, Dungun, Malaysia, Dungun, Terengganu Darul Iman
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6098483678
Kod sekolahTEA1031[1]
Faks6098483678


Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Serai atau nama ringkasnya SMK Pulau Serai, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Kampung Pulau Serai, Dungun, Malaysia.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Serai memiliki 392 pelajar lelaki dan 396 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 788 orang. Ia mempunyai seramai 53 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini mula dibuka pada 1 Januari 1984, terletak di Kampung Pelandang lebih kurang 10 kilometer dari bandar Dungun dan 68 kilimeter dari Kuala Terengganu serta 400 meter dari jalan utama Kuala Terengganu-Kuantan. Nama asalnya ialah SMK Kuala Abang yang kemudiannya ditukarkan kepada nama SMK Pulau Serai lewat tahun 1986 kerana desakan penduduk tempatan dan persetujuan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.

dengan keluasan 19.25 ekar merangkumi padang, bilik darjah, makmal sains, bilik ERT, pejabat dan bilik guru. Juga terdapat 4 unit rumah guru. Bangunan asrama desa juga disediakan bagi pelajar-pelajar miskin yang tinggal jauh dari sekolah.

SMK Pulau Serai dikalsifikasikan sebagai sekolah pinggir bandar Gred A (TEA 1031). Pengetua pertamanya ialah En Muktar @ Mokhtar bin Muhd bertugasa bersama 26 orang guru sahaja dengan bilangan pelajar pertama seramai 541 orang. Pelajar-pelajar datang dari perkampungan sekitar seperti Kampung Pulau Serai, Kampung Tok Kah, Kampung Batu Tiong, Kampung Batu Putih, Kampung Alor Rekam, Kampung Alor Mak Bah, Kampung Pelandang, [[Kampung Kuala Abang, Kampung Baru Kuala Abang, kampung Rantau Abang dan kampung Seberang Pintasan.

Bermula pada 1 Januari 1999 hingga 1 oktober 2004 sekolah ini menjalankan pembelajaran 2 sesi kerana berlakunya pertambahan pelajar sehingga 1200 orang. Pada 16 Jun 2004, hampir 300 pelajarnya terutama yang tinggal di Kg Kuala Abang, Kg Baru Kuala Abang dan Kg Rantau Abang telah berpindah ke sekolah yang baru siap dibina di Kg Kuala Abang iaitu SMK Kompleks Rantau Abang. 10 orang guru juga turut berpindah ke sekolah tersebut.

Bermula 1 Januari 2005 bangunan asrama baru telah siap dan diduduki oleh hampir 400 pelajar iaitu hampir separuh daripada jumlah pelajar SM.K Pulau Serai. Dijangka awal tahun 2010 SMK Pulau Serai akan berwajah baru lagi dengan siapnya dua blok bangunan 3 tingkat, 1 blok bangunan 4 tingkat dan sebuah Dewan Besar.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Serai
Kampung Pulau Serai, Dungun, Malaysia
Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6098483678
Fax = 6098483678

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]