Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bandi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bandi
Lokasi
 Malaysia Bandar Seri Bandi, Kemaman, Malaysia, Kemaman, Terengganu Darul Iman
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6098675131
Kod sekolahTEA2036[1]
Faks6098675130


Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bandi atau nama ringkasnya SMK Seri Bandi, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Bandar Seri Bandi, Kemaman, Malaysia.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bandi memiliki 362 orang pelajar lelaki dan 324 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 686 orang. Ia mempunyai seramai 41 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bandi, Kemaman dibuka pada 2 Januari 2007. Sekolah ini terletak di Bandar Seri Bandi di dalam daerah Kemaman dan di Wilayah Ketengah. Sekolah SMK Seri Bandi turut terkenal dengan nama SESERI. Kebanyakan pelajar terdiri daripada anak peneroka FELCRA. Pelajar-pelajar yang bersekolah di SMK Seri Bandi datangnya dari SK Seri Bandi 1, SK Seri Bandi 2 dan SK Padang Kubu.

Maklumat sekolah[sunting | sunting sumber]

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini dibahagikan kepada 5 zon utama iaitu zon Alpha (pentadbiran), zon Delta (menengah atas), zon Beta (makmal), zon Gama (menengah rendah) dan zon sigma (kemahiran hidup).

Zon Alpha terdiri daripada beberapa aras utama. Aras bawah menempatkan Bilik Pengurusan Kurikulum, Klinik, Pejabat dan Koperasi. Aras 1 menempatkan Bilik Guru manakala Aras 2 menempatkan Bilik APD, Perpustakaan dan Bilik Mesyuarat

Zon Delta pula pada aras bawah menempatkan Stor Sukan, Dewan Terbuka, Bilik Persalinan dan Stor. Aras 1 pula menempatkan Bilik Pengawas, Kelas Pendidikan Khas, Galeri Sekolah dan Unit Bimbingan dan Kaunseling. Manakala Aras 2 menempatkan Kelas Tingkatan 4 Bilik Simpanan Fail Peribadi Pelajar dan Aras 3 pula menempatkan Kelas Tingkatan 5.

Zon Beta, pada tingkat aras bawah menempatkan stor, Makmal Kimia 1, Makmal Kimia 2. Aras 1 terdiri daripada Makmal Fizik 1, Makmal Fizik 2 dan Makmal Bahasa manakala Aras 2 terdiri daripada Stor, Makmal Biologi 1, Makmal Biologi 2, dan Makmal ICT. Aras 3 terdiri daripada Bilik PSV dan Bilik Muzik.

Zon Gama, di aras bawah terdiri daripada Bilik SPBT, Bilik Disiplin, Bilik Wuduk, dan Bilik Solat (Perempuan). Aras 1 menempatkan kelas Tingkatan 2 dan turut mengandungi kelas tingkatan 3. Aras 2 menempatkan kelas tingkatan 3 dan aras 3 menempatkan kelas tingkatan 1.

Zon Sigma terbahagi kepada dua, iaitu blok kemahiran hidup teknikal yang terdiri daripada aras bawah yang menempatkan Bengkel Elektronik dan Bengkel Engin manakala aras 1 mengandungi bengkel Lukisan Kejuruteraan. Blok kemahiran hidup ERT terdiri daripada aras bawah yang menempatkan stor dan bengkel Kerja Kayu manakala aras 1 mengandungi Bengkel ERT.

Falsafah sekolah[sunting | sunting sumber]

Memperkembangkan potensi pelajar secara menyeluruh dan bersepadu ke arah melahirkan insan yang bertaqwa serta seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta bertanggungjawab terhadap diri sendiri, agama, bangsa dan Negara.

Misi sekolah[sunting | sunting sumber]

Membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti

Visi sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah unggul penjana generasi terbilang

Moto sekolah[sunting | sunting sumber]

Ilmu, Iman, Amal

Slogan sekolah[sunting | sunting sumber]

Serlahkan KECEMERLANGAN - SESERI di ‘HATIKU’

Matlamat[sunting | sunting sumber]

Menjadikan sebuah sekolah berwatak dan berkesan yang dapat melahir insan yang berketerampilan dan dapat menyumbang untuk kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.

Objektif sekolah[sunting | sunting sumber]

SMK Seri Bandi adalah untuk:

  1. Memastikan peningkatan dan nilai tambah dalam prestasi akademik bagi semua tingkatan dan juga peperiksaan PT3 dan SPM.
  2. Mempertingkatkan pencapaian kualiti dan kuantiti dalam bidang kokurikulum di peringkat sekolah, daerah dan negeri.
  3. Mempertingkatkan pengurusan kokurikulum di peringkat sekolah.
  4. Memupuk nilai dan amalan di kalangan pelajar supaya menghormati guru dan sayang kepada rakan serta menghargai harta benda sekolah.
  5. Memupuk sikap cinta akan kebersihan di kalangan warga sekolah
  6. Mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

Piagam Pelanggan[sunting | sunting sumber]

  1. Kami warga SMK Seri Bandi dengan penuh iltizam berikrar dan berjanji akan berusaha untuk
  2. Mengamalkan konsep “Sekolah Penyayang”Memberikan pendidikan yang terbaik dengan penuh dedikasi bagi kecemerlangan dan sahsiah pelajar.
  3. Sentiasa bekerjasama untuk menyelesaikan masalah anda.
  4. Melahirkan pelajar-pelajar yang berilmu, beriman dan beramal.
  5. Memastikan suasana kerja yang harmoni dan warga sekolah saling bekerjasama.
  6. Menyediakan kemudahan yang lengkap dan persekitaran yang menarik dan selamat.
  7. Sentiasa prihatin dan peka terhadap keperluan pelajar-pelajar, guru-guru, ibu bapa, masyarakat dan negara.
  8. Menyediakan guru dan kakitangan yang mematuhi nilai dan etika sebagai penjawat awam.

Fokus Utama Sekolah[sunting | sunting sumber]

  1. Pengurusan sekolah yang berkualiti
    • Memastikan semua warga sekolah termasuk ibu bapa mengetahui matlamat sekolah hendak mewujudkan pengurusan sekolah yang berkualiti
    • Mewujudkan pasukan pengurusan yang mantap dan berkualiti
    • Memantapkan pelaksanaan, penyeliaan, dan penilaian program sekolah
    • Mempertingkatkan keberkesanan pengurusan kewangan dan perakaunan sekolah
    • Mempertingkatkan kualiti urusan melalui telefon dan faks
    • Mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kaunter atau mesra pelanggan
    • Mempertingkatkan tahap kompetensi, kemahiran dan ilmu pengetahuan staf
    • Memastikan sumber kewangan dan kemudahan dari segi kelengkapan, peralatan dan infrastruktur mencukupi dan berfungsi
    • Mengemas kini data dan maklumat sekolah
    • Menyegerakan pelaksanaan arahan atau tindakan
    • Meminimumkan perbezaan pendapat, pendekatan dan salah faham di kalangan staf.
  2. Kecemerlangan akademik
    • Memastikan semua warga sekolah termasuk ibu bapa sedar akan matlamat sekolah dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya
    • Memastikan semua guru dan pelajar berkualiti
    • Memastikan sistem pemantau, penyeliaan, dan penilaian berkesan
    • Memastikan sistem pengajaran dan pembelajaran berlangsung secara berkesan dan menyeronokkan
    • Memastikan kemudahan dari segi kelengkapan, peralatan dan infrastruktur mencukupi dan berfungsi dengan baik
    • Memastikan semua kemudahan yang disediakan dimanfaatkan sepenuhnya
    • Mewujudkan budaya cintakan ilmu
    • Mewujudkan budaya membaca
    • Memberikan penekanan kepada mata pelajaran ketika (Bahasa Inggeris, Mathematics dan Science) selaras dengan perubahan sukatan pelajaran Mathematics dan Science
    • Memberi penekanan untuk mencapai matlamat 60:40 (60% Science dan 40% Sastera) selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia
  3. Kecemerlangan kokurikulum
    • Memastikan semua warga sekolah termasuk ibu bapa sedar akan matlamat sekolah dan berusaha bersungguh-sunguh untuk mencapainya
    • Melengkapkan kemudahan dan peralatan mencukupi, berfungsi dan selamat digunakan
    • Memastikan semua guru komited dan mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam aktiviti kokurikulum
    • Memastikan setiap pelajar melibatkan diri dalam satu aktiviti sukan dan permainan, satu pasukan beruniform dan satu persatuan atau kelab
    • Mewujudkan etos sekolah (sekolah berwatak) berasaskan kecemerlangan kokurikulum
    • Mewujudkan budaya bersukan sepanjang tahun
  4. Kecemerlangan sahsiah dan kesejahteraan pelajar
    • Memastikan semua warga sekolah termasuk ibu bapa sedar akan matlamat sekolah dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya.
    • Menyemai budaya ilmu, berakhlak mulia, berdisiplin, beriman, dan bersih rohani serta jasmani di kalangan pelajar.
    • Membentuk sikap positif kendiri pelajar.
    • Memperkembangkan potensi, bakat kepimpinan, bekerjasama, dan keyakinan diri di kalangan pelajar.
    • Mengutamakan kesejahteraan pelajar dengan mengambil berat tentang kebajikan, kesihatan dan keselamatan.
    • Merealisasikan pendidikan agama dalam kehidupan harian pelajar.
    • Memastikan semua guru bertindak sebagai guru disiplin dan guru pembimbing.
    • Mewujudkan permuafakatan dengan pelbagai pihak yang boleh memberi sumbangan kepada kecemerlangan sahsiah pelajar.
  5. Kecemerlangan pengurusan pembangunan fizikal, kemudahan dan persekitaran sekolah
    • Memastikan semua warga sekolah termasuk ibu bapa sedar akan matlamat sekolah dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya.
    • Memastikan kemudahan dan kelengkapan mencukupi, berfungsi dan selamat untuk digunakan.
    • Memastikan pelajar-pelajar mengguna dan menjaga kemudahan serta kelengkapan yang disediakan dengan sebaik-baiknya.
    • Memastikan keberkesanan perkhidmatan pekerja-pekerja perkhidmatan cucian bangunan dan kawasan sekolah.
    • Memastikan keberkesanan perkhidmatan pekerja-pekerja perkhidmatan kawalan keselamatan sekolah.
    • Mewujudkan mercu tanda yang berfungsi dan menjadi kebanggaan seluruh warga sekolah.
  6. Kecemerlangan pengurusan perhubungan komuniti: ==== Persekitaran ====
    • Memastikan semua warga sekolah termasuk ibu bapa sedar bahawa sekolah berusaha mewujudkan perhubungan yang akrab dengan pihak luar seperti agensi kerajaan, badan berkanun, badan bukan kerajaan, pihak swasta, pemimpin-pemimpin tempatan dan masyarakat setempat.
    • Menarik minat pihak luar membantu sekolah, baik dalam bentuk galakkan, sokongan moral, sumber kewangan, tenaga, idea mahu pun kepakaran.
    • Mengadakan pakatan strategik dengan syarikat-syarikat setempat untuk membantu sekolah dalam usaha meningkatkan kecemerlangan akademik, kokurikulum, sahsiah pelajar dan fizikal sekolah.
    • Menggalakkan pihak luar mengadakan program-program yang boleh manfaatkan murid-murid dan anggota sekolah.

Lambang sekolah[sunting | sunting sumber]

Lencana sekolah[sunting | sunting sumber]

Ukuran sebenar lencana ini

Tinggi: 3 cm

Lebar atas: 2.2 cm

Ukur Lilit: 10 cm

Hasil ciptaan Tuan Haji Nazri bin Ismail yang merupakan GPK Kokuriklum yang pertama di SMK Seri Bandi

Simbol-simbol yang terdapat pada perisai mewakili:

Representasi kelopak bunga[sunting | sunting sumber]

Sempena penghayatan lima prinsip Rukun Negara

Bulat[sunting | sunting sumber]

Uniti dalam semua aspek terutamanya pentadbiran dan kerjasama warga sekolah membentuk institusi yang cemerlang

Lambang burung[sunting | sunting sumber]

Sistem maklumat tanpa sempadan

Warna merah magenta[sunting | sunting sumber]

Keceriaan menimba ilmu

Warna biru[sunting | sunting sumber]

Keharmonian warga sekolah

Warna putih[sunting | sunting sumber]

Pelajar yang dibentuk oleh warga pendidik untuk menjadi insan berguna.

Warna kuning[sunting | sunting sumber]

Darjat dan pemantapan ilmu berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Logo buku dan pensel[sunting | sunting sumber]

Motto sekolah iaitu Ilmu, Iman dan Amal

Bendera sekolah[sunting | sunting sumber]

Bendera SMK Seri Bandi Kemaman dihasilkan dengan memaparkan kombinasi 2 warna utama; merah magenta dan kuning. Kedua-dua warna tersebut melambangkan pembentukan sahsiah yang mantap menjulang sekolah kearah kecemerlangan; guru, staf sokongan, ibu bapa dan pelajar yang saling berganding bahu untuk menjayakan matlamat dan wawasan sekolah. Saiz bendera ini ialah 160 cm panjang dan 75 cm lebar manakala jejari bulatan lencana ialah 15 cm.

Bendera ini dicipta oleh Tuan Haji Nazri bin Ismail GPK Kokurikulum yang pertama pada tahun 2007. Bendera ini dikibarkan secara rasmi pada tahun tersebut. Bendera ini menggunakan gabungan dua warna iaitu merah magenta dan kuning sebagai latar belakang. Pada bahagian tengah bendera ini terletak lencana SMK Seri Bandi

Warna-warna dan lencana yang terdapat pada bendera mewakili maksud-maksud tertentu.

Warna merah magenta: Keceriaan menimba ilmu

Warna kuning: Darjat dan pemantapan ilmu berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Lencana sekolah: Pusat Kecemerlangan kurikulum, sahsiah dan kokurikulum.

Lagu sekolah[sunting | sunting sumber]

Seseri seharum nama

Lambang perpaduan warganya

Tangkas bersukan, ilmu ditimba

Kami harapan ayah bonda

Terima kasih guru semua

Mendidik kami ke puncak jaya

Ilmu, iman, amal dijaga

Demi agama bangsa negara

Kami berjanji bersumpah setia

Terus usaha selagi terdaya

Pada tuhan kami pohonkan

Seseri terus maju jaya

Pasa tuhan kami pohonkan

Kegemilangan jadi nyata.

Lagu/lirik: En Mohd Nordin bin Mohd Noor

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bandi
Bandar Seri Bandi, Kemaman, Malaysia
Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6098675131
Faks = 6098675130

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]